Tips for blogger: 3 ciri top blog perlu ada
Ada seorang kenalan bertanya kepada saya, "Apakah ciri sebuah blog yang top?". Sukar juga saya nak jawab. Kemudian, saya mula perahkan idea lalu terhasillah entri ini yang menampilkan 3 ciri yang perlu ada bagi sebuah top blog. Apakah ciri-ciri blog yang top itu? Ok ... baca dengan minda yang sedar dan segar ye.
Sebelum itu, perlu saya ingatkan bahawa apa yang akan ditampilkan dalam ciri sebuah top blog perlu ada ini merupakan pendapat dan amatan saya sahaja. Saya bukan seorang blogger profesional yang layak beri rating atau pencirian. Pengalaman berblog saya semenjak 2008 dijadikan sandaran dalam pemberian cirian top blog ini. Jika salah, maafkan saya. Jika silap, tegur dan komen sebaiknya. Boleh bukan?
3 Ciri Top Blog Perlu Ada
Apakah 3 ciri top blog perlu ada?Blog Kemas Teratur
Pertamanya, sebuah top blog perlu kemas dan teratur. Ia perlu kelihatan tersusun kemas dan mudah untuk pengunjung menyusuri setiap inti kisah, cerita, berita dan perkongsian bermanfaat. Di selok dan belok mana sekalipun dalam top blog ini akan ada benda yang layak untuk dibaca dan dikongsikan. Kemas dan tidak menyesatkan pengunjung serta pembaca. Kemas dari segi susun letak. Kemas di header blog, sidebar blog, dan juga footer blog.Sekali pengunjung masuk, terus rasa selesa dengan keadaan sedia ada. Tak memeningkan dan tidak menyakitkan mata. Ini cirian pertama yang perlu ada dalam sebuah top blog iaitu kemas serta teratur.
Blog Trafik Mantap
Keduanya, sebuah top blog mesti sebuah blog yang punyai trafik yang mantap. Mantap di sini bermaksud ia secara konsisten mempunyai trafik yang tinggi. Bukan jenis blog yang trafiknya turun naik, kejap menjunam, kejap mencanak. Sebuah top blog perlu mempunyai keupayaan mengekalkan trafik tinggi dalam satu jangkamasa atau tempoh. Ia menunjukkan bahawa apa yang dikongsi di dalam blog adalah sesuatu yang semua orang dan senantiasa akan dibaca.Top blog bukan bergantung kepada cerita dan kisah sensasi bermusim semata, tetapi menjadi rujukan dan sumber cerita, kisah, ilmu, informasi buat semua.
Blog Jana Pendapatan
Ketiganya, setelah dua adunan ciri tadi, sebuah top blog perlu dan mesti sebuah blog yang boleh menjana pendapatan kepada penulis dan pemilik blog tersebut. Hanya dengan ini, ia menjadi manifesto keunggulan blog tersebut sebagai top blog. Ia menunjukkan blog itu ada kredibiliti, keyakinan, keupayaan yang banyak blog tidak ada.Blog yang menjana income dan mampu menyara penulisnya setiap bulan adalah sebuah blog yang cukup hebat dan tidak terkalah. Top blog adalah blog yang bukan sahaja beri manfaat kepada orang lain, tetapi juga kepada pemilik.
Ia juga bukti bahawa ada organisasi, orang perseorangan, jenama tertentu yang merupakan pengiklan sanggup memberikan wang kepada blog tersebut. Bukan mudah untuk mereka ini membayar sebuah blog dengan ribuan ringgit hanya untuk menulis mengenai jenama atau produk mereka. Inilah cirian ketiga top blog mesti ada - iaitu blog yang menjana pendapatan.
Ok. Jika blog anda ada ketiga ciri tersebut ... maka tepuk bahu anda sekarang, syabas dan tahniah ... anda sudah menjadi blogger top blog Malaysia.
Jika belum, usahalah ke arah itu. Dan jika tidak mahu, berilah laluan kepada mereka yang mahu ... :)
Semoga bermanfaat.
Baca Selengkapnya - 3 Ciri Top Blog Perlu Ada | Malaysia Top Personal Blog http://www.hasrulhassan.com/2014/02/3-ciri-top-blog-perlu-ada.html#ixzz2ug606uqG
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Comments