Kuasa pasukan dan kejayaan.. ia bukan mudah
Disebalik setiap kejayaan samada sebuah organisasi atau hero.. ia adalah hasil kejayaan pasukan samada terlihat atau terlindung
Tahniah kejayaan Jdt dan Tfc kerana menjuarai dan naib juara liga super Malaysia 2022.
Ini adalah contoh kejsyaan pasukan yg dibentuk sedikit demi sedikit, proses demi proses dalam menggapai sebuah kejayaan. Ia tidak mudah . Panjang prosesnya dan penuh berliku.
Lihat Jdt 10 tahun yg lalu. Pelbagai usaha dan proses telah dibawa oleh Tmj atau Tunku Ismail dan pasukan dengan bermula meletakkan satu aras standard pengurusan bolasepak yang baru, membawa masuk teknologi dan kepakaran eropah ke dalam pasukan. Membawa tenaga pakar bagi merubah dan menukar proses biasa kepada penanda aras yg baru.
Teknologi latihan, sains sukan, kecergasan, diatetik sukan, naik taraf kemudahan sukan dan latihan, bilik persalinan malah kepada Pemulihan sukan pra dan pasca perlawanan.
Proses proses ini yg sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa dengan tenaga pasukan yang positif dan komited akan membuahkan hasil dari semasa ke semasa.Ia bukan proses yang mudah dan cepat.
Begitu juga dgn kejayaan Tfc yang bermula dgn penuh berliku daripada sebuah pasukaan tajaan penuh kerajaan untuk mula menjadi ke arah pasukan yg berdikari dan lebih profesional bermula dengan pengasingan pengurusan yang lebih terurus, teratur dan profesional walaupun masih diurus oleh pegawai kerajaan tetapi mereka yang benar benar berjiwa sukan malah merupakan atlit sukan. Malah Tfc juga melakukan proses pembelajaran dari jdt dengan membangunkan padang latihan yang baik, bilik persalinan yg lengkap dan lain lain yang perlu bagi membentuk proses kejayaan pasukan.
Begitu juga dengan Pasukan Red Warrior Kelantan yang sedang mengalami proses pembentukan kuasa pasukan oleh Zamsaham atau Norizam tukiman yg mengambil alih dari Kafa.
Malah kesannya hampir semua pasukan sudah mula mengorak langkah melakukan proses pembentukan baru pasukan ke arah lebih dinamik.
Dan jika proses ini berterusan tidak mustahil pasukan Harimau Malaya akan menjadi pasukan yang lebih baik rankingnya dan boleh mencapai pasukan 80-90 pasukan terbaik dunia dalam ranking FIFA dalam 5-7 tahun.
Begitu juga kejayaan sesebuah sekolah samada dalam akademik, ko kurikulum atau pembangunan sekolah, tidak terletak kepada kehebatan pengetua atau Gurubesar semata mata, tetapi ia perlu digembleng bersama oleh pentadbir, ketua panitia atau bahagian, pasukan pejabat, pengawal , makcik cleaner dan semua.
Kehebatan bekerja seorang tidak akan menghasilkan kejayasn pasukan.ia adalah satu proses, bermula dengan perubahan pemikiran ke arah matlamat atau impian yang ingin dicapai atau goal setting, seterusnya perubahan tindakan dengan pelan tindakan yg sentiasa di tambah baik.
Seterusnya memperbaiki setiap kelemahan yang ada dalam pasukan.. membuang unsur unsur toksid dalam pasukan
Ia bukan tugas mudah.. ia adalah satu proses yang harus dimulakan untuk berjaya dan tidak datang bergolek.
Comments