Restoran AL Edrus, selera masakan Arab jadi pilihan untuk berbuka puasa
Menu pilihan untuk Nasi Mandy di Restoran Al Edrus, Ladang, Kuala Terengganu |
Bagi Ramadhan 2012 ini sekali lagi blogger dan keluarga memilih untuk berbuka Masakan Arab di Restoran Al Edrus Ladang, berhampiran Bulatan Batu Bersurat, Kuala Terengganu.
Nasi Mandy dan Ayam Panggang |
Restoran dengan dekorasi yang menarik |
Entah mengapa, citarasa Timur Tengah ini cukup menarik perhatian kami sekeluarga untuk merasai sekali lagi Nasi Mandy di Restoran Al Edrus. Di tambah dengan dekorasi restoran yang ringkas dan menarik membuatkan selera kami membuak-buak.
Tak sabar menunggu waktu berbuka |
Bila la nak berbuka ni, ayam sedap tu |
Nasib baik juga kami membuat tempahan lebih awal, dimana semua meja yang boleh memuatkan 30 hingga 40 orang ini penuh ditempah.
Kambing Mandy istimewa |
Menu yang dipilih adalah Nasi Mandy Ayam dan Kambing, Ayam Panggang, serta sup dan air Al Edrus. Apa yang istimewa adalah keenakan Nasi Mandy yang cukup istimewa ditambah lagi dengan keenakan Ayam serta kambing yang dimasak ala Arab.
wajah gembira selepas berbuka |
Comments
like to leave comment..
try hilangkan word verification, mudah utk komen.