Kajian manusia dan kegelapan.. apa yang terjadi
kajian manusia dan kegelapan
Pada tahun 1972, seorang ahli sains Perancis melakukan eksperimen yang dianggap gila oleh ramai orang. Michel Siffre mengurung diri dalam kegelapan total sedalam 440 kaki bawah tanah selama enam bulan. Tiada jam, tiada cahaya matahari, dan tiada sebarang hubungan dengan manusia lain.
Tujuan eksperimen radikal ini adalah untuk memahami bagaimana minda manusia mempersepsikan masa tanpa sebarang rujukan luar. Sebagai ahli geologi yang minat dengan hubungan biologi dan masa, Siffre percaya otak kita bukan sekadar mengikut masa tetapi menciptanya.
Keadaan dalam gua itu begitu mencemaskan dengan kesunyian yang menyelubungi. Kegelapan yang terus menerus tanpa sebarang cahaya membuatkan persepsi masa mula terganggu. Tanpa sebarang cara untuk mengesan peredaran waktu, hidupnya mula kehilangan struktur.
Pada mulanya, dia cuba mengekalkan rutin dengan makan ketika lapar dan tidur ketika mengantuk. Namun tanpa cahaya atau jam, persepsi masanya mula berubah. Minit terasa seperti jam, hari hari mula bercantum menjadi satu.
Kesan lebih mendalam mula muncul ketika minggu minggu berlalu. Fikirannya mula mempermainkannya dengan bayang bayang yang tidak wujud. Dia mula mendengar suara suara dalam kesunyian dan paranoia mula menghantuinya.
Apa yang dirasakan sebagai 24 jam olehnya sebenarnya telah menjadi 48 jam dalam dunia nyata. Badannya membentuk ritme baru dengan berjaga selama 36 jam dan tidur selama 12 jam. Ini mengejutkan komuniti sains yang selama ini percaya manusia terikat dengan kitaran 24 jam.
Perubahan ini semakin mendalam ketika eksperimen berterusan. Ingatannya mula menjadi tidak boleh dipercayai dan dia sering lupa fakta fakta mudah. Emosinya turun naik secara mendadak antara kegembiraan dan keputusasaan.
Untuk bertahan, dia mencari penghiburan dengan bercakap dengan serangga dan dirinya sendiri. Suara suara ini menjadi teman dalam kesunyian yang tidak berkesudahan. Setiap hari menjadi perjuangan untuk mengekalkan kewarasan.
Setelah 180 hari, dia akhirnya dibawa keluar ke permukaan. Kejutan terbesar menantinya ketika menyedari dia telah kehilangan track hampir sebulan masa. Dalam persepsinya, hanya 151 hari telah berlalu.
Penemuan kajian ini mengubah pemahaman sains tentang persepsi masa. Eksperimen ini membuktikan masa bukan sekadar sesuatu yang kita ikuti tetapi sesuatu yang kita cipta. Minda kita yang menentukan bagaimana masa mengalir.
Kajian Siffre menjadi asas kepada kajian ritma sirkadian moden dan mempengaruhi berbagai bidang dari penerbangan angkasa hingga kajian kesihatan mental. Walaupun pengalaman ini meninggalkan parut yang kekal, dia terus melanjutkan penyelidikan untuk manfaat sains.
sumber FB Nizam Ali
Comments