Posts

Showing posts with the label tradisi

Pembuatan Nissang Nyiur.. aktiviti warisan yang patut di pelihara

Image
 Memproses air nira menjadi nissang nyiur atau gula nyiur atau gula melaka adalah salah satu aktiviti hiliran masyarakat Melayu di Malaysia terutama di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Minuman air nira adalah minuman tradisi dan daripada air nira tersebutlah maka terhasilnya nissang nyiur. Ia merupakan aktiviti tradisional dan masih diamalkan sehingga kini. Malah daripada nissang nyiur ini boleh dijadikan gula gula nissang mahupun pencicah kepada makanan seperti ketupat dan lemang. Nissang yang asli adalah 100% daripada air nira yang dimasak sehingga terhasilnya karamel dan tanpa campuran gula walau sedikitpun. Ada juga yang mengcampurkan nissang ini dengan gula untuk dijual lebih murah yang selalunya dijual sebagai pemanis atau perisa dalam masakan dan kuih muih. Proses tradisi ini semakin hari semakin terhakis dan berkurang pengusahanya sedangkan potensi untuk dikomersilkan memang tinggi malah aktiviti menarik ini boleh dijadikan tarikan pelancongan berasaskan budaya...

Menarik pukat... budaya masyarakat nelayan Terengganu

Image
gambar azizi embong Budaya menarik pukat adalah salah satu aktiviti tradisi masarakat nelayan di Terengganu. Ia masih boleh dilihat dan dinikmati keutuhan aktiviti berkumpulan ini di perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan lain-lain tempat. Perkampungan nelayan di sekitar Batu Rakit adalah lokasi paling mudah unuk dilihat kegiatan nelayan sebegini pada setiap pagi. Memang begitulah cara hidup masyarakat nelayan di sini. Budaya menarik pukat ini sememangnya menjanjikan keseronokan melihat ikan-ikan pinggiran pantai yang bergelimpangan meronta melepaskan diri dari pukat. 

Apabila orang Terengganu makan keropok di Kuala Lumpur... baru mung tahu!!!

Image
Apabila orang Terengganu makan keropok di Kuala Lumpur, katanya di Mid Valley. Sepinggan di atas bernilai RM8.90 dan keropoknya pula banyak rasa kanji. Nak makan keropok yang betul-betul ori dan sedap, datanglah Terengganu. Dari Kemaman sampai ke Besut bermacam-macam gerai yang menjual keropok yang enak dan sedap samada yang direbus atau digoreng. kalau sebagaimana di atas tu hanya 50 sen sahaj di Terengganu, tapi apakan daya harga di bandaraya tentulah tidak sama dengan tempat asalnya. kredit: FB  Ahmad Lutfi Lukman ‎ #setiupost

Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Image
Warung kecil ini terletak berhadapan dengan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, iaitu pusat bandar bagi Daerah Setiu. Kunjungan sebelumnya ke warung ini dapat menikmati Gulai lemak daun kesom Ikan Tapah,, memang rasa bagai masakan orang tua dan tradisi. Dan kunjungan terbaru pula adalah Gulai lemak daun kesum ikan haruan, memang memukau selera. Lauk lain yang terdapat di warung ini adalah ikan patin asam pedas, ikan puyu goreng, ikan keli goreng, sayur lemak dan pelbagai lagi termasuk sambal belacan, ulam dan tak luypa budu. Bagi yang rindu masakan kampung dan ikan darat, memang terubat. Rasa masakannya memang asli kampung dan cukup masam, masin dan pedasnya. Warung ini juga turut menjual air kelapa muda dan air nira kelapa atau orang tempatan memanggilnya 'air nira'. Bagi yang ingin singgah merasa masakan ikan darat ini bolehlah mencari Masjid Bandar Permaisuri dan warung betul-betul berhadapan dengan pintu masjid di seberang jalan. @terengga...

Putu Mayam Cicah Nyiur dan Gula merah di My Mom Nasi Lemak, Gong Badak

Image
NASI LEMAK MYMOM , Jalan lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu menyediakan pelbagai jenis sambal untuk nasi lemak yang enak dan sedap. Macam-macam sambal ada dari sambal bilis, kerang, ikan, telur tumis, paru, rendang dan macam-macam. Ia juga sentiasa menjadi tumpuan untuk penduduk sekitar bersarapan di sini. Ada satu kuih yang unik dan menarik untuk buat sarapan iaitu PUTU MAYAM CICAH NYIUR DAN GULA MERAH + GULA MELAKA memang unik dan sedap. Lokasinya terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud jika anda dari Gong Badak/Batu Rakit. Berbaloi bersarapan di sini. #dekatje #terengganumyheritage

Nasi Kabuli Warisan Masakan Istana Terengganu

Image
Nasi kebuli Terengganu dikatakan antara resepi dan masakan daripada dapur istana Terengganu. Memang nampak lain dan menarik. Nasinya bercampur dengan telur dan dimakan bersama gulai daging ala darat dan bersama acar. Admin sendiri merasainya semasa menghadiri Majlis Hari Raya Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu. Nasi ini dengan rupa bentuk begini tak pernah jumpa di pasar malam mahupun pasar Ramadhan. Apapun ianya memang nampak sebagai menu warisan yang unik dan menarik yang boleh diketengahkan. Ia juga agak berbeza dengan nasi Kabuli Pahang yang dikatakan berasal dari Kuala Lipis dan menjadi masakan Istana Pahang. Kemungkinan ia mempunyai persamaan dengan cara masakan berlainan mungkin ada di mana istana Terengganu sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan istana Pahang melalui Tengku Ampuan Besar Terengganu. ruj: www.kujie2.com #dekatje #pesonaterengganu

Nasi, Budu, Ikan Singgang lauk orang Terengganu

Image
Lauk di atas iaitu budu, ikan singgang, ikan kukus goreng dan ulam adalah antara makanan asasi orang Terengganu dan juga pantai timur. Walaupun nampak ringkas, ianya amat menyelerakan dan mampu membuka selera jika demam atau sakit. Hebatkan. Iabukanlah lauk yang mahal, sekadar ikan selayang atau kembong mahupun ikan selar kuning. Sudah cukup untuk memberi selera kepada seluruh keluarga. Inilah keunikan makanan tradisi. Ringkas namun amat bermakna dan penuh memori #FB Jeehan Abdullah - tq atas gambar #FB Residen Kuala Terengganu ( KUTERER)

Hotel Primula Saji Hidangan Warisan Sempena Ramadan

Image
Sempena ketibaan Ramadan esok, Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, menawarkan pelbagai menu istimewa termasuk makanan tradisi yang hampir dilupakan golongan muda sebagai hidangan pilihan untuk berbuka puasa. Pengurus Makanan dan Minuman hotel, Hasmadi Nasiruddin Othman berkata, antara menu yang disediakan mereka termasuk variasi pencuci mulut seperti che abas demam, koleh lemak, bantal buruk, k’ang, apam dewa, pati toyo serta lauk-pauk seperti gulai itik telur masin, budu tumis serta kerabu laksa.  “Kesemua makanan itu merupakan sebahagian daripada 125 jenis hidangan berkonsepkan warisan timur yang ditampilkan bagi mengembalikan nostalgia menu-menu lama disamping memberi peluang terutama kepada generasi muda untuk menikmatinya. “Hotel kami sentiasa mengetengahkan makanan-makanan tradisi tempatan bagaimanapun pada Ramadan kali ini, pilihan menu warisan yang hampir pupus lebih banyak berbanding tahun sebelum ini,”katanya kepada pemberita semasa majlis pelanca...

Berbuka puasa di Grand Continental Kuala Terengganu

Image
Baru-baru ini pada Ramadhan yang lalu, blogger telah menghadiri kursus selama 2 hari di Grand Continental anjuran Malaysia Productivity Centre (MPC). Pakej kursus adalah termasuk berbuka puasa selama 2 hari di hotel tersebut. Selama 2 hari di sana, Restoran Jala Mas di Grand Cont sentiasa penuh dengan pelanggan yang mengadakan majlis berbuka puasa. Turut mengadakan majlis adalah tuan punya perniagaan bukan Islam bagi meraikan pekerja-pekerja. Begitu juga NGO-NGO dan badan-badan yang turut meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal. Jika semua masyarakat di Terengganu prihatin dan bersifat pemurah sebegini, rakyat Terengganu akan menjadi bangsa yang hebat dan bertamadun. Pastinya menu yang istimewa di cari di Grand Cont ini. Yang paling menjadi tumpuan adalah Kambing Panggang. Memang sedap bila dicicah dengan sos black pepper dan rosemary. Juga sate serta ikan bakar. Turut kelihatan rojak buah dan rojak kateh.Sememangnya begitu banyak sekali makanan terutama berunsurkan tradisional di tam...

Pengunjung blog