#kuliahbisnes - Apa itu Prinsip PARETO?

Image result for prinsip pareto
Apa itu Prinsip Pareto?
Istilah 'Prinsip Pareto' datang dari nama ahli ekonomi Vilfredo Pareto. Prinsip ini lebih dikenali dengan nama Hukum 80-20.
Prinsip ini mengatakan 20% kerja yang kita lakukan menghasilkan 80% pulangan yang diperoleh.
Manakala 80% lagi kerja yang kita lakukan akhirnya cuma menghasilkan 20% pulangan.
.
Hukum 80-20 ini berlaku di mana-mana. Dan dalam semua jenis pekerjaan.
Yang menjadi isu bagi kita orang bisnes adalah, macam mana kita hendak tahu 20% kerja-kerja yang menghasilkan 80% pulangan itu.
Apabila kita tahu kerja-kerja itu, maka kita patut fokus melakukan kerja-kerja itu sahaja. Kerja-kerja lain boleh diserahkan kepada staff.
.
Lazimnya kita percaya apabila kita tambah buat kerja, maka bisnes kita akan naik lebih tinggi.
Kita percaya kerja lebih keras, bisnes lebih bagus. Ini yang membuat kita sanggup bekerja keras.
Tapi kita boleh tengok banyak kes berlaku di mana peniaga kecil yang bekerja sangat keras, tetapi bisnesnya macam itu juga.
Situasi ini berlaku apabila kita melakukan jenis-jenis kerja yang sebenarnya termasuk dalam kategori 80% kerja yang menghasilkan 20% produktiviti.
Kita orang bisnes, kita sepatutnya fokus melakukan kerja-kerja dalam kategori 20% yang menghasilkan 80% produktiviti.

.
Kata kuncinya di sini adalah:
+ Jangan kita tambah jam-kerja kita, sampai selalu balik malam, dan pada hujung minggu pun kita pergi kerja.
+ Kita hanya perlu melakukan 20% kerja yang sangat tinggi pulangannya itu.
+ Kurangkan jumlah waktu kerja kita, naikkan nilai kerja-kerja kita itu.
.
Jika kerja-kerja itu dapat dilakukan oleh staff, maka kerja itu termasuk dalam kategori 80% yang menghasilkan 20% produktiviti.
Jika kerja itu tak dapat dilakukan oleh staff, bermakna kerja itu adalah kerja hakiki kita sebagai businessman.
.Puan Ainon Mohd - Pakar Motovasi Perniagaan
#kuliahbisnes

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog