Majlis Hari Raya PPK Setiu, Agro Resort dan RELA Setiu










Kali ini blogger ingin berkongsi tentang Majlis Hari Raya anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu, Peladang Setiu Agrotourism & Resort Sdn Bhd dan RELA Daerah Setiu pada 21 September 2010. Ketiga-tiga organisasi ini telah bersepakat untuk mengadakan majlis hari raya secara bersama.

Walalaupn diraikan secara sederhana, ianya tetap meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Di antara menu yang paling mendapat sambutan adalah Tapai Pulut dan Gulai Kawah Kambing. Menu lain adalah Nasi Minyak, rendang ayam, laksa kuah lemak dan penang, ketupat dan lain-lain.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pelanggan dan ahli ketiga-tiga organisasi tersebut. Kesempatan majlis ini juga memberi peluang untuk warga PPK Setiu, Agro Resort serta RELA bersua muka berhari raya.

Disamping dimaklumkan juga pada hari tersebut pengumuman bahawa 'Kedai Kopi Agro' akan dibuka di Wisma Peladang PPK Setiu yang berkonsepkan ala kopitiam. Ia akan diuruskan oleh Peladang Setiu Agrotourism & Resort Sdn Bhd. Ia dijangka dibuka selewat-lewatnya pada penghujung Oktober 2010 ini.

Berikut adalah rakaman gambar semasa majlis hari raya tersebut.

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Pengunjung blog