Posts

Showing posts with the label batu buruk

Nasi Ayam Yunan Batu Buruk, di antara nasi ayam terbaik di Terengganu.. cubalah

Image
  Makan tengahari di Kuala Terengganu? Nasi Ayam Yunan di Medan Selera Batu Buruk antara nasi ayam terbaik di Terengganu. Ayam dan sos kicap serta sambalnya cukup memikat selera. Ditambah dengan Baby Kailan dan sayur taugeh memang jaddi dan palut molek, kata orang Teranung. Kedai nasi ayam ini sudah lama bertapak di Kuala Terengganu dengan resepi Cina Muslim Yunan yang menjadi sebahagian Cina Muslim Terengganu sejak sekian lama. Selain Nasi ayam yunan , Nasi Ayam Nurul Iman depan Smaasza Baru Buruk juga antara nasi ayam lejeng bagi orang Terengganu. Datang Terengganu banyak lokasi makanan sedap patut rasa. #nasiayamyunan #nasiayamterengganu #makantengahariterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #jalanjalancarimakan

Cendol Warisan Kiter di selekoh Primula Hotel, Batu Buruk... dah jadi viral...macam kena gi je cuba..

Image
Nok try atau mengidam cendol durian & cendol pulut kacang + jagung jemput la singgoh deh awok2.. Pekene Cendol sambil santai2 di pantai tengok laut .. Cendol asli dari pewarna daun pandan dan proses sendiri dok gune mesin.. In shaa allah sedap kalu dok sedap kabo ke kami deh akan perbaiki lagi citerase penggemar Cendol. Gerai beroperasi di selekoh Hotel Primula di Batu Buruk bermula jam 11.00 pagi Hilang dahaga hilang rase lapor.. Cendol Warisan Kiter. Sumber:  Terengganu Times #setiupost

Program SANTAI HAMMOCKERS di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu... Jom kita meriahkan

Image
Event  Santai Hammockers @dapoteganu  8 & 9 Disember 2017 bertempat di  Dapo TeGanu u,  Pantai Batu Buruk . Admin masih buka sikit lagi untuk pendaftaran bagi yang in gin menyertai program ni. Boleh hubungi urusetia untuk keterangan lanjut. Yuran RM30 seorang (Makan & TShirt) RM10 seorang (Makan sahaja) Akaun Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu 13053010013452 (Bank Islam Malaysia Berhad) Urusetia En. Syed :  wasap.my/60139291090 En. Rahim :  wasap.my/60179434550 # beautifulterengganu   # beautifulterengganuapps   # visitbeautifulterengganu2017 # visitbeautifulterengganu   # tahunmelawatterengganu   # tmt2017   # terengganukite # visitterengganu   # terengganu   # tourismmalaysiaterengganu   # backpackers   # travel # photography   # nature   # culture   # amazingterengganu   # ohmyganung   # localfood # localproduct   # penggerakterengganu ...

Perasmian Pesta Pantai Terengganu 2017 berlangsung dengan meriah sekali

Image
Pesta Pantai Beautiful Terengganu 2017 telah dirasmikan dengan meriah sekali oleh YB Menteri pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Nazri Bin Abd Aziz pada 18 Mac 2017 di Pantai Batu Buruk. Pesta yang di 'kuasakan' oleh RED ONE' ini mendapat sambutan hangat para pengunjung dengan menampilkan tema 'Nostalgia main panta' yang cukup bermakna kepada rakyat Terengganu suatu ketika dahulu. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dirancang sepanjang program berlangsung sejak 17 Mac hingga 25 Mac bermula jam 12.00 tengahari hingga 11.00 malam setiap hari. Antara yang menarik adalah aktiviti kebudayaan seperti persembahan wayang kulit, pameran barang-barang purba, persembahan dikir barat, busking tradisional, persembahan silatdan antara kemuncak perogram adalah Pertandingan Memancing RED ONE dengan hadiah juara RM40,000 pada 25 Mac 2017 jam 9.00 pagi. Sempena cuti sekolah juga tentunya memberi peluang pada semua pengunjung untuk merasai pelbagai makanan di...

TY Hotel, Batu Buruk, Kuala Terengganu..destinasi pilihan penginapan anda

Image
LOOKING FOR A REASONABLE PLACE TO STAY DURING YOUR HOLIDAY? . TY HOTEL is the place for you.(More Info) 👇 👇 👇 . . Located near to the town centre and the famous Batu Burok Beach, we offer you a place that is beautiful, peaceful, clean & comfy rooms. And our price is of course reasonable. . Don't miss out on this CHINESE NEW YEAR PROMOTION deal and SHARE this to your family and friends! . TY HOTEL..Best Boutique Hotel..Exceptional Hospitality . ✔ Gated Parking with Security Guard ✔ Lift Facility ✔ 8 minutes from town center, ✔ 5 minutes to famous Batu Buruk Beach, ✔ 3 minutes from Kuala Terengganu Specialist Hospital, ✔ free wifi, coffee and tea making facilities, ✔ airconditioning. ✔ spacious family and standard room. ✔ TY Cafe for Food Delivery .   More Details; . 🏠 Landmark : Shell Batu Buruk/Kuala Terengganu Specialist Hosp . 🏡 Aplikasi WAZE/google : TY Hotel . Address : . 4856, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Malaysi...

AFC Beach Soccer di Kuala Terengganu pada 4 hingga 11 Mac 2017

Image
Batu Buruk Kuala Terengganu akan menjadi gelanggang bagi Kejohanan Bolasepak Pantai AFC yang akan berlangsung pada 4 hingga 11 Mac 2017. Sebanyak 13 buah negara akan menyertai kejohanan ini yang turut diraikan sempena Tahun Melawat Beautiful Terengganu 2017. Dengan adanya kejohanan ini dan sebegini akan memberi peluang untuk rakyat Terengganu menyaksikan kejohanan bertaraf antarabangsa dengan lebih dekat dan juga menarik lebih ramai pengunjung dari luar ke negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan pelbagai makanan tradisi yang unik dan menarik. @Terengganu Times #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu #AFCbeachsoccer

22,279 – Penyertaan Tertinggi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Image
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) 2014 yang diberi nafas baharu mencatat sejarah penyertaan teramai sepanjang siri penganjurannya dengan 22,297 orang bersaing dalam 12 kategori semalam. Pelari dari Kenya terus mengungguli kategori utama (antarabangsa) lelaki dan wanita terbuka dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Seurei Julius Kiprotichi, 38, yang menamatkan larian dua jam lapan minit dan 59 saat (2’08:59) membawa pulang RM18,000 manakala Mary Arennkwony Maiyo, 26, dengan catatan masa 2’33:44s meraih RM10,000 selaku juara. Tempat kedua lelaki dan wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Muasya Onesmus Muindi dengan catatan masa 2’09:9s dan ketiga, Joel Kipumo Kemboi dengan masa 2’09:18s. Masing-masing menerima RM8,000 dan RM5,000. Tempat kedua wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Edinah Jeruto Koech dengan catatan 2’38:44 saat dan ketiga Purity Chelimo Serem dengan catatan 2’40:...

Destinasi menarik di Terengganu jadi pilihan pelancong

Image
Oleh: Suriati Ali Pelancong luar Terengganu dan pengunjung tempatan tidak melepaskan peluang menghabiskan waktu cuti sekolah bersama keluarga dengan mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu.  Antara destinasi yang menjadi tumpuan termasuk, Pantai Batu Buruk, Taman Shahbandar, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu; Taman Reakreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman dan beberapa pulau di negeri ini. Kuda padi menjadi pilihan pengunjung setiap singgah di Pantai Batu Burok Jalan Pantai Batu Burok sesak setiap kali tiba cuti sekolah Pihak berkaitan turut menganjurkan pelbagai program seperti Fiesta Waterfront di Taman Shahbandar, Karnival Juala Murah di Pantai Batu Buruk dan Pesta Buku di Pusat Dagangan Terengganu Jalan Hiliran, Kuala Terengganu semata-mata menarik minat pengunjung.  Menjadi kebiasaan, sepanjang 53 hari cuti akhir tahun persekolahan, lokasi itu pasti dipenuhi pengunjung dan jalan raya pula ...

Naik Kereta Kuda Di Pantai Batu Buruk.. menyeronokkan

Image
Perkembangan sukan berkuda di Terengganu telah menjalar dengan begitu cepat. Ia telah menarik minat orang ramai untuk mendekati sukan berkuda, samada memelihara, menunggang mahupun berseronok menaiki kereta kuda. Di pantai Batu Buruk dulunya tiada kuda sebagai aktiviti rekreasi kini meriah dengan aktiviti menunggang dan menaiki kereta kuda. Ianya amat menyeronokkan dan dapat menyemai anak-anak untuk mencintai haiwan kuda ini. Mereka begitu teruja apabila dapat mendekati kuda apalagi malah menaikinya. Blogger berkesempatan membawa anak-anak ke pantai Batu Buruk. Setelah desakan berulang kali, akhirnya blogger menuruti kehendak anak-anak untuk sama-sama menaiki kereta kuda. Memang seronok apabila melihat anak-anak bergembira dan girang sekali apabila menaikinya. Kelihatan begitu ramai sekali pengunjung bersama keluarga yang sama-sama ingin menaiki kereta kuda. Harga yang dikenakan adalah berpatutan.

Lepak Batu Buruk

Image
Baru-baru ini blogger sempat lepak-lepak kat Batu Buruk sementara menanti senja. Kawasannya persekitarannya masih terjaga dan terpelihara. Ia tetap menjadi tumpuan para para pelancong samada dalam mahupun luar negeri. Saban minggu ia menjadi tumpuan terutama yang berkeluarga untuk membawa anak-anak bersiar sambil menikmati keindahan pantai, bermain di taman permainan serta berpeluang menaiki kuda untuk bersiar-siar di sekitar pantai. Bagi yang gemar meneroka serta jalan-jalan cari makan, pelbagai pilihan makanan terutama makanan laut, jagung bakar, serta lain-lain pelbagai pilihan gerai makanan terdapat di sini. Untuk merasai kelainan, carilah 'aiskrim goreng' yang pasti sukar dicari ditempat lain. Nak tahu bagaimana, carilah digerai makanan di Batu Buruk. Penginapan yang terdekat dengan kawasan Batu Buruk ini adalah Primula Beach Resort, Sumai Suite & Hotel, Batu Buruk Beach Resort, Seri Indah Resort dan pelbagai penginapan bajet yang lain terdapat di sini.

Pengunjung blog