Catatan Othman Talib yang menarik, banyak yang kita boleh belajar daripada beliau tentang isu pendidikan
Admin amat suka mengikuti catatan pakar pendidikan negara iaitu Othman Talib atau OT yang selalu berkongsi dan memberi pendangan tentang isu isu pendidikan.
Banyak sekali yang kita boleh belajar dari catatan beliau ini.
Di sini dikongsikan catatan beliau yang menarik:
Jauh berjalan...
2. Menipu bukan pilihan di Australia, ia dianggap langkah terakhir kerana sekali terkena, sukar untuk melepaskan diri. Sistem mereka direka untuk mendorong kejujuran melalui pemantauan silang dan penalti yang jelas. Jgn pergi melancung ke Australia tanpa tahu tempat menginap dan tiada tiket balik... atau anda akan diarahkan beli tiket on the spot utk terus balik sebelum sempat keluar airport.
3. Sama ada dalam jual beli harian atau bisnes, memanipulasi harga atau menipu pelanggan bukanlah norma sosial. Peniaga lebih mementingkan reputasi jangka panjang berbanding untung segera melalui penipuan.
4. Pada pakaian, mereka menulis secara jujur: “Made in China, Designed in Australia”. Mereka tetap mengisytiharkan dengan telus asal-usul produk mereka.
5. Jika mahu menjual rumah, pemilik akan membaiki semua kerosakan secara eksplisit dengan bantuan ejen sebelum rumah diiklankan. Mereka tidak sorok kelemahan atau menjual rumah dalam keadaan yang menipu pembeli. Pernah lihat rancangan spt ini dalam TV ? Begitulah realiti di sana.
6. Kereta dijual dengan penjelasan jujur, jika murah, pemilik nyatakan terus apa kerosakan. Jika mahal, mereka jelaskan modifikasi atau pembaikan yang telah dilakukan. Segalanya diberitahu upfront.
7. Sistem percukaian yang berteraskan kepercayaan. Borang cukai dan bantuan kerajaan biasanya diisi sendiri oleh individu secara dlm talian, tanpa orang dalam atau agen luar atau kabel besar. Sistem ini dibina atas prinsip bahawa rakyat mampu dan jujur, dengan pengesahan automatik yang efisien.
8. Jurujual atau agen hartanah/kereta lazimnya memberi maklumat sebenar, bukan melebih-lebih atau menyembunyikan fakta. Ini kerana pelanggan boleh membuat aduan rasmi, dan integriti perniagaan sangat dijaga.
9. Pengurusan fail peribadi yang ketat. Semua data peribadi disimpan rapi dan boleh disemak semula oleh individu. Sekiranya berlaku percanggahan, kerajaan memberi ruang untuk pembetulan bukan dengan cara ‘under table’ tetapi secara rasmi dan telus. Sebab itu tak perlu ada IC... mereka hanya tanya surname dan DOB... itu je. Tak payah tunjuk apa2, mereka percaya.
10. Daripada urus niaga sehinggalah ke perkhidmatan awam, sistem di Australia menganggap rakyat sebagai jujur dan bertanggungjawab secara default, dan inilah yang akhirnya membentuk budaya berintegriti tinggi. Apapun, orang 'jahat' dan 'bermasalah' ada di mana2... cuba kadarnya sahaja yang terkawal kerana norma dan budaya yg dipegang bersama..
Foto1: Jangan tak tahu, aku pun glamer di Adelaide, sampai dipanggil masuk studio utk satu wawancara..
Foto2: Anakanda dulu (Australia) dan sekarang...
OT
Comments