|
Yogurt cheese cake yang memang enak dan sedap!! |
Untuk kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman makan-makan di
Secret Recipe Kuala Terengganu iaitu di Jalan Paya Bunga berhampiran Stesen Bas Kuala Terengganu.
|
Rice Chicken mushroom |
|
Coffee Lattee yang membangkitkan rasa bru kopi yang enak |
Kebetulan pula tak tahu nak makan apa, jadi ingin mencuba apa yang menarik di restoran ini yang dikatakan cukup terkenal dengan 'dessert' yang enak dan lazat.
|
Dekorasi restoran yang simple dan menarik |
Untuk makan, blogger memilih Rice Chicken Mushroom bersama Coffee Latte, manakala dessert pula 'Yogurt Cheese Cake' yang dipilih.
|
Dessert di sini macam 'signature dishes' untyuk Secret Recipe |
Untuk nasi, ok sahaja cuma perut dah lapar maka memang licin habis. Bila tiba masa untuk menjamu pencuci mulut ini yang ditunggu, iaitu Yogurt Cheese Cake. Dengan gabungan unik yogurt dan cheese menimbulkan rasa keenakan kek ini apabila menjamah mulut.
Tidak hairanlah blogger perhatikan tidak putus-putus pengunjung mengunjungi restoran ini terutama untuk membeli dessert atau pencuci mulut yang mempunyai pelbagai pilihan dan keenakannya yang tersendiri.
Hiasan kedai yang menarik juga telah menimbulkan mood untuk makan walaupun dalam keadaan letih dan penat. Coffee Latte dengan bau coffee dan coklat telah menimbulkan kesegaran dengan bru nya.
|
wardrope yang menarik dan kreatif |
Blogger memberi 4 bintang kepada restoran ini dan ianya 'patut dikunjungi' dan dicuba makanannya terutama dessertnya.
Comments