Berikut adalah senarai 10 pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA bagi tahun 2017 1. Leong Chee Feng- Selangor 2. Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur 3. Mohd Syakirin Ibrahim- ATM 4. Chai Kiang Beng- ATM 5. Chong Javen- Selangor 6. Kuala Lumpur 7. Kuala lumpur 8. Ching Yik- MASUm 9. Amos Ling- Selangor 10. Mohd Syazwan- Kedah Manakala 10 pemain terbaik wanita adalah sebagaimana berikut: 1. Alice Chang- Sarawak 2. Tee Ai Xin- Johor 3. Hong Yi- Johor 4. Sammy Tay-Sarawak 5. Keuh Wan May- Sarawak 6. Amanda- Selangor 7. Chong Xing Yee- Negeri Sembilan 8. Selangor 9. Pulau Pinang #setiupost #pingpongmalaysia
Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili | Tuan Musonnif Kitab Penawar Bagi Hati ( 1910 - 1965 ) As syeikh berasal dari keturunan kaum Mandailing di daerah Suma tera Utara , Indonesia . Beliau telah berhijrah ke Negeri Kedah pada tahun 1924 bagi mendalami ilmu agama . Diantara guru beliau ialah : 1. Tuan Guru Haji Bakar , Pondok Penyarom , Tobiar 2. Tuan Guru Haji Idris , Pondok Air Hitam 3. Lebai Dukun , Pondok Air Hitam 4. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim | Pak Cu Him , Pondok Gajah Mati 5. Al Allamah Al Muhaqiq Syeikh Wan Ismail | Pak Da Eil 6. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab ) 7. Syeikh Hassan al Masyat ( Ulamak di Masjidil Haram ) 8. Syeikh Muhammad al Arabi 9. Syeikh Hassan Yamani 10. Syeikh Muhammad Nur al Fathani ( Qodhi Mekah ) 11. Syeikh Umar Hamdan Mahrusi ( Anak Murid Kepada 100 orang Ulamak Dunia ) 12. Al Allamah Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al Fadani 13. Syeikh Abdullah Lahji 14. Syeikh Zakaria Bila 15. Syeikh Abdul Karim ad Daghistani ...
Kecoh sekejap berkaitan indeks kebahagiaan yang di keluarkan oleh DOSM Malaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2024 yang menyaksikan negeri Terengganu Darul Iman berada di kedudukan teratas sebagai negeri paling bahagia mengatasi negeri-negeri lain di Malaysia. Manakala Johor pula sebagai negeri kedua paling bahagia diikuti oleh Negeri sembilan serta Pahang. Manakala bagi daerah pula, Daerah Keluang Johor dinobatkan sebagai daerah paling bahagia di Malaysia. Diikuti oleh Daerah Raub, Mersing serta Marang, Terengganu. Manakala daerah Admin Setiu berada di tempat ketujuh. Berdasarkan dapatan survei, prestasi skor Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia pada tahun 2024 berada pada tahap bahagia iaitu pada skor 7.60. Secara keseluruhan, dua komponen berada di tahap sangat bahagia dan baki 11 komponen berada di tahap bahagia antara skor 6.22 dan 7.82. Analisis mengikut komponen menunjukkan skor indeks tertinggi dicatatkan oleh komponen keagamaan dan kerohanian iaitu 8.69...
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...
Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da...
Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.
Comments