Berita Gempak buat penggemar Durian, hanya RM50 je seorang

 



Berita gempak buat penggemar durian


Hanya RM50 makan durian sampai puas di Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar


IPOH : Bagi penggemar durian, ini berita gembira buat anda.


Dengan bayaran RM50 seorang bagi dewasa anda boleh menikmati raja buah ini sepuas-puasnya yang meliputi durian gred baik di Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar.



Ia diadakan sempena musim durian pada kali ini yang mana pakej ini bermulai pada 9 hingga 29 Julai 2024. 


Dalam kenyataan, MARDI Kuala Kangsar memaklumkan pelbagai pakej dan aktiviti menarik menanti pengunjung.


Antaranya Pakej Duriotourism meliputi aktiviti menaiki tram melawat keindahan ladang durian MARDI Kuala Kangsar dan menikmati kelazatan durian segar dari ladang. 



Turut diadakan ialah aktiviti jualan buah durian segar, durian pack dan tempoyak


Bagaimana pun, Pakej Duriotourism dan penjualan buah durian hanya dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 


Pakej untuk Duriotourism pula diadakan pada dua sesi iaitu 10 pagi-12 tengah hari dan 4-6 petang.


Setiap sesi pula dihadkan kepada 30 pengunjung sahaja.



Bagi pembelian tiket Pakej Duriotourism, orang ramai boleh  membuat tempahan melalui pautan https://wa.me/message/YX5B2OWQECHSP1


Pembelian buah segar dan produk Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar hanya dilakukan secara ‘walk-in’ sahaja di Laman Tiba MARDI Kuala Kangsar.


Berikut merupakan senarai harga berkenaan pakej Duriotourism dan produk:


1. Pakej Duriotourism:


Dewasa - RM50

Kanak-kanak (7-12 tahun) - RM18


2. Buah durian segar : RM25/kilogram

3. ⁠Durian pack (frozen) 500g - RM22

4. ⁠Tempoyak 500g - RM12.50

5. Buah limau bali - RM5/kilogram

6. Cenderahati :

Keychain - RM8

Fridge magnet - RM8


Foto: MARDI Kuala Kangsar


#durian #mardi #kualakangsar #agrotourism



Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Pengunjung blog