Posts

Showing posts with the label ikan singgang

Menikmati Lempeng Nyiur di Paya Bunga Hotel.. nikmat waktu hujang begini

Image
  Semalam saing ajak mari makan Lepeng Nyiur di Cafe Tulip Paya Bunga Hotel Terengganu jadi molek .. cicoh ngan nyiur, sambal bilis ngan kari ayam .. Portion pun banyak .. nyandar jugak nak perabih. Hujan hujan ni jadi molek. Sedap makan macam dirumah... suasana pun tenang molek. Dating ngan awek makan lepeng .. jadi deh.. Pahtu ye bui Kopi O sekali slaluh. Aah sero lapar pulok... Ada sapa nak ajak ambe dok,. Ambe boleh tunjuk mana dan tolong order.. Lempeng Nyiur di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu. Paya Bunga Hotel merupakan Hotel Bandar bertaraf empat bintang yang mendapat pengiktiran di Dubai baru baru ini dalam kategori 'The Best City Hotel'. Malah hotel juga turut mendapat pengiktirafan sebagai 'Mematuhi Syariah" atau Shariah Compliant. Ia mempunyai 208 bilik yang selesa dengan pelbagai kemudahan yang menarik. Malah ia turut lengkap dengan kemudahan seminar, restoran, surau yang luas, kolam renang serta gymnasium untuk kemudahan pelanggan. bagi penggemar kopi...

Selera Singgang di Beserah... teringat eeeh

Image
Sedang membelek gambar-gambar dalam laptop terpandang gambar semasa singgah di Selera Singgang di Beserah, Kuantan, Pahang. Menunya simple atau ringkas sahaja tapi

Nasi, Budu, Ikan Singgang lauk orang Terengganu

Image
Lauk di atas iaitu budu, ikan singgang, ikan kukus goreng dan ulam adalah antara makanan asasi orang Terengganu dan juga pantai timur. Walaupun nampak ringkas, ianya amat menyelerakan dan mampu membuka selera jika demam atau sakit. Hebatkan. Iabukanlah lauk yang mahal, sekadar ikan selayang atau kembong mahupun ikan selar kuning. Sudah cukup untuk memberi selera kepada seluruh keluarga. Inilah keunikan makanan tradisi. Ringkas namun amat bermakna dan penuh memori #FB Jeehan Abdullah - tq atas gambar #FB Residen Kuala Terengganu ( KUTERER)

Buka Puasa Rumah Bonda

Image
masakan bonda ikan singgang budu dan celur bunga kantan serta pucuk ubi stela Di kesempatan Ramadhan ini, blogger bersama keluarga mengambil peluang dan kesempatan untuk berbuka puasa di rumah bonda. Ia bukan sahaja untuk menjengah bonda juga sebagai galakan kepada anak-anak supaya terus utuh dan kukuh dengan budaya dan amalan mengunjungi dan menghormati orang tua dan menghormati nenek mereka. Apa yang pasti selera pasti terbuka dengan masakan bonda, walhal menunya hanyalah ikan singgang dan budu serta ulaman celur. Berkatnya masakan orang tua. ulam celur jantung pisang, bunga kantan, terung, pucuk ubi stela (keledek), jering muda untuk cecah dengan budu Anak-anak juga cukup berselera dengan hidangan ikan singgang walaupun ayam percik ada disebelah. Budu juga turut menjadi tumpuan. Manakala air pula sampai tiga jenis, air tebu, laicikang serta teh ais limau. nak buat macammana selera anak-anak berpuasa, sekali sekala kena turut juga sebagai galakan untuk mereka berpu...

Pengunjung blog