Bayaran parking TERMAHAL di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu.. alamak..

 


2 hari berurusan di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu maka bayaran Parking atau letak kereta adalah RM5 sekali letak kereta boleh meletakkan Bandar Jerteh sebagai bayaran parking TERMAHAL di Malaysia bagi bandar atau pekan kecil.

Kenapa admin kata begitu, setiap pengguna yang parking dibandar ini perlu memuat turun aplikasi ' smart besut ' di Google Play bagi membolehkan bayaran parking dibuat.

Anda rasa berbaloi tak bagi mereka yang dari luar daerah atau luar Terengganu dan mempunyai urusan sekali sekala untuk memuatkan turun hanya untuk membayar parking?

Sekurang kurangnya ada kaedah alternatif bayaran parking samada menggunakan mesin layan diri seperti di bandar Kuala Terengganu mahupun integrasi bayaran dengan Touch n Go ke.

Bayangkan orang tua anda yang datang ke bandar jerteh tanpa mbawa telefon atau telefon kehabisan bateri.. maka RM5 lah bayaran parking.

Apakah ini salah satu tanda Maju Berkat dan sejahtera?

Ubahlah kepada sistem yang lebih mesra dan mudah pada pengguna untuk membayar parking .

Malah sepanjanh masuk ke bandar Jerteh tidak pula kelihatan notis berkaitan bayaran parking dan notis berkaitan perlunya muat turun apkikasi Smart Besut.. 

Kemudian dengan mudah mengeluarkan notis kompoun kepada pengguna, tentunya tidak adil kepada pengguna.

2 hari berurusan dan perlu membayar parking rm10 ... Murahkan?

Selepas bayar kompoun rm10 baru di beritahu untuk bayar parking di ejen ejen dan kena cari sticker ejen.. jemm molek.

Maaf la.. bagi admin dok smart mana sistem lagu ni...

Itulah bandar Jerteh sekarang

Comments

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog