Warung Air Batu Cendol Batu Enam, Kuala Terengganu.. masih bertahan dan 'the legend'



Sejak zaman mengaji KUSZA lagi iaitu pertengahan tahun 90 an, admin telah menikmati Air Batu Cendol ini yang suatu ketika dahulu terletak di bawah pokok besar di hadapan Pasar Batu Enam, Kuala Terengganu.

Ia sememangnya menjadi tarikan pengunjung untuk berteduh dan membasahkan tekak dengan air batu cendol yang enak ini. Kini ia beroperasi diwarung yang tersusun dan cantik berhadapan dengan Masjid At Taqwa Batu Enam  yang menjadi antara lokasi tetap penceramah terkenal berkuliah iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Beberapa warung lain yang dulunya sama-sama beroperasi bawah pokok besar kini dibawah satu bumbung termasuk Warung Laksa Penang Pok Mang, Warung Mee Celup, Goreng Pisang dan Air Tebu.



Warung Cendol ini boleh dikatakan 'legend' kerana masih mampu bertahan sehingga hari ini dalam menempuh arus perubahan dan harganya pun RM1.50 semangkuk. Manakala Laksa Penang Pok Mang RM2.50 semangkuk.

Menikmati makanan kegemaran ramai orang ini adalah satu kepuasan. Inilah kegemaran RAKYAT..

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog

1004914