Gulai Kawah Lembu dan Gulai Kambing... memang sedap

Dengan daging lembu segar, pasti terasa keenakan gulai



Entry kali agak simple sahaja iaitu blogger ingin berkongsi pengalaman kenduri yang sememangnya begitu banyak terutama setiap kali cuti sekolah dan cuti festival.

Apa yang menjadi tumpuan setiap kali kenduri adalah keenakan Gulainya iaitu Gulai Lembu Kawah. Kalau kena cara memang enak dengan ditambah lagi dengan daging lembu segar serta resepinya yang tersendiri. Lain tukang masak lain rasa gulainya.
Gulai kawah yang dimasak dengan menggunakan kayu api lebih enak rasanya.

Kalau nak tahu gulai itu sedap atau tidak, cuba hirup kuahnya, pasti rasa kemanisan daging dan keenakan gulainya yang cukup masin, masam, sedikit manis serta rasanya.

Sedap dimakan dengan nasi atau roti
Gulai ini enak samada di makan dengan nasi ataupun di cicah dengan roti. Apapun penangan gulai kawah memang enak.

Gulai Kambing, kecur air liur melihatnya

Begitu juga kalau dapat makan Gulai Kambing. Selalunya gulai kambing terdapat pada kenduri yang kecil an sederhana sahaja. Tapi penangan gulai kambing ini lagi hebat bagi yang menggemarinya. Sesetengah tempat gulai kambing ini dicampurkan bersama buah ara. Ada yang mencampurkan sedikit sayur seperti kacang panjang, terung serta ubi kentang.

Ianya juga enak dimakan bersama nasi panas mahupun roti. Kalau perut dah lapar pasti kecur air liur.

Comments

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog