salam aidil fitri dari Terengganu My Heritage

Di kesempatan ini, blogger ingin mengucapkan
Salam Aidil Fitri maaf zahir dan batin
,
andaikata ada tersalah kata, maklumat atau komentar yang boleh mengguris perasaan orang lain tanpa disedari sepanjang mengendalikan blog ini.

Tiada niat lain kecuali untuk berkongsi dan sama-sama dapat manfaat bersama.

Pesanan blogger, ambillah peluang untuk banyakkan bersedeqah sebab ianya amat senang untuk dibuat tapi amat payah untuk dilaksanakan. Ringan-ringankan tangan mengulur RM pada kanak-kanak, warga tua atau sesiapa sahaja yang susah. Amat besar ganjaran menggembirakan hati orang lain.

Juga bagi yang memandu samada yang balik kampung atau sudah di kampung, teruskan menjaga prestasi anda dan jangan babitkan diri anda dengan statistik kemalangan apalagi kemalangan maut.

Terus hidupkan budaya kunjung mengunjung kerana ia amalan yang amat digalakkan dalam agama Islam. Kurangkan melepak didepan TV pada musim raya walaupun baru beli TV LCD atau LED atau Plasma TV... siap 3D lagi... tengok belah malam suda memadai. Bawa anak-anak untuk suburkan budaya ziarah. Kenali waris, saudara serta jiran tetangga.

Sekali Salam Aidil Fitri dari Terengganu My Heritage.... warisan terengganu ada di sini

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Pengunjung blog