Posts

Showing posts with the label tradisional

Perasmian Pesta Pantai Terengganu 2017 berlangsung dengan meriah sekali

Image
Pesta Pantai Beautiful Terengganu 2017 telah dirasmikan dengan meriah sekali oleh YB Menteri pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Nazri Bin Abd Aziz pada 18 Mac 2017 di Pantai Batu Buruk. Pesta yang di 'kuasakan' oleh RED ONE' ini mendapat sambutan hangat para pengunjung dengan menampilkan tema 'Nostalgia main panta' yang cukup bermakna kepada rakyat Terengganu suatu ketika dahulu. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dirancang sepanjang program berlangsung sejak 17 Mac hingga 25 Mac bermula jam 12.00 tengahari hingga 11.00 malam setiap hari. Antara yang menarik adalah aktiviti kebudayaan seperti persembahan wayang kulit, pameran barang-barang purba, persembahan dikir barat, busking tradisional, persembahan silatdan antara kemuncak perogram adalah Pertandingan Memancing RED ONE dengan hadiah juara RM40,000 pada 25 Mac 2017 jam 9.00 pagi. Sempena cuti sekolah juga tentunya memberi peluang pada semua pengunjung untuk merasai pelbagai makanan di...

Patin Masak Tempoyak, Restoran Pak Akob Kuantan memang sedap!

Image
  B aru-baru ini semasa menghadiri satu seminar di Kuantan, sempat singgah untuk makan tengahari di sebuah kedai yang terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak versi Pahang iaitu di Restoran Pak Akob 1, yang terletak di belakang Maybank. Pertama kali  menjejak kaki ke restoran ini walaupun telah banyak kali berulang alik ke Kuantan dan dahulunya setiap minggu ke Kuantan. Apabila menikmati masakan ikan patin memang sedap dan menyengat dan rasanya lain dan berbeza dengan masakan ikan patin di RNR samada Gambang mahupun Temerloh. Dengan ikhlas hati memang A++ Harganya juga adalah RM13.00 seketul dengan saiz potongan yang besar bagi patin sangkar dan ada satu lagi iaitu masakan patin buah RM35 seketul. Berpatutan dan berbaloi   Di tambah lagi dengan keenakan pucuk ubi masak tempoyak dan gulai lemak daging salai. Memang menambat selera. Restoran ini sememangnya terkenal dikalangan warga Kuantan dan selalu dikunjungi oleh ...

Manisan @ Nisan Kerek yang kini sudah komersial di Terengganu

Image
Manisan sangat sinonim dengan masakan yang digunakan sejak zaman-berzaman, namun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sebuah syarikat, Manis Sokmo Enterprise menyediakan manisan secara moden. Cara lama dimensi baru. Slogan ini bertepatan dengan pembuatan manisan kerek kerana ramuannya masih dikekalkan, tetapi cara pembuatannya mengikut peredaran zaman. Penggunaan teknologi dalam penyediaan makanan tradisional menjadikan perusahaan itu mampu dikomersialkan dengan lebih meluas. Pengurus Manis Sokmo Enterprise, Suri Abdul Ghani berkata, bagi menyediakan manisan kerek, air nira kelapa, gula dan daun mengkuang perlu digunakan. Katanya, setiap hari, 40 liter air nira kelapa diperlukan dan ia diambil dari kebun kelapanya di Kampung Jenang, Marang. “Biasanya 20 batang pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari. “Selain itu, bekalan daun mengkuang diperoleh daripada penduduk berhampiran...

Jering Rebus makanan klasik orang Terengganu

Image
Kuala Terengganu: Hanya dengan menjual jering rebus dan buah perah, seorang wanita dari Kampung Pasir Panjang, di sini, mampu meraih pendapatan sehingga RM800 sehari. Rosnas Muda, 53, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan itu selama 20 tahun lalu setelah mewarisinya daripada arwah datuknya. “Jering rebus kami terkenal dan mempunyai pelanggan tetap dari dalam dan luar negeri sejak dulu lagi. “Buah jering dan perah jenis bermusim dan kerana itu hanya pada September hingga November saja ia dijual. Sepanjang tempoh itu, penggemar dari serata tempat termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan datang ke gerai saya untuk membelinya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di gerai jualannya di sini, semalam. Rosnas berkata, memandangkan sambutan terhadap jering rebus sangat menggalakkan, dia terpaksa merebus tiga periuk jering setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan. #Harian Metro

Sajian Kampung di Peladang Setiu Agro Resort

Image
Pakej berbuka puasa di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu serendah RM35.00 seorang bagi dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun. Dengan pelbagai menu hidangan berasaskan masakan kampung dan tradisional seperti ulam-ulaman dan budu dan disajikan bersama ayam percik, ikan masam manis, atau ayam masak rendang bersama ikan bakar air asam atau ayam bakar berempah serta gulai daging ala kampung. Ia turut disertakan dengan pelbagai kuih muih tradisional dan dihidangkan secara bufet atau hidang, bergantung kepada tempahan anda. Resort juga turut mengadakan promosi bilik Ramadhan dengan tawaran serendah RM60.00 semalam (untukbilik sahaja) berbanding harga biasa RM98.00 semalam. Juga tawaran Pakej Seminar Ramadhan serendah RM100.00 seorang bagi penginapan berdua sebilik termasuk berbuka puasa, minum malam dan bersahur. Pakej adalah termasuk dengan kemudahan dewan seminar dan surau untuk solat terawih dan berjemaah. Kemudahan aktivi berkayak secara percuma ...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Image
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...

Terengganu Bakal Perkenal T-Food Tawar Harga Berpatutan

Image
Terengganu akan mewujudkan medan selera baharu, T-Food  di Tanjung, Kuala Terengganu dengan mengenakan harga terkawal  dalam usaha menggalakkan lebih ramai pengunjung dan mengubah persepsi  buruk orang ramai mengenai  kedai makan di negeri ini yang mengenakan harga mahal. Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata  pembinaan kemudahan itu juga dapat mengembalikan semula tarikan ramai pengunjung di medan selera sedia ada dengan menggunakan konsep `cara lama, dimensi baru. “Kemudahan baharu itu akan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana akan dilengkapi penghawa dingin serta tukang sapu dengan konsep yang lebih santai, moden dan bersih. “Semua makanan Terengganu seperti keropok, satar,  kuih akok dan apa sahaja akan ditempatkan di medan selera baharu itu. Peniaga berkenaan akan kita pilih dan menerima insentif daripada kerajaan negeri supaya harga yang ditawarkan nanti berpatutan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Per...

RM200 semalam tawaran istimewa Manor Beach Resort, Besut, Terengganu

Image
Manor Beach Resort yang terletak di Bukit Keluang, Besut, Terengganu menawarkan tawaran istimewa chalet penginapan iaitu RM200/ chalet/ semalam.(harga biasa adalah RM280.00/chalet/semalam) Tawaran ini termasuk sarapan pagi untuk 2 0rang dewasa dan 2 kanak-kanak. Tempahan hendaklah dibuat melalui EMAIL RESORT SAHAJA dan sah sehingga 31 Disember 2014. Resort ini mempunyai 14 unit chalet kayu yang cantik dan bercirikan tradisional, serta asrama. Ia juga lengkap dengan kemudahan dewan seminar, kolam renang serta restoran. Terletak menghadap laut China Selatan dan berlatarkan Pulau Perhentian yang terkenal tentunya memberi kelainan dalam percutian anda. Resort ini juga turut menyediakan Pakej Perkahwinan istimewa iaitu Pakej Perkahwinan Zamrud dan Pakej Perkahwinan Songket. Nama resort ini iaitu Manor adalah gabungan kepada pasangan pemilik resort ini sendiri. Bagi maklumat lanjut bolehlah layari : Http://manorbeachresort.com atau talian Tel:   +6096950290 o...

Pakej Berbuka Puasa di Agro Resort serendah RM29.00 seorang dan promosi bilik sehingga 50%

Image
Pakej Berbuka Puasa di Peladang Setiu Agro Resort Bufet  Dewasa             RM29.00 seorang kanak-kanak    RM20.00 seorang Pelbagai menu menarik seperti ayam kampung goreng, Gulai kerutub itik, kerabu perut, dan macam-macam lagi bersama ulam-ulaman dan budu Juga Promosi Penginapan sehingga 50% sepanjang Ramadhan dengan serendah ; RM49.00 semalam bagi chalet New Link, RM65.00 semalam - Garden Chalet RM75.00 semalam - Pool View Chalet *promosi sah untuk bilik sahaja *sah sehingga 26 Julai 2014 *tertakluk pada terma dan syarat Bagi maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 0199192240 atau 0148162245

Pengunjung blog