Nasi Berlauk Ayah Su Jak Kg Seberang Kastam, Kuala Besut, destinasi sarapan pagi lejeng..

 


Nasi berlauk Ayah Su Jak di Kg Senerang Kastam, Kuala Besut sememang antara kedai sarapan pagi yang amat sinonim dengan orang Kuala Besut.

Terletak berhampiran dengan jambatan Kuala Besut merupakan destinasi sarapan pagi warga nelayan sebelum ke laut pada satu ketika dahulu kini telah menjadi pilihan ramai untuk menikmati keenakan Nasi Berlauk Ikan Aya.

Setiap hari cukup ramai pengunjung dan bilangan ini bertambah pada hari minggu terutama hari Jumaat yang bersempena kedai sehari atau pasar minggu di Kuala Besut.

Keenakan Nasi berlauk ini menjadi kesukaan ramai dengan resepi keluarga turun temurun. Malah gulai ikannya juga tahan lama hingga ke petang.


Lokasinya di tepi jalan sebelah kanan sebelum jambatan Kuala Besut. Harga pun masih berpatutan. 

Anda boleh masukkan sebagai destinasi #sarapanpagi di Besut jika anda ke Terengganu.

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog