Tasik Kenyir... memang mengasyikkan..
Tasik Kenyir yang terletak 55 km daripada Kuala Terengganu adalah antara tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan di antara yang unik di dunia. Keluasan kawasannya meliputi 369 km persegi. Dengan kata lain, kita boleh ambil bandaraya Kuala Lumpur dan letak dalam Tasik Kenyir.
Ianya bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dan unik, malah ia juga menyumbang kepada pembangunan negara melalui stesen hidroelektrik di Jenagor, Hulu Terengganu. Keseluruhan pulau yang ada di Tasik Kenyir selepas ia dilimpahi air adalah 340 buah pulau.
Dengan dikelilingi suasana Hutan Hujan Tropika, Tasik Kenyir amat popular bagi pencinta alam semulajadi, kaki pancing, jurugambar serta yang gemarkan cabaran. Di antara aktiviti yang selalu menambat hati pengunjung di sini adalah memancing, mandi air terjun, berkayak, menyusuri tasik dengan bot serta aktiviti lasak seperti kembara hutan, mendaki Gunung Gagau atau menjejak jejak Mat Kilau. AIr yang jernih di Tasik Kenyir pastinya mengimbau minat bagi kaki pancing untuk menawan pelbagai spesis ikan di sini seperti Baung, Toman, Kelah, Kelisa serta Sebarau. Dengan kemudahan seperti chalet, 'boathouse', resort dan kemudahan tapak khemah pastinya melengkapkan keseronokan percutian anda di sini.
Berhampiran Taman Negara Tasik Kenyir, terdapat kesan tinggalan sejarah dan penemuan terbaru telah menunjukkan bahawa penemuan rangka 'Bewah Man' adalah lebih tua daripada 'Perak Man'. Ia adalah bukti sejarah terkini arkeologi di Gua Bewah. Jabatan Muzium Negeri Terengganu masih meneruskan lagi kajian arkeologi di Gua Bewah ini untuk mengkaji lebih lanjut artifak-artifak dan tinggalan sejarah yang ada di sini. Tinggalan sejarah ini juga dapat didapati di gua berhampiran Gua Bewah iaitu Gua Taat. Kerajaan Negeri Terengganu bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengan (KETENGAH) telah menganjurkan pertandingan memancing di Tasik Kenyir bagi memburu ikan legenda di Tasik Kenyir iaitu dari Spesis Arapaima yang dikatakan agak besar. Tawaran RM10,000 juga telah dibuat oleh kerajaan negeri bagi sesiapa yang dapat menangkap ikan spesis ini.
Sebenarnya banyak lagi tarikan menarik di Tasik Kenyir ini iaitu Santuari Kelah di Sungai Cacing di bawah kelolaan Jabatan Perikanan, Taman Herba di Pulau Sah Besar, Santuari Gajah di Sungai Ketiar di bawah Jabatan Perhilitan, Taman Negara, air terjun Lasir, Saok dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, jika datang dua hari masih belum cukup untuk kita meneroka semuanya. Cuma apa yang perlu diambil kira untuk bercuti di sini adalah kosnya sedikit tinggi kerana kebanyakan pergerakan kita adalah menggunakan bot untuk meneroka keindahan Tasik Kenyir. Jadi rancanglah percutian anda untuk meneroka keindahan Tasik Kenyir.
My Blog List
-
Tak nak boikot EURO 2024 ke ?
-
Ingat lagi tak kes ni di Piala Dunia Qatar yang lepas ? Lepas dia buat
camni , terus pasukan hancur lebur. Heee.. Gagal layak sama sekali ke
pusingan ...
9 hours ago
-
Stay Fashionably Fit With Huawei Watch Fit 3
-
Assalamualaikum
*Stay Fashionably Fit With Huawei Watch Fit 3 |* Following the successful
Asia Pacific launch of the HUAWEI Innovative Product Launch ear...
19 hours ago
-
Sucree Amor: Keenakan dan Kelembutan Manisan Perancis di AEON
-
Sucree Amor: Keenakan dan Kelembutan Manisan Perancis di AEON
Sucree Amor adalah istilah Perancis yang menggambarkan pencuci mulut dengan
cara yang paling ...
2 days ago
-
Beli Air di Sweedot
-
Assalamualaikum korang. Susahnya mama nak menaip post kali ni. Berat betul
jari jemari ni. Inilah yang terjadi kalau dah mood malas melanda. Mama buat
po...
3 days ago
-
Mega Acts To Headline Rainforest World Music Festival 2024
-
I’ve never been as excited about the Rainforest World Music Festival as
this impending 2024 edition. Slated to be hosted again in Kuching, Sarawak
from 2...
4 days ago
-
MIMIN ADAM BERSEDERHANA DI RAYA 2024
-
Hai korang, raya korang ada luar biasa dari tahun lepas atau hambar atau
macam mana tuu? Bagi Mimin lah kan. Bagaimana kita menghargai sesuatu itu
yang aka...
5 days ago
-
Celebrate Moments This Mother’s Day - TungLok Group offers epicurean
delights in honour of Mothers
-
May 2024 - This Mother’s Day, TungLok Group has rolled out the red carpet
for guests to treat the special women in their life to a feast fit for the
Que...
1 week ago
-
The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons
-
The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons
[image: The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons]
While you may already be cleaning your ent...
1 month ago
-
sooka Offers Free Streaming and On-Demand Live Sports and Local Content
-
sooka, a new streaming service which offers both free and paid content is
launched today. Inspired by the Malay word ‘suka’, meaning "to like", sooka
fo...
2 years ago
-
No Cases Of Unknown Pneumonia, Deadlier Than Coronavirus, Are Occurring In
Kazakhstan
-
*Information about unknown pneumonia in Kazakhstan **IS NOT CONSISTENT WITH
THE FACTS**. *
A number of Chinese media have reported that cases of unknown pne...
3 years ago
-
McDonald’s Malaysia Menyumbang RM250,000.00 Ke Tabung COVID19
-
McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan wang tunai RM250,000 kepada
Tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kelengkapan
pelindung diri ...
4 years ago
-
Kisah Raja Namrud dan sejarah keturunannya sehingga zaman moden
-
[image: Image result for mason]
Kenalilah musuhmu. Musuh akhir zaman yang megah bertahta dalam lautan
fitnah. Inilah dunia kita hari ini. Fitnah ada di...
4 years ago
-
Jersi pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 ada Gambir Emas
-
Pasukan Liga Premier Malaysia dengan jolokan Sang Rusa dan tagline Hobin
Jang Hobin telah memperkenalkan jersi pasukan yang akan dipakai ...
The post Jer...
4 years ago
-
The US nuclear arsenal is controlled by ancient computers
-
According to documents recently published by the US Court of Audit, most of
the country ‘s nuclear arsenal is still running under ancient computers
creat...
6 years ago
-
Terengganu My Heritage: Jika datang ke setiu... boleh nikmati Gula
Kerutub...
-
[image: Image may contain: food and indoor]
Terengganu My Heritage: Jika datang ke setiu... boleh nikmati Gula
Kerutub...: Post kali ini ingin memperkena...
6 years ago
-
1 comment:
geram tengok ikan-ikan kat Santuari Kelah di Tasik Kenyir... fuhhh kena asam pedas..
Post a Comment