Muzium Terengganu Anjur Himpunan Muzik Tradisional 9 Sept Ini


KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Bernama) -- Alunan muzik tradisional pelbagai kaum di negara ini termasuk masyarakat Siam dan Orang Asli bakal bergema di pekarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 9 Sept ini.

Himpunan Alunan Muzik Tradisional selama tiga hari itu akan berlangsung di Laman Warisan muzium dari 9 pagi hingga 5 petang, kata Penolong Kurator Bahagian Etnologi muzium Azlaizie Razali, kepada Bernama pada Rabu.

Katanya pelbagai aktiviti menarik turut disediakan oleh peserta selain jualan produk dan program 'Bicara Seni'.

"Sebagai kelainan, hari terakhir program kita akan mempersembahkan gabungan lima alunan muzik dari kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli," katanya.

Katanya bagi muzik tradisional Melayu, muzium itu memilih alunan muzik Terengganu menerusi persembahan gamelan, ketuk ulu, tarian saba, mak yong serta rebana.

-- BERNAMA

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Pengunjung blog