Dessert Ramadhan, nak harap beli mahal sangat, buat sendiri puashati

puding roti karamel dengan Peach


Kali ini blogger ingin berkongsi tentang makanan terutama kuih muih semasa bulan Ramadhan, nampaknya tahun 2012 ini menjadi serba mahal. Kadang-kadang sesetengah kuih tak berbaloi untuk dibeli. Kuihnya saiz ciput pun dah mencecah RM2.00.

Lantaran itu blogger mengambil inisiatif meminta isteri blogger untuk buat dessert Ramadhan dan inilah hasilnya , Bread Pudding Karamel dengan Peach. Dengan kos dalam RM5 hingga RM7 dah dapat sebesar saiz pinggan. Puashati makan dengan keenakan buah pic.
Saiz besar ini kalau di jual dapat RM15 hingga RM20...

Kekadang tertanya juga, kenapa dari tahun ke setahun harga makanan terutama semasa Ramadhan semakin meningkat, sedangkan punca pendapatan penduduk tidak meningkat dengan banyak. Manakala harga barangan ada juga berlaku kenaikan tetapi apabila menjadi makanan ia meningkat dengan begitu tinggi sekali. Ini akan menjarakkan lagi jurang kemiskinan serta kenaikan kos sara hidup.


Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog