Posts

Showing posts with the label kajian

Kajian manusia dan kegelapan.. apa yang terjadi

Image
  kajian manusia dan kegelapan Lelaki Terkurung 6 Bulan Dalam Gua Gelap, Hasil Kajiannya Ubah Dunia Pada tahun 1972, seorang ahli sains Perancis melakukan eksperimen yang dianggap gila oleh ramai orang. Michel Siffre mengurung diri dalam kegelapan total sedalam 440 kaki bawah tanah selama enam bulan. Tiada jam, tiada cahaya matahari, dan tiada sebarang hubungan dengan manusia lain. Tujuan eksperimen radikal ini adalah untuk memahami bagaimana minda manusia mempersepsikan masa tanpa sebarang rujukan luar. Sebagai ahli geologi yang minat dengan hubungan biologi dan masa, Siffre percaya otak kita bukan sekadar mengikut masa tetapi menciptanya. Keadaan dalam gua itu begitu mencemaskan dengan kesunyian yang menyelubungi. Kegelapan yang terus menerus tanpa sebarang cahaya membuatkan persepsi masa mula terganggu. Tanpa sebarang cara untuk mengesan peredaran waktu, hidupnya mula kehilangan struktur. Pada mulanya, dia cuba mengekalkan rutin dengan makan ketika lapar dan tidur ketika mengant...

Terengganu negeri paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024 oleh DOSM Malaysia

Image
  Kecoh sekejap berkaitan indeks kebahagiaan yang di keluarkan oleh DOSM Malaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2024 yang menyaksikan negeri Terengganu Darul Iman berada di kedudukan teratas sebagai negeri paling bahagia mengatasi negeri-negeri lain di Malaysia. Manakala Johor pula sebagai negeri kedua paling bahagia diikuti oleh Negeri sembilan serta Pahang. Manakala bagi daerah pula, Daerah Keluang Johor dinobatkan sebagai daerah paling bahagia di Malaysia. Diikuti oleh Daerah Raub, Mersing serta Marang, Terengganu.  Manakala daerah Admin Setiu berada di tempat ketujuh. Berdasarkan dapatan survei, prestasi skor Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia pada tahun 2024 berada pada tahap bahagia iaitu pada skor 7.60. Secara keseluruhan, dua komponen berada di tahap sangat bahagia dan baki 11 komponen berada di tahap bahagia antara skor 6.22 dan 7.82. Analisis mengikut komponen menunjukkan skor indeks tertinggi dicatatkan oleh komponen keagamaan dan kerohanian iaitu 8.69...

Bila makan durian, badan rasa panas.. kenapa yee

Image
Memandangkan sekarang musim durian, ramai yang berkongsi kegembiraan menikmatinya dan tidak kurang pula yang berkongsi cara memilih yang betul agar tidak tertipu dengan penjual. Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan buah durian ialah  ‘tastes like heaven, smells like hell!’ . Benar atau tidak, ianya subjektif kepada individu. Buat saya, si penggemar ‘tegar’ durian, bau dan rasa durian saya sangat gemari. Maka tiadalah istilah ‘hell’ pada saya  😌 . Ada yang bertanya kenapa makan durian badan kita akan menjadi  ‘panas’ ?  🤔 Sebelum menjawab persoalan ini, kita haruslah faham apa yang dimaksudkan dengan ‘panas’ dan bagaimana mungkin ianya terjadi daripada tindakbalas yang dicetuskan oleh bahan kimia semulajadi dalam durian semasa penghadaman. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘panas’ badan? ‘Panas’ badan ini sebenarnya istilah yang dipraktikkan di dalam perubatan tradisional sama ada Melayu, Cina dan India. Selain daripada istilah ‘panas’, istilah berlaw...

Pensyarah Cina temui hasil kajian bangsa Melayu didiskrimansi oleh Bangsa Cina di Malaysia....

Image
Pensyarah cina UKM temui hasil kajian kaum cina diskriminasikan bangsa Melayu 1.BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini. 2.Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa. 3.Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 4.Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terha...

Pengunjung blog