#kuliahbisnes Bagaimana Memenangi Pasaran

Image result for marketing
Memenangi Pasaran.

Menurut Philip Kotler, pakar pemasaran moden, beberaoa perkara perlu diambil kira dalam memenangi pasaran yang semakin mencabar, antaranya:


  • Melalui perkhdmatan yang TERBAIK
Lihat perkembangan restoran makanan segera seperti KFC, Kenny Rogers dan McD yang berkembang pesat seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik yang boleh diterima ramai orang di seluruh dunia. Ia suatu yang nampak sukar tapi berjaya menembusi cabaran pelbagai budaya dan gaya hidup manusia di dunia

  • Harga yang lebih MURAH
Lihat pasaran pasaraya besar seperti Mydin, GIANT, Tesco dan sebagainya yang sentiasa mencari peluang untuk menjual barang dengan lebih murahdemi menawan hati pelanggan. Yang terbaik adalah MURAH + KUALITI.. 

  • Pasaran yang lebih BESAR
Meneroka pasaran yang lebih besar dan luas sebagaimana AIRASIA yang meneroka pasaran dengan LEBIH MURAH dan LUAS ke serata dunia. Begitu rangkaian 11 Eleven yang telah mula menawan bandar kecil dengan perkhidmatan runcit 24 jam dan ianya diterima ramai walaupun barangan sedikit mahal.

  • Melalui ADAPTASI dan PENGKHUSUSAN
Sebagaimana FEDEX iaitu antara peneraju penghantar barangan ke seluruh dunia dengan pelbagai inovasi demi mencapai hasrat pelanggan. Begitu juga dengan perkhidmatan LAZADA yang menjual pelbagai barangan secara dalam talian yang turut meperkenalkan perkhidmatan 'Ninja Van' sebagai sokongan kepada perkhidmatan penghantaran barangan mereka selain agensi penghantar barangan yang lain.

  • Pembaikan produk yang BERTERUSAN
Ia mungkin sedikit mahal, tetapi ada yang tidak kisah asalkan mencapai  kualiti yang dikehendaki seperti FERRARI walaupun mahal tetap ada pelanggan tersendiri. Begitu juga jenama Jam Mewah, yang walaupun ianya mahal kadang sampai tak masuk akal harganya sebagai sebuah jam, tetapi ia memenuhi mereka yang mahukan prestij dan ekslusif.

  • Inovasi Produk
Inilah anatara faktor yang perlu dititik beratkan oleh usahawan supaya ianya dapat berkembang dan mengikut peredaran zaman seperti pemasaran, pembungkusan, khidmat pelanggan dan lain-lain. Mungin produk kita sama dengan orang lain, tetapi dengan sedikit inovasi ia boleh mendahului pasaran sebagaimana NESCAFE dan MILO yang tetap mendahului pasaran kop dan coklat walaupun wujud pelbagai agi produk seumpamanya.

#kuliahbisnes
#setiupost

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog