Posts

Showing posts with the label kuih tradisi

K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih tradisi Terengganu yang perlu diketengahkan...

Image
K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan. Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini. Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi. Rojak Kateh Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Tere...

Makan 'LOCONG' waktu petang...di Kuala Terengganu

Image
Inilah LOCONG yang enak Nak minum petang di Kuala Terengganu? banyak tempat boleh menjadi pilihan anda. Tempat yang menjadi pilihan blogger biasa-biasa sahaja, warung bawah pokok kayu tetapi menyajikan banyak sekali pilihan makanan. Apatah lagi jenis kuih-muih yang jarang di jumpai. Memang sedap Di antara kuih yang menjadi pilihan adalah 'LOCONG' bukan 'pocong'. Menurut tuan punya kedai sedap dan laris kuih ni. Ianya dimakan dengan sedikit santan. Ia sememangnya paling laris terutama bulan Ramadhan. Apabila dicuba memang enak sekali dengan rasa sedikit aroma nangka, ia membangkitkan selera. Banyak kuih tradisi Terengganu di sini Turut menjadi pilihan petang adalah 'karipap 4 segi' atau karipap petak, ada yang memanggilnya 'pora' (kalau tak kena tolong betulkan) dengan berlaukkan inti karipap dan daging memang enak dimakan. Di tambah dengan kek coklat kukus kecil yang comel. Airnya pula adalah cendol bersantan yang enak sekali bagi men...

explore terengganu: Kuih Bekang

Image
explore terengganu: Kuih Bekang : Di Terengganu terdapat sejenis kuih yang hampir pupus... hehehehe.. bunyinya macam dinasourlah pulak tapi serius ni, sangat susah nak bertem...

Koleh Lemak- Kuih Tradisi Rakyat Terengganu

Image
Inilah rupa kuih KOLEH LEMAK Koleh lemak adalah antara kuih tradisi orang Terengganu yang makin sukar untuk di jumpai. Rasanya yang lemak dan enak ditambah lagi dengan keenakan sambal ikan memang sedap. Seingat blogger masa budak-budak dulu, kata mereka kuih ini sesuai untuk orang bberanak atau baru bersalin. Baru-baru ini blogger ke Pasar Pekan Batu Enam dan memang kuih koleh lemak ini sentiasa ada di jual di sini, itupun hanya ada satu saja gerai yang menjualnya. memang sedap dan enak di makan bersama sambal ikan Dengan harga RM1 sebungkus ia masih murah dan berbaloi untuk dibeli.

Pasar Batu Enam... kuih muih tradisi rakyat Terengganu menjadi jualan di sini

Image
Warisan tradisi rakyat Terengganu banyak di sini Pasar Batu Enam sememangnya terkenal dengan jualan pelbagai kuih-muih tradisional Terengganu. Di pasar ini masih terdapat banyak lagi kuih-muih tradisi yang kini kian pupus ditelan masa ataupun kian dilupakan generasi kini. macam-macam ada untuk dibawa pulang Kebanyakan kuih-muih disini dibuat untuk jualan tengahari dan waktu petang. Anda boleh mencuba rojak kateh, kuih akok, penganan, koleh lemak, koleh kacang, rojak betik, bepang, akok berlauk dan bermacam-macam lagi. Harganya pun berpatutan. Dengan citarasa tradisi ia menjadi warisan berharga budaya hidup rakyat  Terengganu. Dan apa yang istimewa di sini 90% penjual adalah wanita @ kaum ibu. Ini menunjukkan kaum wanita juga berperanan membantu  menggiatkan ekonomi setempat dan membantu meningkatkan pendapatan seisi keluarga. Pelbagai jenis kuih muih yang menyelerakan selera anda Dengan kemudahan pasar yang lebih bersih, selesa serta pengudaraan yang baik mampu...

Jala emas... payah nak jumpa... bulan Ramadhan muncullah ia...

Image
Ini kuih Jala Emas di antara kuih tradisi rakyat Terengganu. Ia sememangnya istimewa kerana hanya diperbuat dengan menggunakan kuning telur dengan sedikit tepung dan dimasak bersama air gula.  Apa yang menjadi rahsia istimewanya adalah cara memasaknya yang rumit dan perlu penuh tumpuan bagi menghasilkan jala emas yang baik. Pada kebiasaannya harga bagi satu bekas begini dalam RM5 dan ianya boleh didapati terutama di Pasar Batu 6. Ia menjadi kegemaran kepada isteri blogger. Setiap kali Ramadhan pasti dicari. Kuih tradisi sebegini perlu pewaris untuk meneruskan kesinambungan masakan warisan tradisi. 

Kuih Tepung Bungkus... kuih tradisi yang sedap

Image
Kuih yang diperbuat daripada tepung beras bersama santan  dengan intinya daripada kelapa dengan gula melaka yang kemudiannya disaluti dengan tepung pulut. Apa yang istimewa ia dibalut dengan daun pinang yang kemudian dikukus sehingga membangkitkan rasa wangi. Memang nampak sedikit rumit proses pembuatannya, tapi makannya sedap dan amat sesuai untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar menjamah makanan yang lembut. Jika pembuatannya betul dan bersih kuih mampu bertahan 24 jam tanpa basi. Memang kuih orang tua dan tradisi dibuat dengan teliti.

Pengunjung blog