Aduan Makanan Mahal.. harap-harap tuan punya kedai dapat ambil tindakan serius dan segera
Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung
Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu
selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk
mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika
kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit
tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam
sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik
tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa
kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja.
Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.
Ketika sedang menjamu selera datang seorang pekerja untuk memberi bil yang ditulis dikertas kosong. Saya tidak endahkan lagi tetapi ketika sedang makan saya tergerak hati untuk melihat bil tersebut. Alangkah terkejutnya dengan harga yang cekik darah tersebut. Saiz ikan tersebut biasa sahaja malah boleh dikatakan standart saiz ikan goreng biasa. Harga dikenakan rm15.50 untuk ikan sahaja. Nasi rm1.50 dan air rm1.20 total rm18.20.
Apabila bertanya pada pekerja dengan berlagaknya cakap itu harga timbang. Pekerja disini tidak mesra alam dan ketika tengah bercakap dengan pekerja disini pun dia berlalu pergi dengan pantasnya tanpa endahkan pertanyaan pelanggan. Saya antara regular customer kedai makan ini apabila pulang ke kampung. Kebiasaanya ikan bakarnya dalam harga rm10-12 sahaja itupun boleh dikatakan berpuas hati dengan saiznya. Saya jenis tidak berkira untuk menjamu selera tetapi harga tersebut tersangatlah tidak logik akal. Disebabkan tidak berpuas hati selera makan saya hilang dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Apabila diminta bil secara specific pekerjanya hanya memberi bil biasa tanpa tercatit nama kedai dan harga secara terperinci.
Untuk makluman pada waktu ini pemilik kedai tiada dan pekerjanya yang sangat tidak mesra alam itu menguasai segalanya. Harga tidak dipamerkan dan harga bergantung kepada pekerja sahaja. Harga hanya mengikut suka hati pekerjanya sahaja. Ini kerana sebelum ini saya dan beberapa kawan pernah terkena. Apabila minta dikira keseluruhan makan 3-4 org harga pada bil sangat berbeza dan pada masa yang sama apabila minta dikira asing iaitu seorang2 mengikut makanan masing2 apabila ditotal pasti tidak sama dengan jumlah keseluruhan tadi. Apabila ditanya pekerjanya hanya buat bodoh dan berlalu pergi.
Saya ada mengambil beberapa keping gambar dan bil yang tidak complete kedai tersebut. Tarikh pada bil tersebut juga tidak betul.
Saya seorang penggemar ikan bakar/seafood. Sekiranya pembaca yang tinggal atau pernah datang ke selangor/kl pasti tahu kedai makan ikan bakar yang famous iaitu istana bukit dan fendi ikan bakar kelana jaya. Kedai makan ini sangat famous dan harga sangat berpatutan. Kebiasaanya jika makan dengan harga rm20 kami boleh makan ikan yang tersangatlah besar. Jika tidak percaya bolehlah berkunjung ke sana dan ianya terletak di BANDARAYA BESAR
Itu jika disekitar kl/selangor. Kedai selera kampung ni terletak di padang nenas kuala terengganu. Jika diikutkan kawasan sekitarnya ianya hanya jalan laluan utama hendak ke Kelantan bukannya terletak di tengah bandaraya. Kedudukan kedainya yang berhampiran laut juga tidak logik dengan harga yang dikenakan. Dan ikannya dibakar awal pagi dlm pukul 10-11am kerana ini terbukti ikan itu sendiri dalam keadaan sejuk.
Pada 24/8 saya ke sebuah restoran seafood yang terletak di bandaraya kuala terengganu. Keadaan restoran ini yang boleh dikatakan special dengan pemandangan indah masjid kristal dan ditepi sungai dan ianya sebuah restoran yang unik(sila google restoran ni dan ianya boleh dikatakan restoran yang STANDART.D muara live seafood (namapun dah GAH ) nama restoran tersebut. Saya memesan nasi putih,sambal belacan,tomyam campur,dan seekor sotong bakar.Sangat terkejut harga hanya sekitar rm17.Ianya MURAH dan BERPATUTAN dan sangat SEDAP. Saya ada sertakan bil restoran special ini pada sebelah kiri dan bil restoran Nasi kampung tersebut sebelah kanan.Perbezaan harga ketara dan kauliti yang berbeza.Didalam bil Dmuara seafood tersebut ada nyatakan Sotong kecil tpi saiznya hanya lebih kurang ikan yang saya makan di restoran nasi kampung tersebut.
Tagline restoran nasi kampung tersebut adalah “mak kita marah jual mahal ” ianya sangat kelakar Ok (ada sertakan gambar ) Berhati-hati ketika memilih kedai makan nasi campur.Kadang2 kedai biasa mengalahkan RESTORAN.
Beberapa keping gambar disertakan.sila tgk saiz ikan..Merujuk pada tulang ikan pun terbukti ikan tu hanya bersaiz biasa atau katogeri kecik.
By: En Kay
PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.
P:S; Blogger juga tumpang simpati pada pengadu, kerana blogger biasa makan di sini dan mengenali tuan punya kedai, apapun diharap tuan punya kedai dapat mengambil tindakan serius dan segera kerana sekali orang kena, mereka akan serik. Tujuan perkongsian ini bukanlah berniat memboikot atau memulau, ia hanya bertujuan untuk menegur supaya sama-sama dapat manfaat. Kita mahu dapat makanan berkualiti pada harga yang wajar.

Comments