KT Walk Tarik 10,000 Pengunjung



kt walk

Sambutan pengunjung terhadap Pasar Malam KT Walk, Kuala Terengganu yang dibuka setiap Jumaat tiga minggu lalu, cukup menggalakkan melebihi 10,000 pengunjung dalam tempoh itu.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata situasi itu mendorong orang ramai terutama peniaga kecil-kecilan untuk turut sama berniaga dan kini meningkat hampir 200 permohonan tambahan.
Katanya, bagaimanapun pihaknya masih mengekalkan 100 peniaga KT Walk sedia ada dan bermungkinan akan menambah bilangan gerai serta memanjangkan lokasi dalam tempoh terdekat.
“Perancangan awal, sememangnya mahu membuka pasar malam itu bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah.
“MBKT akan memilih mana-mana individu yang benar-benar serius untuk berniaga, selain mengutamakan peniaga nasi dagang, keropok lekor dan kuih tradisional ,” katanya kepada teganukita.

#@teganukita

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog