Buka Puasa Rumah Bonda

masakan bonda ikan singgang budu dan celur bunga kantan serta pucuk ubi stela
Di kesempatan Ramadhan ini, blogger bersama keluarga mengambil peluang dan kesempatan untuk berbuka puasa di rumah bonda. Ia bukan sahaja untuk menjengah bonda juga sebagai galakan kepada anak-anak supaya terus utuh dan kukuh dengan budaya dan amalan mengunjungi dan menghormati orang tua dan menghormati nenek mereka.

Apa yang pasti selera pasti terbuka dengan masakan bonda, walhal menunya hanyalah ikan singgang dan budu serta ulaman celur. Berkatnya masakan orang tua.

ulam celur jantung pisang, bunga kantan, terung, pucuk ubi stela (keledek), jering muda untuk cecah dengan budu
Anak-anak juga cukup berselera dengan hidangan ikan singgang walaupun ayam percik ada disebelah. Budu juga turut menjadi tumpuan.

Manakala air pula sampai tiga jenis, air tebu, laicikang serta teh ais limau. nak buat macammana selera anak-anak berpuasa, sekali sekala kena turut juga sebagai galakan untuk mereka berpuasa.
tiga jenis air ikut selera anak-anak

Orang tua, apabila anak cucu menjengah pasti jelas kegembiraan diwajah. Makan pun nampak berselera.

Juga berkesempatan untuk berteraweh di Masjid Kg Rahmat. Memang Ramadhan menjelmakan seribu rahmat dalam merapatkan silaturahim keluarga.

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog