Posts

Showing posts with the label unik

Burger Tikam 10 inci di Chalok, Setiu, Terengganu

Image
Wow, burger tikam 10 inci di Chalok SETIU - Percubaan sepasang suami isteri menghasilkan menu burger tikam setinggi 10 inci mendapat sambutan luar biasa orang r amai yang ingin mencubanya. Pemilik D'Nora Seafood di Kampung Chalok, Norasilawati Sarina Abdullah, 33, berkata, burger tikam yang dijual dengan harga RM15 satu hidangan yang diisi dengan beberapa kepingan daging serta sosej disusun bertingkat diapit dengan roti bun. Ditambah pula dengan hirisan kecil sayuran, dilimpahi sos cili, tomato, lada hitam, mayonis dan kentang goreng, boleh dinikmati seramai lima orang. Penangan kesedapannya itu juga membuatkan pelanggan luar daerah termasuk dari Kuala Terengganu dan negeri jiran iaitu Kelantan serta pengguna jalan berkenaan tidak melepaskan peluang singgah dan menikmati burger tikam. Laporan MOJO Setiu, Noradila Mahamad. sumber: sinarharian Terengganu #setiupost

10 Makanan 'power' dan igauan bila datang Terengganu.. kena mari boh...

Image
Terengganu, bila cerita sahaja pasal makanan Terengganu ramai yang akan terbayang keropok lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau nak  dikeropokkan!  Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi makanan  famous  di Terengganu yang bikin air liur kawan anda meleleh. Kalau anda sediri pun masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap gila! Tahun 2017 menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar Malaysia datang ke negeri ini bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan negeri. 1. Ketupat Sotong Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya, yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja. Ketupat sotong memang popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut cuba rasa kelazatanan ketupat so...

Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...

Image
Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu. Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif. Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad. Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang. Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admi...

Gadis Kerbau di Kg Gemuruh, Kuala Nerus....

Image
Kuala Nerus: “Saya tak kesah seharian berlumuran najis kerbau kerana minat dengan haiwan itu sejak kecil lagi. Malah, kegiatan itu menyeronokkan, selain membantu perusahaan keluarga,” kata Nadia Khairun Nisa Yusof, 15, ketika ditemui di Kandang Kerbau Feedlot milik bapanya di Kampung Gemuruh, Tepuh, dekat sini. Nadia berkata, dia berjinak-jinak dengan penternakan kerbau sejak berusia tujuh tahun apabila dilatih bapanya Yusof Mohamad, 45, mengendalikan ternakan itu secara tradisional. “Kerbau besar jasanya pada saya kerana pernah menyelamatkan saya ketika tersesat dalam hutan di kampung ketika berusia enam tahun. Justeru, kerbau dekat dengan hati dan mendorong saya meneruskan minat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan. “Tak kisahlah apa yang dilabelkan orang, maklumlah saya seorang gadis dan di luar kelaziman bergelumang dengan aktiviti penternakan seperti ini, namun saya cenderung kepada bidang ini berbanding aktiviti menanam bunga di halaman rumah,” kata...

I miss U, I Luv U, Me Luv U.. itulah antara minuman yang unik dan kian popular di Gong Badak, Kuala Terengganu

Image
I Luv U I Miss U Me Luv U Itulah antara nama air di kedai ini yang kian popular. Jangan salah sebut kan boleh cari gaduh dengan pasangan nanti. Kedai yang terletak di tepi jalan menghala ke Pasaraya Hock Kee Seng , Gong Badak, Kuala Terengganu. Ia dijual dengaan harga RM4 segelas. Di antara dialog dalam loghat Terengganu  rakan FB tentang  air minuman yang unik ini. Kerana Segelas Air .. Aku Kene Tido Luor !!!! Name air Tu I love U .. Pahtu Ambe Order r 2 .. Tukang Jual ( Comey boh ) nok Confirm ..yer Tanye Balik... I Love U two ? Yer.. I love you Two.. I miss U smula smula r..  Tibe tibe .. Mek ambe masuk keda .. Galok teh.. Nok beli air ke nok ngorak tu !! Amboi ..Balaik aku Kate..Balaik !! Moral Of the Story... Kalu nok beli ... Tunjuk .. Jangan sebuk kalu ade Bini tepi...hahaha.. # deCoffestationGongBadok   FB Telo piung

Nasi, Budu, Ikan Singgang lauk orang Terengganu

Image
Lauk di atas iaitu budu, ikan singgang, ikan kukus goreng dan ulam adalah antara makanan asasi orang Terengganu dan juga pantai timur. Walaupun nampak ringkas, ianya amat menyelerakan dan mampu membuka selera jika demam atau sakit. Hebatkan. Iabukanlah lauk yang mahal, sekadar ikan selayang atau kembong mahupun ikan selar kuning. Sudah cukup untuk memberi selera kepada seluruh keluarga. Inilah keunikan makanan tradisi. Ringkas namun amat bermakna dan penuh memori #FB Jeehan Abdullah - tq atas gambar #FB Residen Kuala Terengganu ( KUTERER)

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Image
Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015 telah pun di umumkan semalam di Majlis Hari Raya Perdana Daerah Setiu. Pengumuman juga turut melibatkan pertandingan Selfie Pelita Raya D Ganu 2015. Hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi Dato' Mohd Jidin Bin Shafee yang juga ADUN Permaisuri. Inilah senarai pemenang bagi Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015 1. Hassan Bin Ali -Kg Air Sejuk 2. Mohd Ali Bin Abu Bakar -Kg Panchur Merah 3. Ruhadi Bin Ahmad - Kg Air Sejuk 4. Jusoh Bin Tahir- Air Sejuk 5. Nik Abd Razak Bin Che Muda- Kg Panchur Merah Manakalan bagi pertandingan Selfie Pelita Raya DGanu 2015 adalah sebagaimana berikut: 1. Ahmad Syakir Adli 2. Arra Wady Zayyad 3. Kamarul Mazura 4. Haa Rahman 5. Adam Raihana Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai. Tahniah di ucapkan. Pertandingan ini sememangnya menarik ramai sekali pengunjung ke kedua-dua kampung bagi menikmati keindahan hiasan pelita ra...

TTI Sedia Pakej Istimewa Tarikan Pengunjung Sempena Ramadan

Image
Sebagai menyahut cabaran yang diberikan oleh kerajaan negeri, Taman Tamadun Islam Management Sdn Bhd (TTIMSB) menyediakan pakej istimewa sempena Ramadan ini bagi menarik pengunjung ke lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu itu sepanjang bulan puasa nanti. Pengarah Urusannya, Wan Adnan Wan Derahman berkata pakej yang diperkenalkan itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan harga serendah RM299 seorang. “Pakej Islah Ramadan Masjid Kristal menyajikan dua pakej berasingan di mana bagi pengunjung yang ingin menginap selama tiga hari, dua malam harganya RM299 seorang manakala bagi pakej empat hari, tiga malam pula dikenakan RM399 seorang. “Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh mereka menyertai pakej tersebut adalah berbuka puasa di atas bot, solat terawih, qiamullail, taddarus al-Quran bersama imam Masjid Kristal dan turut akan dibawa ke kilang Desa Murni Batik,” katanya kepada pemberita. Tambahnya, bagi mereka yang mengambil pakej empat hari, tiga ...

Pengalaman Di Bangkok: Sawah Garam.. memang unik

Image
Sebenar kisah perjalanan ini sudah lama iaitu pada 2012 dan sambil membelek koleksi gambar, ia patut dikongsi  kerana ianya unik dan sukar dijumpai terutama di negara kita Malaysia. Sawah garam ini amat luas dimana sepanjang jalan hampir 20km panjangnya iaitu lebih kurang 100km ke selatan Bangkok menghala ke Pasar Terapung Saduak Market. Air laut ditakung di dalam sawah dan dikeringkan dengan kepanasan matahari untuk menghasilkan garam yang mana kita gunakan setiap hari didapur kita. manakala bahagian bawah yang hampir dengan tanah pula dijual sebagai baja garam. Tiada pokok yang hidup kecuali pokok garam. Pemandangan unik ini sungguh menarik.

Rumah Jambi Terengganu.. warisan berharga

Image
KEMAMAN – Reka bentuk unik Rumah Jambi yang berbumbung limas bungkus dan bertanduk kerbau kerana menerapkan unsur tradisi binaan Jambi, Sumatera, membuatkan rumah yang terletak di Kampung Laut, Pasir Gajah, Air Putih ini menjadi salah satu tinggalan sejarah yang sangat berharga buat daerah ini. Berikutan keistimewaan itu, Rumah Jambi yang kini mencecah usia 75 tahun bukan sahaja menjadi tempat wajib dikunjungi pelancong yang singgah di Kemaman, malah ia juga menjadi tarikan buat pengkaji sejarah. Bangunan indah ini dikatakan dibina anak raja Jambi, Sumatera, Engku Mahmud Tengku Abu Bakar yang melarikan diri ke Tanah Melayu bersama pengikutnya apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914. Pelayaran mereka mengambil masa selama tiga bulan melalui jalan darat dan air, sebelum Engku Mahmud yang juga seorang tokoh agama terkenal menerokai dan membuka Kampung Pasir Gajah. Difahamkan Rumah Jambi mula dibina pada 1933 sebelum siap sepen...

Legasi 300 tahun - Warisan unik penempatan minoriti Tionghua

Image
LORONG pejalan kaki dengan hiasan tulisan Cina. KAWASAN Kampung Cina yang pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa terpenting di rantau ini pada abad ke-18 masih menyimpan pelbagai warisan bersejarah termasuk deretan bangunan tua yang berseni. Kampung Cina yang didiami penduduk berketurunan Cina sejak hampir 300 tahun lalu itu juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu. Keistimewaan perigi ini bukan sahaja kerana usianya, namun dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ. Perigi itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana airnya didakwa tidak pernah kering malah masih digunakan sehingga kini. Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir. Wong Foon Meng berkata, pihaknya menyokong jika ada sebarang cadangan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai salah satu tapak warisan dunia di negara ini. KAMPUNG Cina...

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

Image
Daya penarik pada pokok dan buahnya yang merah menjadikan pokok Ceri Terengganu seringkali dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan untuk tujuan lanskap. Selain itu, tumbuhan unik ini juga sering dijadikan tanaman lebuh dan pohon teduhan di sekitar rumah dan tempat-tempat awam.Keseluruhan bahagian ceri Terengganu dipercayai mempunyai khasiat dan kegunaan tersendiri. Dalam perubatan tradisional, akarnya dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi. Air rebusan akar yang diminum boleh mengurangkan rasa gatal dan merendahkan suhu badan yang tinggi akibat demam. Buah ceri Terengganu boleh dimakan segar dan mempunyai rasa yang manis apabila masak sepenuhnya. Buahnya dikatakan perlu digelek atau digentel terlebih dahulu di atas telapak tangan sebelum dimakan untuk melembutkan kulit dan isinya serta dapat memberikan rasa yang lebih enak.  Selain itu, biji ceri Terengganu juga boleh dipanggang untuk dimakan. Manakala, dari sudut kajian saintifik seperti yang dijalankan di Pusat Penyeli...

Buah Ceri Terengganu ( Lepisanthes fruticosa)

Image
Kenal buah ini? Inilah buah Ceri Terengganu (Lepisanthes fruticosa (Roxb) Leenh). Ianya boleh dimakan segar dan rasanya manis apabila masak sepenuhnya. Buahnya perlu digelek atau digentel terlebih dahulu di telapak tangan untuk melembutkan kulit dan isinya sebelum dimakan. Menurut kajian yang dijalankan di MARDI, buah ini mengandungi aktiviti antioksidan (sebatian antioksidaan, fenolik dan antosianin) yang tinggi berbanding buah-buahan komersial seperti jambu batu, limau dan epal. Dengan kata lain, ia memainkan peranan penting dalam membunuh radikal-radikal bebas yang berpunca dari pelbagai faktor seperti pemakanan, cahaya ultra violet (UV), asap rokok, pencemaran, alkohol dan tekanan. Hebat kan? - Sumber : Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, MARDI Serdang

Amazing Terengganu: Loghat Terengganu..

Image
perkataan minggu ini : GUANE GAMOK bermaksud apa khabar, apa cerita.. perkataan ini biasa digunakan untuk bertanya khabar seseorang.. contoh ayat bertanya khabar :  GUANE GAMOK DEME LENING?? (apa khabar awak sekarang) kalau ada orang yang tanya macam ni jawab lah : ALHAMDULILLAH SEHAT SOKMO AMBE LENING..DOH DEME GUANE?? (Alhamdulillah saya sekarang sihat..awak macam mana?) @ http://jombelajarlagii.blogspot.com

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Image
Belajar Bahasa Teganung Arong (darjah kemasakan, misalnya telur) Baddi (bertanding) Bangak (bangat?) (cepat?)  Bedo’oh (@ do’oh) lalu  Bedrohong  Bekeng (bengkeng?) * Berahi (suka) betak (betap?) = lembab  bing (**ekspresi)  Brayor (main-main, gurau, acah-acah)  Bo’jeng (berkenaan rambut)  Cacang (cancang?)  Cakna  Carik celober  Cedung (ceddung?)  Cekoh  Celerek (& celerek tek)  Cerlong  Cero (cair/tidak pekat, berkenaan air & berkenaan sakit perut)  Cok (= tanda?)  Comel lote  Cu (acu)  Dang (dan, Kedah) = sempat  De’eh  Deras bedrohong  Dok rok (rok)  Do’oh  Ge (ger?) = macam?  Geger (asal Jawa?)  Gelak (gelap) kat’tuk, gelmak  Gelepor (gelempar?)  Gelewak  Gelenya (gelenyai? Gelenyar?)  Geroh (gerah?)  Gocoh  Godok (menggodak?)  Gohek (go ahead?) berkaitan basikal  Golok bong  Gong (sombong, permatang)...

Pengunjung blog