Restoran Nasi Kerabu, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu
Nasi Kerabu yang memang sedap |
Terletak di Jalan Pejabat, berhampiran Wisma Darul Iman dan Wisma Persekutuan, Restoran Nasi Kerabu kian meniti di bibir penggemar masakan tradisional Terengganu dan Kelantan.
Blogger dan isteri telah mencuba masakan di restoran ini. Menu yang di pilih Nasi Kerabu bersama Daging Goreng. Nasi kerabu direstoran ini memang sedap, nasi sepinggan sekejap sahaja hilangnya dari pinggan. Adunan ulam, sambal tumis, sambal kelapa dan ikan memang menambat selera. Harganya RM5.00 sepinggan.
Sotong Masak Lemak Terengganu |
Kami juga memilih Sotong Masak Lemak Terengganu yang kelihatan sungguh menyelerakan. Namun dalam menyedari musim sekarang harga sotong agak mahal. Namun keinginan dan selera untuk mencuba mengatasi harga. Dan masa membayar sudah merasa tentu sedikit mahal dan harganya RM10.00 seekor bagi sotong besar.
Puding Roti sebagai pencuci mulut |
Bagi pencuci mulut, isteri blogger memilih puding roti berkuahkan sos susu cair dan rasanya boleh tahan dan harganya RM5.00 sepotong. Agak sedikit mahal.
Untuk minuman kami hanya memilih teh o gelas dan air suam. Harga untuk sarapan kami adalah RM26.00 untuk dua orang.
Bagi blogger orang kampung ni, bersarapan begini mungkin agak mahal kerana dengan budget sebegini dah boleh makan sampai pecah perut di sesetengah warung.
Walaupun begitu, kelihatan pelanggan di restoran ini sentiasa ada dan berterusan dan pemerhatian blogger purata pelanggannya adalah yang sedikit berada dan jenis tak kisah untuk membayar lebih.
Pandangan blogger kedai ini ok dan servisnya perlu dipertingkatkan supaya servis, harga makanan serta groomingnya perlu lebih baik dan pelanggan tidak akan merungut untuk membayar lebih jika mendapat perkhidmatan yang lebih.
Comments