Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) iaitu pinjaman modal secara tanpa faedah kepada rakyat negeri Terengganu. Skim SBMT ini diperkenalkan bagi membantu rakyat bagi memulakan atau membesarkan lagi projek pertanian mereka dengan bantuan modal tanpa faedah dan sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi skim ini. Ianya telah di lancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri iaitu YB Dr Azman Bin Ibrahim di Dewan Sivik Jabi, Besut, Terengganu. Kehadiran orang ramai ke majlis ini amat memberangsangkan walaupun ia dilaksanakan dalam masa yang singkat. Pinjaman ini akan di uruskan oleh Lembaga Pertubuhan Negeri Terengganu melalui Pertubuhan Peladang Kawasan yang ada di setiap daerah di negeri ini dan pemohon mestilah menjadi ahli PPK bagi melayakkan permohonan bantuan ini. Skim ini dijangka dan diharapkan dapat membantu rakyat bagi meningkatkan pendapatan melalui sektor pertanian samada tanaman, ternakan, ternak air dan sebagai...
Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da...
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...
Maggie Ketam Nipah yang sedap dan memukau Entry kali ini masih berkisar pasal makan MAGGIE KETAM, cuma kali ini blogger merasa MAGGIE KETAN NIPAH pula di Kedai Maggie Ketam di Kg Air Tawar, Besut, Terengganu. Bersebelahan dengan JPJ Besut. Bila datang je Maggie Ketam ni dalam mangkuk besar nampak Ketamnya yang cantik dan besar berwarna kemerah-merahan. Memang sedap, segar dan memukau. Hidangan ketamnya pula dalam seekor 1/2 bagi setiap mangkuk. Banyak tu. Lagipun dalam maggie siap ada udang lagi. Pengomen tegar yang memberi kredit bagus Sebenarnya blogger bukanlah suka sangat makan Maggie ni walaupun dah jadi makanan asasi masa sekolah, kolej dan universiti, tetapi dek terliur dengan ketam yang ingin sekali merasainya. Sapa-sapa yang datang ke Besut atau nak ke Kuala Besut bolehlah mencubanya. Dari Jerteh dalam +-12km (agak-agak, kalau salah minta maaf). Nampak sedapkan... memang sedap Inilah Kedai Maggie Ketam
Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.
Inilah udang galah Sungai setiu Petang Jumaat 11 Feb 2011, blogger bersama anak-anak ingin mengambil angin petang, cadangnya ingin bersiar-siar di Pantai Penarik atau Rhu sepuluh. Sebaik sampai di Kg Nyatoh iaitu sepanjang Sungai Setiu , terpegun blogger seketika meliohat ramai orang sedang memancing bersama isteri dan anak-anak. macam pesta. Sepanjang sungai inui menjadi lubuk udang galah Sampai di tepi sungai, blogger bersama anak-anak berhenti setelah terpandang kereta rakan sekerja. rupan-rupanya pemancing-pemancing ini mengambil peluang memancing udang galah yang dikatakan banyak pada musim sekarang. kelihatan kaki pancing asyik dengan jorannya Setelah setengah jam memerhatikan gelagat pemancing di sini, anak-anak blogger menjerit keriangan melihat seorang pemancing telah berjaya menaikkan seekor udang galah kira-kira sebesar 2 jari @ 100 hingga 150g. Besar juga saiz udang di sini. seronok melihat gelagat anak-anak melihat udang hidup. Siap bagi arahan untuk beli...
Abdul Rahman menunjukan laluan bot untuk ke Kampung Payang suatu ketika dahulu. Oleh: Aminudin Ismail. RAMAI yang tahu Kampung Payang yang terletak berhampiran Kampung Fikri, Daerah Setiu tetapi tidak ramai yang tahu di mana kedudukan sebenar Kampung Payang itu kerana sebahagian kampung itu kini menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Semalam wartawan Teganukita ke Kampung Kuala Setiu, Setiu untuk berjumpa dengan seorang orang lama di kampung itu bagi menyingkap kembali kisah Kampung Payang yang pernah menjadi nadi bagi daerah Setiu suatu ketika dahulu itu. Abdul Rahman Ismail, bekas Penghulu Kampung Kuala Setiu yang kini berusia 82 tahun itu masih lagi sihat dan mampu mengingati peristiwa lama dengan baik termasuklah beberapa perkara tentang Kampung Payang. Beliau yang pernah berkahwin dengan penduduk Kampung Payang itu, berkata ibubapa penduduk Kampung Fikri sekarang ini adalah kebanyakannya berasal dari Kampung Payang dan mer...
Comments