Posts

Showing posts with the label Tasik Kenyir

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021 berlangsung dengan jayanya di Tasik Kenyir Terengganu

Image
  KMCT 2021 atau Kenyir Monsoon Casting 2021 telah berlangsung pada 17 hingga 20 Disember 2021 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Acara kali ini disertai seramai 352 peserta daripada dalam dan luar negara termasuk Jepun dan Amerika Syarikat. Ia adalah acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama KETENGAH dan Tourism Malaysia. Acara ini diadakan dengan konsep 'Catch & Release' bagi memelihara ekosistem serta biodiversity Tasik Kenyir agar kekal dan terus terpelihara. Sebanyak lebih 24 houseboat terlibat dalam penganjuran kali ini walaupun dengan cabaran musim hujan lebat dan berangin. Acara ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kanan Korporat KETENGAH iaitu Encik Mahdi Amin Bin Ahmad di Pengkalan Gawi dan turut dilepaskan bersama 5000 anak ikan sumbangan Jabatan Perikanan di Sungai Leban bagi kesinambungan kelestarian hidupan di Tasik Kenyir. Di Pengkalan Gawi juga turut di adakan jualan industri desa seperti ika...

290 Spesies Burung Di Tasik Kenyir Tumpuan Pelancong Antarabangsa

Image
Tasik Kenyir yang menjadi habitat 290 spesies burung termasuk spesies jarang ditemui akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di rantau ini, kata Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Beliau berkata ini berikutan kedudukan Tasik Kenyir kekal menjadi tarikan utama dalam industri ekopelancongan khususnya daripada kalangan peminat burung tempatan dan luar negara. “Sebanyak 290 spesies burung telah direkodkan di Kenyir termasuk sembilan daripada 10 spesies burung enggang selain penemuan helang terpantas di dunia iaitu Peregrine Falcon,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menjenama dan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai “Destinasi Melihat Burung” terunggul di rantau ini. Menurutnya penganjuran kali ketiga ‘Kenyir Bird and Nature Quest’ selama dua hari bermula hari ini berjaya menarik 80 penyertaan daripada peminat burung termasuk dari Kanada, Nigeria, Palestin, Yaman dan peserta...

10 Lokasi Terbaik, Ikon Pelancongan

Image
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara. Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun. Katanya, peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan. “”Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum, peniaga keropok lekor, pengusaha kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan p...

Penjenamaan Tasik Kenyir Sebagai Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

Image
Kerajaan negeri komited membangunkan industri pelancongan sebagai tunjang ekonomi negeri dengan melaksanakan transformasi  terbesar menerusi penjenamaan semula Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd rahman, berkata strategi ini diyakini akan menghasilkan impak yang positif kerana Tasik Kenyir merupakan antara aset terbaik Negeri Terengganu. “Proses penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan sedang giat dijalankan bagi meningkatkan daya saing Tasik Kenyir sebagai ikon pelancongan. “`Trend’ peningkatan bilangan pelancong ke Tasik Kenyir yang meningkat dari tahun ke tahun menambahkan keyakinan kerajaan negeri bahawa Tasik Kenyir mampu menjadi hab pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Ahmad Razif berkata, ...

Teruja Berada Di Terengganu

Image
“Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu. Tiger Lim “Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu,” kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise. Negara terlibat, Singapura , Thailand, Indonesia, Brunei, Laos, Maynmar dan Vietnam. Fika Rahma Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu . “Makanan di negeri ini ter...

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

Image
Daya penarik pada pokok dan buahnya yang merah menjadikan pokok Ceri Terengganu seringkali dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan untuk tujuan lanskap. Selain itu, tumbuhan unik ini juga sering dijadikan tanaman lebuh dan pohon teduhan di sekitar rumah dan tempat-tempat awam.Keseluruhan bahagian ceri Terengganu dipercayai mempunyai khasiat dan kegunaan tersendiri. Dalam perubatan tradisional, akarnya dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi. Air rebusan akar yang diminum boleh mengurangkan rasa gatal dan merendahkan suhu badan yang tinggi akibat demam. Buah ceri Terengganu boleh dimakan segar dan mempunyai rasa yang manis apabila masak sepenuhnya. Buahnya dikatakan perlu digelek atau digentel terlebih dahulu di atas telapak tangan sebelum dimakan untuk melembutkan kulit dan isinya serta dapat memberikan rasa yang lebih enak.  Selain itu, biji ceri Terengganu juga boleh dipanggang untuk dimakan. Manakala, dari sudut kajian saintifik seperti yang dijalankan di Pusat Penyeli...

Festival Tasik Kenyir 2014 telah bermula

Image
Festival selama sebulan bermula 29 April sehingga 29 Mei 2014 ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Island Hoping, Menaiki Helikopter dan bermacam-macam lagi. Rancang program anda sekeluarga untuk mengunjungi Festival Tasik Kenyir ini. Juga pastikan anda membuat persediaan kerana kawasan meletak kenderaan adalah diluar kawasan festival dan kenderaan disediakan untuk membawa anda ke tapak festival. Di antara tarikan utama adalah jualan barangan Bebas Cukai daripada Kumpulan Ismail Group Langkawi yang mengadakan jualan hebat dari kilang dan bermacam-macam lagi.

Kem Gajah di Tasik Kenyir Produk Baru Pelancongan

Image
Oleh FAUZI MOHD Video oleh MOHD YAHYA MUDA  HULU TERENGGANU - Sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan daya tarikan Tasik Kenyir agar menjadi produk pelancongan utama negeri, struktur asas kem gajah kini telah siap dibangunkan.  Kem yang dikenali sebagai ‘Kenyir Elephant Village’ di kawasan seluas 256 hektar di Pengkalan Gawi dijangka dibuka kepada orang ramai pertengahan tahun ini  Ia mengambil sebahagian daripada contoh di Chiang Mai, Thailand yang membantu menjadikannya sebagai pusat pelancongan terkemuka.  Pengurus Unit Pembangunan Tasik Kenyir, Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata, kem itu akan dijadikan pusat pertunjukan gajah dan pada masa sama sebagai kawasan pemeliharaan haiwan itu.  ''Ia dibahagikan kepada tiga komponen melibatkan kawasan gajah jinak, gajah separuh liar dan yang liar,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tujuh ekor gajah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di ...

Taman Tropika Tasik Kenyir masuki fasa akhir

Image
Oleh; Esah Abdullah Terdapat 1,500 pokok melibatkan 112 spesies pokok buah-buahan termasuk yang jarang ditemui (nadir) ditanam di Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak di Tasik Kenyir. Penolong Pengurus KIH Jabatan Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir, Encik Adnan Awang Sulong berkata, kedua-dua pulau tersebut dijadikan kawasan penanaman pokok buah-buahan nadir serta pusat penyelidikan dan juga mendidikan.  “Projek berkenaan telah dilaksanakan sejak 2008 itu kini telah memasuki fasa terakhir sebelum dibuka kepada orang ramai,” katanya. Katanya, secara keseluruhan Taman Tropika itu berkeluasan tujuh hektar mendapat tenaga kepakaran daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) sebagai konsultan dan pelaksana projek tersebut. Katanya, menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan lalu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Mardi mengorak langkah mengumpul spesies buah-buah nadir bagi tujuan menge...

Peserta BOTR terokai keindahan Tasik Kenyir

Image
Oleh: Aida Abd Rahman Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berharap semua peserta Boat On The Road (BOTR) 2013 dapat menikmati dan memanfaatkan keindahan alam serta khazanah yang bernilai di Tasik Kenyir, Hulu Terenganu, dengan sepuas-puasnya.  “Pada masa yang sama, saya harap semua peserta selamat di sepanjang perjalanan dan tiba tanpa sebarang perkara tidak diingini di tasik buatan manusia yang menjadi tarikan utama pemancing seluruh dunia itu. “Selain itu juga, jangan pula membuang sampah seerti plastik, puntung rokok, sisa makanan di merata tempat dan sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar,”katanya sebelum melancarkan majlis pelepasan peserta program BOTR 2013 di Sri Pentas TV3 Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi. Menteri Besar turut menampal pelekat acara yang memasuki edisi ke empat penganjuran itu, di sebuah pacuan empat roda peserta.  Turut hadir, Pengerusi Jawatankasa Pelancongan, Kebudayaan, Penerangan da Komunikasi negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee; ...

Ketengah anjur Festival Kenyir

Image
Oleh: Noraini Jusoh Sebagai salah satu usaha mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama kerajaan negeri akan menganjurkan Festival Kenyir selama lima hari bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bermula 16 Mei depan. Menurut jurucakap Ketengah, seramai 35,000 pengunjung dijangka akan datang ke Tasik Kenyir dalam tempoh tersebut seterusnya memeriahkan festival yang menghidangkan pelbagai acara menarik. "Antara objektif penganjurannya ialah untuk mempromosikan Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai kemudahan dan keistimewaan seperti keindahan alam semulajadinya yang mampu memukau pelancong dalam dan luar negara. "Penganjuran festival ini juga bertujuan untuk memberi maklumat awal kepada pelancong tentang produk pelancongan baru antaranya Kenyir Island Hopping (KIH) dan cadangan Pulau Bebas Cukai yang dijangka beroperasi pada Ogos 2014,” ujarnya dalam satu...

RM475 Pakej Fascinating Terengganu by Ping Anchorage

Image
PHOTOS © PING ANCHORAGE Ex-Kuala Terengganu Tour Code : PA/019/FST Day 1 - Meet and transfer by Ping Anchorage to Primula Beach Resort /Check in and depart for KTG Town tour. Drive along the Long roof china town and visit the bustling centre market. Proceed to state museum (the largest museum in Malaysia). Visit a unique boat building at the fishing village on Duyung island, beautifully squeeze in the middle of Terengganu river mouth with a fine view of China Town wooden stilt houses. Stop at Batu Buruk beach, brassware factory, silk, batik factory and the much photogenic floating mosque. Day 2 MARANG RIVER SAFARI Cruise up to Marang River. Along the mangrove swamp river, you will be greeted by wild...

Pakej menarik tarik pelancong berkualiti

Image
Oleh: Noraini Jusoh Tawaran pakej yang merangkumi semua sektor dapat menarik lebih ramai pelancong berkualiti terutamanya dari Eropah datang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata pelancong berkualiti yang dimaksudkan ialah pelancong yang datang ke sini dan berbelanja sekaligus dapat menjana ekonomi rakyat negeri Terengganu. “Sebelum membuat keputusan untuk melawat sesuatu tempat, perkara utama yang dinilai oleh para pelancong adalah pakej yang ditawarkan. “Dengan adanya pelbagai pakej menarik yang menanti mereka termasuk di pulau-pulau dan tasik, selain aspek-aspek warisan, kebudayaan dan alam semulajadi yang terdapat di Terengganu tidak mustahil akan menarik ramai pelancong asing datang ke sini sempena TMT 2013 nanti,”ujarnya. Katanya, sekiranya pakej pelancongan yang ditawarkan menarik, para pelancong ti...

Gua Bewah terus tersohor

Image
Oleh: Suriati Ali Gua Bewah yang terletak di antara 340 gugusan pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dahulunya hanya terkenal sebagai `kilang tahi kelawar’ berikutan puluhan penduduk sering mengunjunginya untuk mendapat najis haiwan itu. Terdapat laluan khas yang dibina pihak tertentu bagi mengeluarkan najis kelawar untuk dijadikan baja tanaman. Kini selepas dinaiktaraf oleh kerajaan Terengganu, lokasi tersohor itu seolah-olah menjadi destinasi wajib di kunjungi bagi pelancong setiap kali menjejak kaki di tasik buatan manusia itu. Penemuan rangka manusia dipercayai berusia 16,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah antara artifak paling berharga di mana mampu meningkatkan jumlah pengunjung sedia ada ke lokasi itu. Rangka tersebut dipercayai mayat remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. Artifak yang ditemui awal 2010 dalam kerja-k...

T Holidays melangkah setapak lagi dengan bas persiaran terbaru

Image
T Holidays Travel  & Tour , sebuah agensi pelancongan yang pertama bertapak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kini melangkah setapak lagi dengan pelancaran bas persiaran terbaru. Bas dengan kapasiti 40 penumpang ini baru operasi dan sedia memberi perkhidmatan kepada mana-mana agensi yang memerlukan dengan kadar harga yang berpatutan. Bas model Hino E 5 ini sungguh selesa dengan rekaan terkini dari  SKS Bus lengkap dengan kemudian audio dan TV LCD 42 inci pastinya memberi kepuasan kepada penumpang sepanjang perjalanan. Hasil usaha gigih usahawan anak muda Setiu  iaitu Nik Man Mohd Yasin ini kini boleh dibanggakan yang bermula dari bawah dengan usaha secara kecil-kecilan. Kegigihan beliau ini boleh dijadikan tauladan dan dorongan kepada anak muda yang lain untuk turut sama memajukan lagi bidang keusahawanan di Terengganu dan khususnya di Setiu.  Di antara perkhidmatan yang di tawarkan adalah perkhidmatan van dan bas persiaran, pakej ke Pulau Red...

Pengunjung blog