Posts

Showing posts with the label kuliah bisnes

Bagaimana menulis contain atau kandungan pemasaran yang baik di media sosial?

Image
  kuliah bisnes Menulis konten untuk pemasaran produk memerlukan pendekatan yang jelas dan efektif. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti: ### 1. Kenali Sasaran Pembaca Sebelum menulis, fahami demografi dan keperluan sasaran pelanggan. Ini membantu dalam mencipta konten yang menarik dan relevan. ### 2. Judul Menarik Mulakan dengan judul yang menarik perhatian pembaca. Sebuah judul yang menarik dapat mendorong orang untuk membaca lebih lanjut. ### 3. Pengenalan yang Kuat Dua hingga tiga ayat pertama harus menjelaskan apa produk anda dan manfaat utamanya. Sertakan elemen emosi atau penyelesaian terhadap masalah pembaca. ### 4. Sorot keunikan produk Nyatakan kelebihan produk yang membezakannya dari pesaing. Gunakan poin-poin untuk menyoroti ciri-ciri dan manfaat utama. ### 5. Panggilan untuk Bertindak (CTA) Ajukan pembaca untuk bertindak, seperti mengunjungi laman web, mendaftar untuk percubaan percuma, atau melakukan pembelian. Pastikan CTA jelas dan mudah dilaksanakan. ...

Kuliah Bisnes: Pengurusan adalah perlaksanaan

Image
  Kuliah Bisnes Menurut Peter Drucker, Pengurusan adalah Perlaksanaan. Ia mengenai melakukan tugas-tugas tertentu, mengureus para pengurus dan mencipta bisnes yang mencapai matlamatnya. "Ujian terpenting pihak pengurusan adalah prestasi bisnes. Sudah terbukti bahawa pencapaian adalah satu keperluan dan matlamat utama pengurusan. Pengurusan dengan kata lain, ada;ah satu amalan, bukan sains atau profesion, walaupun mengandungi kedua dua elemen tersebut". Sebagai pemimpin atau pengurus kepada semua pengurus, tugas kita lebih jelas iaitu membantu orang lain mencapai matlamat dan melaksana. Itulah cara bagi organisasi mencapai prestasi cemerlang tak kira apa industri atau saiz organisasi. tips: sentiasa luangkan 5-10 minit bagi masa bacaan apa saja buku apath lagi yang berkaitan dengan kerjaya kita. Ia juga bantu bagi idea dan berikan ilham baru dalam merangka tindakan dan pemikiran kita. #kuliahbisnes #pengurusan

Bagaimana menjadi usahawan Shopee yang berjaya..

Image
  Jika anda mahu menceburi perniagaan zaman sekarang, anda perlu melihat peluang pasaraya mana atau platform mana yang perlu anda kuasai atau punyai untuk meletakkan barangan anda. Pasaraya yang paling ramai dikunjungi adalah yang terbaik kerana peluang menjual di sini adalah lebih besar. Mengikut iPrice Map of E commerce Q4 2020, pasaraya online yang palung ramai dikunjungi adalah Shopee dengan kunjungan melebihi 47.3 juta orang setiap bulan. Ia diikuti oleh Lazada dengan kunjungan atau aliran trafik seramai 14.7 juta orang setiap bulan. Manakala PG Mall dan Zalora masing-masing menerima kunjungan seramai 7.08 dan 1.12 juta kunjungan setiap bulan. Di Shopee walaupun persaingan untuk mendapatkan pelanggan adalah tinggi, tetapi peluang untuk mendapatkan jualan dan pelanggan juga tinggi dengan sistem dan sokongan jualan seperti promosi Mega Sales, malah anda juga diberi panduan dan bimbingan serta latihan bagaimana untuk meningkatkan sales anda, malah cara untuk men'deko'kan keda...

#Kuliahbisnes Great Customer Service

Image

#kuliahbisnes 10 perkara memberi anda Khidmat Pelanggan Yang HEBAT

Image
10 perkara yang membolehkan anda memberi khidmat pelanggan yang HEBAT kepada pelanggan anda adalah: 1. The right ambience @ suasana yang sesuai dan betul -kebersihan yang tip top -suasana yang selesa -bersih yang konsisten 2. Personalize at every point @ memberi khidmat peribadi pada setiap sudut -pelanggan berasa dihargai secara peribadi seperti welcome letter khas atas nama pelanggan, jika ada meja untuk makan telah di tag atas nama pelanggan, pelanggan akan menghargai usaha yang bersifat peribadi ini dan merasakan dilayan bagaikan tetamu kehormat atau VVIP. 3. What's in the name? @ Apa ada pada nama? -Dalam dunia hospitaliti, panggilan nama amat penting agar pelanggan rasa dihargai. Dan jika setiap perkhidmatan yang diberikan dan setiap staf yang mengendalikan mengetahui nama pelanggan dengan baik dan jelas, pelanggan akan merasakan semua perkara telah disusun ataur dengan baik dan rapi. Ini akan menggembirakan pelanggan 4. No unexpected surprise...

#kuliahbisnes Bagaimana Memenangi Pasaran

Image
Memenangi Pasaran. Menurut Philip Kotler, pakar pemasaran moden, beberaoa perkara perlu diambil kira dalam memenangi pasaran yang semakin mencabar, antaranya: Melalui perkhdmatan yang TERBAIK Lihat perkembangan restoran makanan segera seperti KFC, Kenny Rogers dan McD yang berkembang pesat seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik yang boleh diterima ramai orang di seluruh dunia. Ia suatu yang nampak sukar tapi berjaya menembusi cabaran pelbagai budaya dan gaya hidup manusia di dunia Harga yang lebih MURAH Lihat pasaran pasaraya besar seperti Mydin, GIANT, Tesco dan sebagainya yang sentiasa mencari peluang untuk menjual barang dengan lebih murahdemi menawan hati pelanggan. Yang terbaik adalah MURAH + KUALITI..  Pasaran yang lebih BESAR Meneroka pasaran yang lebih besar dan luas sebagaimana AIRASIA yang meneroka pasaran dengan LEBIH MURAH dan LUAS ke serata dunia. Begitu rangkaian 11 Eleven yang telah mula menawan bandar kecil dengan perkhi...

#kuliahbisnes - Apa itu Prinsip PARETO?

Image
Apa itu Prinsip Pareto? Istilah 'Prinsip Pareto' datang dari nama ahli ekonomi Vilfredo Pareto. Prinsip ini lebih dikenali dengan nama Hukum 80-20. Prinsip ini  mengatakan 20% kerja yang kita lakukan menghasilkan 80% pulangan yang diperoleh. Manakala 80% lagi kerja yang kita lakukan akhirnya cuma menghasilkan 20% pulangan. . Hukum 80-20 ini berlaku di mana-mana. Dan dalam semua jenis pekerjaan. Yang menjadi isu bagi kita orang bisnes adalah, macam mana kita hendak tahu 20% kerja-kerja yang menghasilkan 80% pulangan itu. Apabila kita tahu kerja-kerja itu, maka kita patut fokus melakukan kerja-kerja itu sahaja. Kerja-kerja lain boleh diserahkan kepada staff. . Lazimnya kita percaya apabila kita tambah buat kerja, maka bisnes kita akan naik lebih tinggi. Kita percaya kerja lebih keras, bisnes lebih bagus. Ini yang membuat kita sanggup bekerja keras. Tapi kita boleh tengok banyak kes berlaku di mana peniaga kecil yang bekerja sangat keras, tetapi bisnesnya ...

Cara Mengundang REZEKI Dari Allah Swt...jom usahakan

Image
Image: sepatu putih CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 🔵  Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungku s untuk orang miskin. Rutin dia lakukan. 🔵  Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan. 🔵  Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW. 🔵  Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja. 🔵  Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit! 🔵  Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsun...

Kuliah Bisnes: Tiada Had Umur Untuk Berjaya..selagi ada usaha dan daya

Image
#kuliahbisnes 32 tahun lalu, Jiang Naijun, membuat keputusan untuk membuka bisnes membuat logo dengan dibantu oleh anak-anaknya. Umurnya ketika itu adalah 66 tahun. Beliau te rpaksa melakukannya kerana beliau baru bersara sebagai pekerja kilang dan pendapatan suaminya sebagai seorang guru tidak cukup untuk menampung hidup walaupun untuk sehari. Kerana tiada modal, bisnes tersebut hanya dimulakan dengan gunting,tukul dan playar. Malah, tiada seorang pun antara mereka yang mempunyai kemahiran membuat logo. Mereka terpaksa belajar sedikit-sedikit dari mereka yang mahir dan membuat mesin mereka sendiri dengan menggunakan apa sahaja bahan yang ada. Jiang membahagikan tugasan. Dia menjaga pengurusan, penyeliaan serta penghantaran. Selebihnya diuruskan oleh anak-anaknya. Walaupun menjalankan bisnes dalam serba kekurangan, Jiang menetapkan tahap kualiti produk yang tinggi bagi menjaga reputasi bisnesnya. Beliau bertahan dan membina bisnesnya sedikit demi sedikit. Reputasi...

#kuliahbisnes - Komunikasi Pemasaran atau Marketing Communication kepada bisnes anda..

Image
Tip bisnes  Marketing Communication @ Komunikasi Pemasaran Ia elemen penting dalam bisnes dan dalam sesebuah organisasi bisnes. Di antara elemen yang penting dalam  KomunikasiPemasaran ini adalah: Advertising atau pengiklanan Pengiklanan adalah elemen penting dalam bisnes dan ia memerlukan kos yang banyak dan tinggi walaupun penting. Dam ia juga memerlukan perancangan yang tinggi agar ia bermanfaat dan mencapai objektif pengiklanan. Lihat KFC atau McD yang sentiasa mengeluarkan kos pengiklanan yang tinggi setiap tahun padahal kanak-kanak kecil sudah mengenal produk kedua-kedua yang terkenal ini. Kerana mereka mahu brand atau produk mereka terus melekat di hati pelanggan dengan lebih dekat dan kukuh. Juga lihat bagaimana gigihnya Dato Seri Vida atau DSV menaja berjuta-juta program di ASTRO bagi mengukuhkan jenama DSV dan juga memastikan setiap pelanggan mengingati DSV dan produk dengan lebih kukuh samada suka atau pun tidak. Walaupun tida...

#kuliahbisnes Pemasaran Cara Baru

Image
Pemasaran atau 'marketing' cara baru... amat mementingkan khidmat pelanggan melalui sasaran jualan memenuhi kehendak pelanggan Pemasaran cara kini juga menggunakan teknologi kini seperti: video sale automation web, internet atau extranet media sosial seperti Facebook, twitter, whatsapp, istagram atau blog Dan ia lebih dikatakan MARKETING VISIONARY.. Pemasaran Masa Hadapan (future marketing) ia akan fokus kepada: e commerce online business/ booking rujukan/ testimonial Google buying/selling by experience #kuliahbisnes #setiupost

Pengunjung blog