Naik Kereta Kuda Di Pantai Batu Buruk.. menyeronokkan






Perkembangan sukan berkuda di Terengganu telah menjalar dengan begitu cepat. Ia telah menarik minat orang ramai untuk mendekati sukan berkuda, samada memelihara, menunggang mahupun berseronok menaiki kereta kuda.

Di pantai Batu Buruk dulunya tiada kuda sebagai aktiviti rekreasi kini meriah dengan aktiviti menunggang dan menaiki kereta kuda. Ianya amat menyeronokkan dan dapat menyemai anak-anak untuk mencintai haiwan kuda ini. Mereka begitu teruja apabila dapat mendekati kuda apalagi malah menaikinya.

Blogger berkesempatan membawa anak-anak ke pantai Batu Buruk. Setelah desakan berulang kali, akhirnya blogger menuruti kehendak anak-anak untuk sama-sama menaiki kereta kuda. Memang seronok apabila melihat anak-anak bergembira dan girang sekali apabila menaikinya.

Kelihatan begitu ramai sekali pengunjung bersama keluarga yang sama-sama ingin menaiki kereta kuda. Harga yang dikenakan adalah berpatutan.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Mee Rebus Bawah Jambatan Jerteh, Terengganu

Maggie Ketam Nipah... memang sedap di Besut, Terengganu

Pengunjung blog