Posts

Showing posts with the label pengkalan gawi

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021 berlangsung dengan jayanya di Tasik Kenyir Terengganu

Image
  KMCT 2021 atau Kenyir Monsoon Casting 2021 telah berlangsung pada 17 hingga 20 Disember 2021 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Acara kali ini disertai seramai 352 peserta daripada dalam dan luar negara termasuk Jepun dan Amerika Syarikat. Ia adalah acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama KETENGAH dan Tourism Malaysia. Acara ini diadakan dengan konsep 'Catch & Release' bagi memelihara ekosistem serta biodiversity Tasik Kenyir agar kekal dan terus terpelihara. Sebanyak lebih 24 houseboat terlibat dalam penganjuran kali ini walaupun dengan cabaran musim hujan lebat dan berangin. Acara ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kanan Korporat KETENGAH iaitu Encik Mahdi Amin Bin Ahmad di Pengkalan Gawi dan turut dilepaskan bersama 5000 anak ikan sumbangan Jabatan Perikanan di Sungai Leban bagi kesinambungan kelestarian hidupan di Tasik Kenyir. Di Pengkalan Gawi juga turut di adakan jualan industri desa seperti ika...

Kem Gajah di Tasik Kenyir Produk Baru Pelancongan

Image
Oleh FAUZI MOHD Video oleh MOHD YAHYA MUDA  HULU TERENGGANU - Sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan daya tarikan Tasik Kenyir agar menjadi produk pelancongan utama negeri, struktur asas kem gajah kini telah siap dibangunkan.  Kem yang dikenali sebagai ‘Kenyir Elephant Village’ di kawasan seluas 256 hektar di Pengkalan Gawi dijangka dibuka kepada orang ramai pertengahan tahun ini  Ia mengambil sebahagian daripada contoh di Chiang Mai, Thailand yang membantu menjadikannya sebagai pusat pelancongan terkemuka.  Pengurus Unit Pembangunan Tasik Kenyir, Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata, kem itu akan dijadikan pusat pertunjukan gajah dan pada masa sama sebagai kawasan pemeliharaan haiwan itu.  ''Ia dibahagikan kepada tiga komponen melibatkan kawasan gajah jinak, gajah separuh liar dan yang liar,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tujuh ekor gajah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di ...

Ketengah anjur Festival Kenyir

Image
Oleh: Noraini Jusoh Sebagai salah satu usaha mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama kerajaan negeri akan menganjurkan Festival Kenyir selama lima hari bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bermula 16 Mei depan. Menurut jurucakap Ketengah, seramai 35,000 pengunjung dijangka akan datang ke Tasik Kenyir dalam tempoh tersebut seterusnya memeriahkan festival yang menghidangkan pelbagai acara menarik. "Antara objektif penganjurannya ialah untuk mempromosikan Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai kemudahan dan keistimewaan seperti keindahan alam semulajadinya yang mampu memukau pelancong dalam dan luar negara. "Penganjuran festival ini juga bertujuan untuk memberi maklumat awal kepada pelancong tentang produk pelancongan baru antaranya Kenyir Island Hopping (KIH) dan cadangan Pulau Bebas Cukai yang dijangka beroperasi pada Ogos 2014,” ujarnya dalam satu...

Gua Bewah terus tersohor

Image
Oleh: Suriati Ali Gua Bewah yang terletak di antara 340 gugusan pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dahulunya hanya terkenal sebagai `kilang tahi kelawar’ berikutan puluhan penduduk sering mengunjunginya untuk mendapat najis haiwan itu. Terdapat laluan khas yang dibina pihak tertentu bagi mengeluarkan najis kelawar untuk dijadikan baja tanaman. Kini selepas dinaiktaraf oleh kerajaan Terengganu, lokasi tersohor itu seolah-olah menjadi destinasi wajib di kunjungi bagi pelancong setiap kali menjejak kaki di tasik buatan manusia itu. Penemuan rangka manusia dipercayai berusia 16,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah antara artifak paling berharga di mana mampu meningkatkan jumlah pengunjung sedia ada ke lokasi itu. Rangka tersebut dipercayai mayat remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. Artifak yang ditemui awal 2010 dalam kerja-k...

Temasya alam Tasik Kenyir

Image
Temasya alam Tasik Kenyir Oleh Nazdy Harun bhkt@bharian.com.my 2010/12/26 JIKA ditanya apa uniknya Tasik Kenyir, pasti ramai, khususnya kaki pancing segera mengaitkan destinasi di Terengganu itu sebagai syurga mereka. Apa tidaknya, tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu menjadi lubuk pelbagai spesies ikan air tawar yang diburu kaki pancing. Namun, di sebalik popularitinya di kalangan pemancing, Tasik Kenyir sebenarnya layak dicanangkan sebagai gedung ilmu alam dengan keunikan serta keindahan flora dan faunanya. Projek pembinaan empangan jana elektrik di sini membentuk 340 pulau unik dan landskap alam serba baru selain tinggalan sejarah di Tasik Kenyir. Tidak hairanlah, kelebihan Tasik Kenyir itu mendorong Kerajaan Terengganu melaksanakan pelbagai projek pembangunan selain menjadikan beberapa pulaunya sebagai taman burung, taman buah-buahan, taman orkid selain menaik taraf taman herba sebagai santuari ikan kelah. Add caption Lebih menarik la...

Pengunjung blog