Korban Ibadah Aidil Adha 2012


Bersama ini dirakamkan gambar-gambar semasa Program Ibadah Korban 2012 di Masjid Kg Putera Jaya, Setiu, Terengganu.


Ibadah Korban ini adalah suatu yang dituntut bagi setiap umat Islam yang berkemampuan kerana sangat besar hikmah dan fadilatnya. Lagipun ia adalah pengorbanan kepada Pencipta Allah swt.


Bagi yang tiada kemampuan juga dituntut untuk turut sama-sama membantu semasa penyembelihan dan sama-sama mengeratkan lagi ukkhuwah dan persaudaraan.


Bagi yang berkorban, dituntut untuk bersedeqah daging korban kepada fakir dan miskin dan sejumlah kecil kepada saudara dan jiran.


Cuma apa yang perlu diingatkan adalah ianya HARAM untuk disedeqahkan kepada bukan Islam dan jika telah berlaku hendaklah diganti semula dengan kadar yang telah diberi.


Ini kerana ia adalah ibadah dan perbuatan yang bersangkut paut dengan hukum dan agama dan perlu diperhalusi dan dititikberatkan. Penjelasan yang betul akan memberi manfaat kepada semua terutama kepada penggiat pelancongan yang ingin memasarkan pakej Korban kepada pelancong terutama yang bukan Islam supaya ia memberi kefahaman dan keselesaan kepada semua.


Islam itu mudah dan tidak menyusahkan tetapi kita perlulah berilmu.

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Pengunjung blog