Amazing Terengganu: Main Gasing dan warisan


Kita kenal ini permainan gasing.  Tapi adakah gasing pangkah? atau gasing uri? atau gasing terbang? Atau apakah namanya ?
Nampaknya permainan ini memerlukan pembantu untuk mengikat dan memusingkan tali sebelum di baling... tapi hati-hati kerana bimbang akan melantun semula.  Apa pun, ini lah 'past-times' yang popular suatu waktu dahulu...
Masih berpusing.... tapi apakah nama tempat letak gasing ini?  Mesti tiap satu bahagian ada nama tersendiri.... nantilah saya cari info mengenainya....

Rebana Ubi.  Di mana pembuatannya?  Di Tembila masih ada lagi pembuatan rebana ini?  Harap2 masih ada.  Berapa lama rebana ini dibuat?  Daripada bahan apa?  Berapa berat anggaran?  Macam2 kena tanya.... sebelum kita ditanya oleh pelancong...

Nampak mudah, tapi tak semudah disangka.  Adakah ini wau kuching?  wau bulan?  wau apa?  apa jenis bahan untuk membuatnya?  Berapa besar dan berapa berat?  Bila boleh dinaikkan ke udara?  Bila biasanya dimainkan?   Fuhhhh..

Ini pun sama.  Nampak senang, tapi susah juga.  Saya pernah di tanya oleh pelancong dari Brunei... apa nama perahu ini?  Bedar? Payang? Sekoci? atau apa?  Berapa panjang?  apa beza perahu dan bot?  Mengapa dahulu orang2 dari Terengganu sering ke selatan Thai terutama ke Teluk Siam?  Berapa lama bot ini dibuat?  Berapa kapasiti?  ha... berpeluh juga nak jawab!

Macam semak aja kan?  Tapi semak ini ada makna dan ada nilainya tau...

Dalam semak di atas tadi banyak terdapat pohon ini.  'Maleluca Gadjaputi' (maaf jika silap) adalah nama pohon gelam dan kulitnya digunakan sebagai penyendal kepada papan (body perahu).  Mungkin bertindak semacam 'gasket' yang menahan air masuk ke dalam perahu.  Batang pokok ini (yang telah mati dan menjadi tunggul) boleh dijadikan berbagai perhiasan dalam rumah (atas kreativiti kita).  Jika dibarnis semakin cantik dan tahan lama...

'sahabat alam'

Yang ni pun di kira 'kreatif' juga kan? 
 
sumber: http://myttgaterengganu.blogspot.com

Comments

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog