Nasi Mandy dari dapur Blogger.... menjadi aah.. sedap
Inilah hasil nasi mandy yang blogger buat berdasarkan resepi dari internet.. memang menyelerakan Kali ini blogger ingin berkongsi resepi Nasi Mandy. Setelah menjamunya beberapa kali di Restoran AL Edrus, Gong Badak dan Kg Ladang, Restoran Nasi Mandy AL Fateh Batu Buruk, serta Restoran Assafah di Makkah, tergerak hati untuk mencari resepi Nasi yang enak ini di internet dan mencubanya di rumah. Nasi Mandy adalah antara masakan nasi utama di rantau arab samada di Mesir, Saudi, Yaman dan sebagainya. Ia dihidang samada dengan kambing, ayam ataupun daging. enak di makan sayur dan salad serta sos mayonis Ia di masak istimewa bersama rempah ratus dan nasinya sedap di makan begitu sahaja. Kalau menjadi cadangnya nak buat menu hari raya nanti. Di bawah ini blogger kongsikan resepinya untuk tatapan pembaca dan mungkin ada ibu-ibu yang ingin mencuba. Nasi Mandy bahan-bahan nasi yang dimasak bersama rempah Bahan 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (ber...