Posts

Layan Kopi di ALEV KOPI di Kadok, Keterh, Kelantan.. memang terbaik

Image
  Baru baru ini kebetulan Admin ada urusan di Kota Bharu, teringin nak singgah ke kedai kopi sahabat,Encik Faizul iaitu ALIV KOPI di Kadok, Ketereh, Kelantan. Hajat asal nak minta tengok mesin kopi Admin yang tiba tiba hilang pressure atau tekanan. Alang-alang singgah mesti nak rasa kopi dan bean kopi yang dijual di sini. Terima kasih Bos Faizul, siap layan buat pour over lagi ke Admin. Iaitu bean yang baru dibawa balik dari Indonesia iaitu 'Damar Kandang' dengan nota rasa, 'Rose Water, Longan dan Candiey Berries'. menarik rasa dia. Manakala untuk Latte , dihidang pula dengan Hammerhead Blend dari Terengganu Roastry dengan nota rasa, 'Milk Chocolate, Walnut Cherries dan Hints of flowers'. Banyak yang Admin belajar tertutama tentang cara dan disiplin pembuatan kopi untuk dapatkan hasil yang sedap dan menawan. Kedai kopi yang simple dan ringkas tapi dengan hidangan kopi yang sedap . Memang layan. Jika nak tahu lebih banyak tentang kopi, boleh tanya dia untuk berko...

Gulai itik dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol di Kg Bintang, serius sedap, harga pun berpatutan..

Image
 Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang, Setiu, Terengganu. Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari. Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg Bintang selepas simpang tiga Kg Bahagia jika anda dari Bandar Permaisuri. Rasa gulai bagaikan masakan orang tua duku dulu. Kedua dua gulai sedap. Ini bermakna ada 3 lokasi popular untuk sarapan pagi berasaskan gulai itik dan ayam kampung iaitu; I. Warung Jelira Rasa di Simpang Kg Guntung Luar Ii. Warung Cik Ani atap nipah di Kg Bintang dan Iii. Kedai Makan Abang Dol Kg Bintang Jika tuan tuan lalu ikut sini boleh lah singgah rasa dan nikmatinya sendiri. Keenakan adalah berbeza bagi setiap individu. P/s: jika tuan tuan dan puan puan ingin jemput admin untuk buat review bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau DM ke FB Ripum Portal, insyalah kita cuba adjust.

Tomyam sotong, udang dan belut yang sedap di Cafe Hanamina, Kg Bukit Kemudu, Setiu, Terengganu

Image
  Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol, Setiu, Terengganu. Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap. Menu tak banyak tapi menarik, ada Tomyam Sotong Tomyam Udang Galah Tomyam Belut serta Mee Celup Telur gedik. Anda pilih samada mahu mee, bee hoon, kua tiaw, maggie atau nasi. Sotong dan udang besar dan puas hati. Belut pun sedap. Juga aneka air yang menarik untuk dirasa. Harga makanan dan minuman di cafe ini juga berpatutan. Walaupun kedai kecil tapi ia selesa. Jika anda dari Bandar Permaisuri, Setiu, ia terletak di sebelah kanan anda dan jika anda dari kg Penarik, Setiu ia terletak di sebelah kiri selepas melepasi Kg Banggol. Bolehlah sapa lalu di sini untuk mencuba menu di sini. Walaupun ia terletak di kampung tapi ia menarik dan berbaloi. Ps: bagi restoran atau cafe yang berminat dengan review sebegini, boleh hubungi admin di email : terengganulegend@yahoo.com  Atau mesengger di FB Ripum Portal.

Musim memancing ikan dukang di Kg pantai kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu

Image
  Musim awal hujan November ini merupakan antara musim menarik bagi memancing ikan Dukang atau Kedukang di pantai Kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu. Seronok tengok abang abang memancing ikan dukang. Sekejap je naik. Sekejap je sentak... Naik. Abang sorang ni dah dekat 2kg dah ikan dukang. Ikan dukang atau kedukang atau juga dikenali Sagor Catfish atau nama saintifiknya Hexanematichthys Sagor berhabitat dipantai atau sungai yang berlumpur atau dikuala sungai. Dengan pantai penarik yang agak beralun pada musim ini amat sesuai dengan habitat ikan dukang malahan ia tidak jauh dengan kuala sungai Setiu yang kaya dengan hidupan marin. Bagi peminat dan hobi memancing boleh lah berkunjung ke pantai Kg Penarik pada sebelah petang. Umpan yang sesuai digunakan adalah sotong dan ikan selayang.

Nasi Berlauk Ayah Su Jak Kg Seberang Kastam, Kuala Besut, destinasi sarapan pagi lejeng..

Image
  Nasi berlauk Ayah Su Jak di Kg Senerang Kastam, Kuala Besut sememang antara kedai sarapan pagi yang amat sinonim dengan orang Kuala Besut. Terletak berhampiran dengan jambatan Kuala Besut merupakan destinasi sarapan pagi warga nelayan sebelum ke laut pada satu ketika dahulu kini telah menjadi pilihan ramai untuk menikmati keenakan Nasi Berlauk Ikan Aya. Setiap hari cukup ramai pengunjung dan bilangan ini bertambah pada hari minggu terutama hari Jumaat yang bersempena kedai sehari atau pasar minggu di Kuala Besut. Keenakan Nasi berlauk ini menjadi kesukaan ramai dengan resepi keluarga turun temurun. Malah gulai ikannya juga tahan lama hingga ke petang. Lokasinya di tepi jalan sebelah kanan sebelum jambatan Kuala Besut. Harga pun masih berpatutan.  Anda boleh masukkan sebagai destinasi #sarapanpagi di Besut jika anda ke Terengganu.

Lauk paling sedap dan nikmat pada musim hujan...

Image
  Setiap kali musim hujan datang, perut asyik mudah lapar je. Di antara lauk yang paling sedap dan nikmat pada musim hujan adalah lauk sardin bawang dan bubuh 2-3 biji cili api, nak sedap lagi dapat lada kampung. Taruk baeang lebih sikit. Lawan lauk sardin yang paling ngam sekali adalah telur dadar dengan bawang lebih.   Kalau ada boleh tambah ikan bekok atau ikan masin goreng. Fuhh kena dengan nasi panas oanas . Memang tak ingat dunia. Kalau di kira ni lauk untuk orang susah satu ketika dulu. Tapi sekarang dah jadi lauk orang berada. Mana taknya sardin dah mahal terutama cap chicken. Telur pun asyik tak ada je.. harga pun dah mahal. Ikan masin lagi la.. Dulu inilah alternatif bagi mereka yang susah. Sekarang semuanya dah jadi mahal dan susah nak dapat. Nampaknya kita kena kembali seperti zaman dulu dulu. Setiap rumah ada ternak ayam sendiri, tanam sayur sendiri sebagai sumber makanan. Jadi orang susah pun dah tak senang sekarang, zaman serba mencabar.  Zaman khalifa...

Sup kambing roti bakar.. sedap weeih hujan hujan ni..

Image
 Pekena sup kambing panas panas dan roti bakar dalam cuaca hujan sebegini..fuhh... Sedah weihh. Rasa sup yang secukup rasa dan pedas pedas gitu memang kena lah. Kat mana ni? Di Kopi Station Hentian Rahmat, di Kg Rahmat Setiu, Terengganu. Kopi dia pun jadi sini... Ada belake, latte, cappucino, americano, dengan pelbagai perisa yang enak seperti hazelnut, caramel, butterscotch, salted caramel serta vanilla. Bagi penggemar coklat juga ada di sini boleh dinikmati samada panas mahuoun sejuk atau frappe. Sambil singgah solat atau ke tandas bolehlah singgah pekena sup kambing dan kopi.

Pengunjung blog