Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.
Berikut adalah senarai 10 pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA bagi tahun 2017 1. Leong Chee Feng- Selangor 2. Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur 3. Mohd Syakirin Ibrahim- ATM 4. Chai Kiang Beng- ATM 5. Chong Javen- Selangor 6. Kuala Lumpur 7. Kuala lumpur 8. Ching Yik- MASUm 9. Amos Ling- Selangor 10. Mohd Syazwan- Kedah Manakala 10 pemain terbaik wanita adalah sebagaimana berikut: 1. Alice Chang- Sarawak 2. Tee Ai Xin- Johor 3. Hong Yi- Johor 4. Sammy Tay-Sarawak 5. Keuh Wan May- Sarawak 6. Amanda- Selangor 7. Chong Xing Yee- Negeri Sembilan 8. Selangor 9. Pulau Pinang #setiupost #pingpongmalaysia
Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili | Tuan Musonnif Kitab Penawar Bagi Hati ( 1910 - 1965 ) As syeikh berasal dari keturunan kaum Mandailing di daerah Suma tera Utara , Indonesia . Beliau telah berhijrah ke Negeri Kedah pada tahun 1924 bagi mendalami ilmu agama . Diantara guru beliau ialah : 1. Tuan Guru Haji Bakar , Pondok Penyarom , Tobiar 2. Tuan Guru Haji Idris , Pondok Air Hitam 3. Lebai Dukun , Pondok Air Hitam 4. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim | Pak Cu Him , Pondok Gajah Mati 5. Al Allamah Al Muhaqiq Syeikh Wan Ismail | Pak Da Eil 6. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab ) 7. Syeikh Hassan al Masyat ( Ulamak di Masjidil Haram ) 8. Syeikh Muhammad al Arabi 9. Syeikh Hassan Yamani 10. Syeikh Muhammad Nur al Fathani ( Qodhi Mekah ) 11. Syeikh Umar Hamdan Mahrusi ( Anak Murid Kepada 100 orang Ulamak Dunia ) 12. Al Allamah Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al Fadani 13. Syeikh Abdullah Lahji 14. Syeikh Zakaria Bila 15. Syeikh Abdul Karim ad Daghistani
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh
𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐂𝐀𝐙 𝐌𝐈𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 Total dissolved solids (TDS) = 268mg/L -Lebih tinggi TDS bermakna lebih banyak mineral. -Lebih banyak mineral akan memberi kesan less hydrate. -Kandungan TDS yg tinggi sesuai utk para hikers (pendaki) berbanding sekadar minum drinking water (RO) yg tiada kandungan mineral. Menggantikan dan menambah mineral yg hilang waktu aktif bersukan, hiking, running dll. . . Recaz Mineral Water ada kelebihan 𝐦𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐜𝐚 sebanyak 50.0 mg/L. -kegunaan mineral silica adalah utk membuang toksik aluminium didalam badan dan otak. Recaz Mineral Water juga dapat mengurangkan risiko alzheimer. Berapa TDS yang layak untuk diminum? 50-150: Sangat baik untuk diminum. 150-250: Baik untuk diminum. 250-300: Cukup baik untuk diminum. 300-500: Buruk atau tidak baik untuk diminum. Di atas angka 1200: Sangat tidak layak untuk diminum atau membahayakan. Kalau kurang TDS pun tak salah cuma bila kita perlukan mineral utk tubuh badan, pilihlah air
Pagi Jumaat hari ni 1 Nov 2024, selepas subuh menerima jemputan Timbalan Pengerusi Surau Al Faizeen Abang Joe bagi majlis tahnik atau orang tua panggil belah mulut cucu beliau yang ke 5 di Kg Tasik, Setiu. Majlis tahnik ini adalah satu sunnah Nabi SAW bersama Tasmiah dan beri.makan pada bayi. Di majlis ini juga berkesempatan mendengar tazkirah ringkas daripada Al Fadhil Ustaz Dr Sudirman , pensyarah UCB berkaitan Majlis tahnik ini iaitu pencerahan di antara ibadah dan adat. Sunnah bagi setiap kelahiran adalah memberi nama atau tasmiah, tahnik memberi makan serta mencukur rambut bayi dan afdhalnya pada hari ke 7. Kemudian rambut bayi tersebut ditimbang dan disedeqahkan berdasarkan berat dengan harga emas atau perak jika mampu atau sekadarnya. Juga sunnah diadakan aqiqah kepada bayi tersebut. Yang menjadi adat adalah memanggil jiran jiran serta sahabat handai dan dijamu makan. Juga menjadi adat pada kita menjemput atau pergi kepada tokoh tokoh agama atau tuan guru untuk bertahnik denga
Warung Pak Nong Celup Tepung di pantai Kg Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu adalah antara destinasi makan celup tepung terbaik di Terengganu. Ia boleh di katakan menjadi destinasi wajib pengunjung mahupun pelancong yang datang ke Terengganu untuk menikmati hasil laut segar di sini. Kunjungan admin baru baru ini pada hari biasa pun penuh rumbu orang datang ke sini untuk menikmati keenakan celup tepung Pak Nong di sini. Itu hari biasa, jika hari minggu maka perlu sabar menunggu untuk mendapatkan tempat. Udang bersaiz A sebagai hidangan, puashati Sememangnya di akui ikan, sotong mahupun udang yang disajikan di sini memang segar dan fresh. Malah udang size A digunakan. Memang puashati makan. Sotong juga segar dan enak sekali. Harga sememangnya berpatutan. Apa yang menarik, dengan suasana bayu pantai, pengunjung disajikan dengan abang busker yang menghiburkan pengunjung. Memang sedap sotong celup tepung ni, siap menambah lagi. Tinjauan admin sendiri pun, ramai pengunjung Pak Nong
Comments