Panorama Jeti Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu.. sungguh indah




Blogger telah berkesempatan mengunjungi Jeti @ Pengkalan Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu. Ia Berperanan sebagai pengkalan bagi nelayan menaikkan hasil tangkapan ikan dari perut Laut Cina Selatan.


Walaupun jetinya tidak sebesar pelabuhan ikan yang lain, ia adalah nadi penting bagi nelayan di sini. Dengan berlatarbelakangkan Sungai Penarik, ia adalah pintu masuk dan keluar bagi nelayan atau pelaut di sini.


Turut kelihatan di sini sekumpulan nelayan sedang membaiki bot serta peralatan menangkap ikan.

Pemandangan di sini walaupun dibawah sinaran mentari yang terik di atas kepala, memang indah dan mempersonakan. Tak puas mata memandang walaupun berlatarkan bot-bot usang yang terdampar di sini.


Jeti ini juga penting bagi kaki-kaki pancing yang ingin memancing di sepanjang Sungai Penarik atau Kuala Baru di mana ia adalah syurga memancing di sini kerana terdapat banyak spesis ikan seperti siakap putih, siakap merah, kerapu, pari, udang galah, serta pelbagai spesis ikan lain.

Bagi meningkatkan lagi kemudahan bagi pelancong atau pemancing-pemancing yang ingin memancing di sungai atau di laut, ia masih perlu ditingkatkan lagi supaya keadaannya lebih baik, selesa serta perlu lengkap dengan kemudahan bilik air serta wakaf.


Di sekitar kawasan Kg Mangkuk ini, banyak terdapat destinasi pelancongan yang menarik yang boleh diterokai atau ditelusuri melalui jalan sungai seperti melihat kelip-kelip, menyusuri sungai selain daripada aktiviti memancing serta memukat.


Suasana kampungnya yang damai dan indah sememangnya memukau mata memandang pemandangan desa ini.


Kita perlu teruskan menjaga warisan kampung kita supaya nilai-nilai tradisi terus terpelihara.

Terengganu Welcomes The World

Comments

Popular post this month

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Ranking Sekolah Terbaik Terengganu SPM 2013

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Pengunjung blog