Nasi Kabuli Warisan Masakan Istana Terengganu



Nasi kebuli Terengganu dikatakan antara resepi dan masakan daripada dapur istana Terengganu. Memang nampak lain dan menarik. Nasinya bercampur dengan telur dan dimakan bersama gulai daging ala darat dan bersama acar.

Admin sendiri merasainya semasa menghadiri Majlis Hari Raya Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Nasi ini dengan rupa bentuk begini tak pernah jumpa di pasar malam mahupun pasar Ramadhan. Apapun ianya memang nampak sebagai menu warisan yang unik dan menarik yang boleh diketengahkan.
Ia juga agak berbeza dengan nasi Kabuli Pahang yang dikatakan berasal dari Kuala Lipis dan menjadi masakan Istana Pahang.

Nasi Kebuli Kuala Lipis

Kemungkinan ia mempunyai persamaan dengan cara masakan berlainan mungkin ada di mana istana Terengganu sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan istana Pahang melalui Tengku Ampuan Besar Terengganu.

ruj: www.kujie2.com

#dekatje
#pesonaterengganu

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

SATE LANANG, Jabi.. sate terbaik Terengganu

Bot Penambang Kuala Terengganu, warisan yang hidup

Buka Puasa di Motel Desa Kuala Terengganu, dari puncak bukit

Pengunjung blog