Posts

Showing posts with the label nasi mandy

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Image
  Semalam mendapat jemputan bagi Peluncuran Buffet Ramadhan Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Majlis juga bersempena pelancaran Kiosk Kopi Settlers di Hotel yang merupakan outlet kopi Felda yang memberi wajah baru kepada operasi dan cafe hotel. Majlis dilancarkan oleh Pengerusi Felda Dato Shaberi Bin Chik dan turut hadir sama adalah Pengerusi Ketengah Dato Rozi Bin Mamat serta pegawai tertinggi Felda ibu pejabat dan Negeri. Harga ' Burung Awal' yang di tawarkab oleh Felda Resodence ini adalah RM57 seorang daripada harga asal iairu RM67 seorang. Antara menu menarik yang ditawrkan adalah Nasi Mandy dan Kambing golek yang sedap. Pelbagai menu tradisional Terengganu seperti colek kateh, nekbat dan semalam ada Laksam yang memang sedap. Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan media, agensi kerajaan dan sahabat handai. Terima kasih Puan Rosma, Pengurus Besar Hotel atas jemputan serta makanan yang sedap dan enak. #TRUETerengganu #buffetRamadhan

Berbuka Puasa di TH Hotel & Convention Center Terengganu, Gong Badak...

Image
Pada awal Ramadhan lalu, admin telah mendapat jemputan untuk berbuka puasa di sebuah hotel yang baru beroperasi pada awal Ramadhan lalu iaitu TH Hotel & Concention Centre Terengganu di Gong Badak. Ia adalah hotel dibawah Kumpulan TH (Tabung Haji). Merupakan satu-satunya hotel patuh syariah di negeri Terengganu yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Pakej berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel TH ini adalah RM59.00 seorang, mungkin agak sedikit tinggi berbanding dengan hotel lain di Kuala Terengganu, tetapi ia menawarkan lebih banyak pilihan kepada anda seperti Kibas Grill, Nasi Mandy dan macam-macam lagi. Sentuhan dan suasana di restorannya juga santai dengan sajian halwa telinga pemuzik Ghazal yang dialunkan oleh anak tempatan dengan kerjasama SUK Terengganu. Masuk sahaja ke lobi hotel, ia menjanjikan suasana yang damai dan lapang dengan sentuhan dan dekorasi bari dan berlainan. Untuk berbuka, admin memilih untuk mulakan dengan sedikit kuih, kurma...

Nasi Mandy dari dapur Blogger.... menjadi aah.. sedap

Image
Inilah hasil nasi mandy yang blogger buat berdasarkan resepi dari internet.. memang menyelerakan Kali ini blogger ingin berkongsi resepi Nasi Mandy. Setelah menjamunya beberapa kali di Restoran AL Edrus, Gong Badak dan Kg Ladang, Restoran Nasi Mandy AL Fateh Batu Buruk, serta Restoran Assafah di Makkah, tergerak hati untuk mencari resepi Nasi yang enak ini di internet dan mencubanya di rumah. Nasi Mandy adalah antara masakan nasi utama di rantau arab samada di Mesir, Saudi, Yaman dan sebagainya. Ia dihidang samada dengan kambing, ayam ataupun daging. enak di makan sayur dan salad serta sos mayonis Ia di masak istimewa bersama rempah ratus dan nasinya sedap di makan begitu sahaja. Kalau menjadi cadangnya nak buat menu hari raya nanti. Di bawah ini blogger kongsikan resepinya untuk tatapan pembaca dan mungkin ada ibu-ibu yang ingin mencuba. Nasi Mandy bahan-bahan nasi yang dimasak bersama rempah Bahan 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (ber...

Restoran AL Edrus, selera masakan Arab jadi pilihan untuk berbuka puasa

Image
Menu pilihan untuk Nasi Mandy di Restoran Al Edrus, Ladang, Kuala Terengganu Bagi Ramadhan 2012 ini sekali lagi blogger dan keluarga memilih untuk berbuka Masakan Arab di Restoran Al Edrus Ladang, berhampiran Bulatan Batu Bersurat, Kuala Terengganu. Nasi Mandy dan Ayam Panggang Restoran dengan dekorasi yang menarik Entah mengapa, citarasa Timur Tengah ini cukup menarik perhatian kami sekeluarga untuk merasai sekali lagi Nasi Mandy di Restoran Al Edrus. Di tambah dengan dekorasi restoran yang ringkas dan menarik membuatkan selera kami membuak-buak. Tak sabar menunggu waktu berbuka Bila la nak berbuka ni, ayam sedap tu Nasib baik juga kami membuat tempahan lebih awal, dimana semua meja yang boleh memuatkan 30 hingga 40 orang ini penuh ditempah. Kambing Mandy istimewa Menu yang dipilih adalah Nasi Mandy Ayam dan Kambing, Ayam Panggang, serta sup dan air Al Edrus. Apa yang istimewa adalah keenakan Nasi Mandy  yang cukup istimewa ditambah lagi dengan ke...

Nasi Mandy Restoran Al Edrus, Kg Ladang.. makanan arab yang enak

Image
Nasi Mandy yang menyelerakan Restoran makanan Arab AL Edrus kini melangkah setapak lagi dengan membuka satu lagi cawangan di Kg Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, berhampiran bulatan Batu Bersurat. Ia adalah cawangan yang ketiga selain cawangan di Gong Badak dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dekorasi restoran yang menarik Di antara hidangan yang terkenal di restoran ini adalah, Nasi Mandy Ayam dan Kambing, Nasi Haneeth, Nasi madgout, Hummus, Shish Tawooq Chicken dan macam-macam lagi. wardrobe berlatarkan budaya arab Kunjungan blogger ke cawangan Kg Ladang tentunya ingin merasa sekali lagi nasi Mandy dan kali ini blogger memilih Nasi Mandy Ayam bersama Telur yang di masak gaya arab. manakala untuk minuman adalah Honey Dew. Nasi Mandy kini sudah menjadi antara nasi kegemaran blogger sejak merasainya kali pertama di sebuah restoran di makkah  ketika mengerjakan umrah pada tahun lalu. Nasi Mandy sememangnya enak kalau dimakan sahaja. Dengan resepi istimewa, nas...

Pengunjung blog