Perbezaan DOUYIN vs TIKTOK

Platform untuk kawal minda & bentuk generasi berdisiplin
⸻
1.
Versi Berbeza Sepenuhnya

Walaupun Douyin & TikTok dicipta oleh syarikat sama (ByteDance), ia dua platform yang beroperasi berasingan:
• Guna server berlainan
• Data user China kekal dalam China (ikut peraturan “Cybersecurity Law of China”)
• Tak boleh cari konten TikTok dari Douyin, atau sebaliknya

⸻
2.
Konten Untuk Didik, Bukan Hiburkan

Kerajaan China galakkan Douyin jadi alat pendidikan, bukan tempat orang berjoget 24 jam.
Kandungan popular di Douyin:
• Sejarah China
• Sains & teknologi
• Inovasi negara
• Kisah patriotik
• Tips kesihatan & pelajaran
Contoh: Budak-budak China tengok video pasal “cara bina jambatan,” “sejarah Dinasti Tang,” bukan filter muka baby nangis.
⸻
3.
Kawalan Masa Untuk Kanak-Kanak

Kalau budak bawah umur (14 tahun ke bawah):
• Auto lock jam 10 malam
• Limit penggunaan 40 minit sehari
• Tak boleh “skip” sistem ni — wajib ikut

Bina generasi yang berdisiplin, bukan ketagih skrin.
⸻
4.
Censorship Super Ketat

Apa yang dilarang keras di Douyin:
• Kritikan terhadap kerajaan
• Isu Taiwan, Hong Kong, Tibet
• Kandungan LGBT
• Agama dalam bentuk terbuka
• Kandungan barat yang bertentangan dengan nilai sosial China
AI Douyin + moderator manusia tapis 24/7.

⸻
5.
E-commerce Lebih Advance

Douyin bukan sekadar untuk content, tapi:
• Boleh terus beli barang dalam app
• TikTok Shop China dah capai bilion USD setiap minggu
• Siap ada AI sistem saranan pembelian + pembayaran dalam app (macam Taobao + Shopee digabung sekali)
⸻
6.
Douyin = “Alat Strategik Negara”

Bagi China, Douyin bukan apps suka-suka. Ia:
• Senjata soft-power
• Alat bentuk fikrah nasionalisme
• Bantu kawal gelombang digital rakyat

⸻

Platform untuk hiburan, pasaran, dan pengaruh pengguna
⸻
1.
Kandungan Didominasi Hiburan

• Joget, lawak, drama, POV couple, prank
• Review makanan, shopping haul, viral trend
• Konten lucu dan ringan jadi algorithm favourite

⸻
2.
Kawalan Kandungan Longgar Tapi Ada

• TikTok Malaysia tertakluk pada Community Guidelines
• Ada sekatan untuk: kandungan lucah, buli, hasutan perkauman/agama
Tapi secara realiti:
• Remaja scroll sampai Subuh
• Kandungan “noise” lebih banyak dari konten berfaedah
⸻
3.
Tiada Had Masa untuk Kanak-Kanak

• Tiada auto lock jam 10 malam
• Tiada had masa 40 minit
• Ibubapa perlu kawal sendiri

⸻
4.
TikTok Shop Ada, Tapi Belum Dominan

• Boleh beli barang & tengok live jualan
• Tapi belum sehebat Douyin dalam e-commerce
• Masih banyak penjual dari luar yang belum fully guna fungsi ini
⸻
5.
Lebih Terbuka Tapi Rentan

• TikTok global lebih bebas bersuara, boleh kritik politik
• Tapi juga lebih terdedah pada misinformation, propaganda luar, trend toksik

sumber FB Pn Mazlina kamaruddin
Comments