iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 18 December 2017

#kuliahbisnes - Komunikasi Pemasaran atau Marketing Communication kepada bisnes anda..


Tip bisnes 

Marketing Communication @ Komunikasi Pemasaran

Ia elemen penting dalam bisnes dan dalam sesebuah organisasi bisnes.

Di antara elemen yang penting dalam  KomunikasiPemasaran ini adalah:

  • Advertising atau pengiklanan
Pengiklanan adalah elemen penting dalam bisnes dan ia memerlukan kos yang banyak dan tinggi walaupun penting. Dam ia juga memerlukan perancangan yang tinggi agar ia bermanfaat dan mencapai objektif pengiklanan.

Lihat KFC atau McD yang sentiasa mengeluarkan kos pengiklanan yang tinggi setiap tahun padahal kanak-kanak kecil sudah mengenal produk kedua-kedua yang terkenal ini. Kerana mereka mahu brand atau produk mereka terus melekat di hati pelanggan dengan lebih dekat dan kukuh.

Juga lihat bagaimana gigihnya Dato Seri Vida atau DSV menaja berjuta-juta program di ASTRO bagi mengukuhkan jenama DSV dan juga memastikan setiap pelanggan mengingati DSV dan produk dengan lebih kukuh samada suka atau pun tidak. Walaupun tidak membeli produk tetapi semua orang mengenali PAMOGA dan juga QU PUTEH...
  • sales promotion atau promosi jualan
Ia juga elemen yang penting kepada setiap entiti bisnes atau produk. Dan setiap kali ada pelancaran produk baru pastingan akan dibuat promosi gila-gila atau luar biasa. Ianya adalah untuk menarik perhatian pelanggan dengan lebih agresif kepada bisnes.

Selalunya ia dibuat secara agresif oleh pasaraya atau hyperruncit seperti The Store, Giant dan DSV, D Herbs dan juga banyak lagi entiti bisnes.
  • Event and experience atau Acara dan pengalaman
Event dan pengalaman juga penting bagi pelanggan mengenali setiap produk atau perkhidmatan dengan lebih jelas, dekat dan kukuh serta merasai sendiri pengalaman produk.

Ini juga digunakan oleh DSV dengan promosi gila kepada pelanggan untuk merasai sendiri produk PAMOGA atau QU PUTEH. Jugapenganjuran acara seperti CUB PRIX oleh PETRONAS atau penajaan sukan seperti TM LIGA SUPER dan sebagainya.

Ia akan mendapat liputan yang lebih meluas dan sentiasa berulang bagi pelanggan mengenali pelanggan dengan lebih dekat.
  • PR atau perhubungan awam dan publisiti
Ia adalah elemen penting kepada sesebuah organisasi perniagaan dan ia juga jika dirancang dengan betul dan baik akan dapat dilaksanakan dengan kos yang lebih rendah dan efektif berbanding dengan pengiklanan.

Syarikat Faeza dan Bersamamu adalah satu contoh yang baik dalam mengukuhkan produk dan jenama dengan penajaan dan bantuan melalui Program yang sentiasa menyentuh hati BERSAMAMU dan ianya telah membuatkan kita mengenalinya produk FAEZA dengan lebih dekat dan yakin serta mendorong kita mendapatkan produk sambil membantu insan-insan yang memerlukan.

  • Direct Marketing atau Pemasaran Terus
Direct Marketing atau pemasaran terus adalah teknik jualan tradisional dari dulu sampai kini dan akan terus dipraktikkan bagi mendapatkan jualan atau perkhidmatan. malah ada syarikat yang berani dengan mewujudkan saluran TV khas bagi membuat jualan seperti GO SHOP oleh ASTRO dan WOW SHOP oleh Media Prima malah menghasilkan jualan berjuta-juta Ringgit setiap bulan.

Ada juga syarikat yang turun mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui karnival, ekspo malah pasar malam bagi mendekati pelanggan. Ia memerlukan usaha yang gigih dan startegi yang baik bagi mencapai objektif jualan.

  • Interactive Marketing atau Pemasaran Interaktif
Pemasarn interaktif adalah teknik elemen baru dalam pemasaran dan jualan dengan hadirnya teknologi internet. Facebook, online trading,laman web,  whatsapp, telegram  telah digunakan bagi membuat jualan dan juga menjawab secara terus dan langsung jika ada soalan atau pertanyaan dari pelanggan. 

Malah sesetengah produk telah menyediakan soalan dan jawapan atau FAQ bagi membantu pelanggan membuat keputusan dalam menghasilkan jualan.
  • Personal Selling atau Jualan Peribadi
Personal Selling adalah skil kemahiran individu dalam membuat pemasaran dan jualan. Ia masih tetap penting kepada sesuatu bisnes. Keahiran interpersonal, komunikasi serta penampilan imej yang baik juga mampu menghasilkan kesan pemasaran dan jualan . Terutama perniagaan yang memerlukan rundingan kontrak, sebutharga serta jualan langsung bagi pemasaran jualan bertingkat dan sebagainya.

#setiupost
#kuliahbisnes

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog