Sharing Terengganu: Warisan Bukit Besi


Maksud di sini, mengingati masa dulu-dulu, masa kita kecil.  Mesti tak sama macam sekarang, seperti kata orang tua2...  dulu lain sekarang lain.  Ya lah, jika tidak ada dulu, tentu tidak ada sekarang kan?  Cuma, apa salahnya kenang dan ingatkan yang dulu supaya kita lebih kenal siapa kita sekarang... kata orang melalui sejarah kita akan tahu asal usul kita..... mujurlah!





Pernah diceritakan dahulu......
di sini terdapat besi (bijih besi) dari perut bumi
di sini ramai penduduk (pekerja lombong) yang kaya raya, sehingga bakar duit kertas untuk cari-cari sesuatu di dalam gelap
di sini, hantaran si gadis antara paling mahal
di daerah ini, ada laluan keretapi hingga sampai ke jeti di kuala sungai untuk menghantar bijih terus ke kapal
di sini ada terowong batu (Bukit Tebuk) yang masih kukuh spt dahulu walau tak lagi se gah waktu itu
di sini katanya telah wujud saudagar besi datang dari negara luar (maknanya dah terima pelancong sebelum jumpa penyu bertelur di RA lagi)
di sini masih ada besi tapi usianya masih muda dan kualiti belum mencapai kehendak pelabur lagi

MAKNA NYA..
Di sini ada sejarah yang mesti kita gali dan gali untuk diberitahu kepada anak2 kita bahawa bumi kita ni memang kaya, bukan sahaja ada besi, tetapi ada emas, ada minyak juga.   Semua unsur yang berharga dan tinggi nilainya.  Kita hidupkan galeri Bukit Besi supaya kita boleh ceritakan kepada pelancong yang datang ke sini dan kita mesti bawa mereka melihat galeri berkenaan (tapi agak2nya, jauh tak dari KT?  Berapa bayaran masuk?  Ada 'in-house guide' tak untuk dapatkan info berkenaan?  Rugi kalau kita tidak tahu lebih lanjut dan lebih mendalam kerana saya percaya cerita mengenai lombong besi ini mesti 'interesting' sangat. 

Di Pahang ada bekas lombong emas di Sg Lembing (yang sekarang telah dibaik pulih dan mempunyai mini muzium khas mengenai lombong emas ini) dan menjadi agak popular kepada pelancong dari Singapura dan bila gamaknya kita akan ada 'mini muzium' hampir serupa ya?  Dengar kata lombong besi ini antara yang terbesar juga di Malaysia pada masa itu.  Jika ada TG2 dari TTGA yang berminat, sila beri nama kepada SU untuk kita aturkan lawatan beramai2 ke Bukit Besi sehari dan kita harap ada pihak yang sudi memberi penerangan lebih mendalam mengenai bijih besi ini.  Jika dapat jumpa dengan pencerita (mereka yang pernah berkhidmat di lombong ini) lagi bagus dan boleh kita dengar pengalaman beliau semasa bekerja sebagai pelombong, apakah bahaya yang mereka hadapi, siapa majikan mereka, berapa gaji mereka dan macam2 persoalan lagi.  Semua pengalaman mereka akan menjadi satu inspirasi baru kepada kita dan kita mendapat satu fakta nyata yang semakin di lupakan... tetapi kita sebagai TG tetap menghidupkan melalui komentari kita nanti!  Mungkin ramai yang terlupa, atau tidak tahu (termasuk saya) bahawa di Terengganu telah lama ujud jalan keretapi (rel keretapi) bermula dari Dungun ke Bukit Besi....... tapi sekarang kat mana ek?  Ada lagi rel tu?  Ke dah di potong2? 

Kalau masih ada lagi, boleh sambung tak?  Maksudnya bina rel untuk keretapi biasa yang boleh digunakan sebagai pengangkutan awam (macam impossible je).  Lagi pun hanya 2 negeri di Malaysia yang belum ada perkhidmatan keretapi penumpang kan?  Melaka dan Terengganu!  Kadang2 berangan2 juga kalaulah ada keretapi penumpang bermula dari Tumpat Kelantan hingga ke Johor Baru melalui Pahang terus ke Singapura....  hmmm lagi happening lah kita kan?  

 sumber:http://myttgaterengganu.blogspot.com

Comments

pertama kali mendengar bukit besi ni..

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog