Berikut adalah senarai 10 pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA bagi tahun 2017 1. Leong Chee Feng- Selangor 2. Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur 3. Mohd Syakirin Ibrahim- ATM 4. Chai Kiang Beng- ATM 5. Chong Javen- Selangor 6. Kuala Lumpur 7. Kuala lumpur 8. Ching Yik- MASUm 9. Amos Ling- Selangor 10. Mohd Syazwan- Kedah Manakala 10 pemain terbaik wanita adalah sebagaimana berikut: 1. Alice Chang- Sarawak 2. Tee Ai Xin- Johor 3. Hong Yi- Johor 4. Sammy Tay-Sarawak 5. Keuh Wan May- Sarawak 6. Amanda- Selangor 7. Chong Xing Yee- Negeri Sembilan 8. Selangor 9. Pulau Pinang #setiupost #pingpongmalaysia
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh
Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili | Tuan Musonnif Kitab Penawar Bagi Hati ( 1910 - 1965 ) As syeikh berasal dari keturunan kaum Mandailing di daerah Suma tera Utara , Indonesia . Beliau telah berhijrah ke Negeri Kedah pada tahun 1924 bagi mendalami ilmu agama . Diantara guru beliau ialah : 1. Tuan Guru Haji Bakar , Pondok Penyarom , Tobiar 2. Tuan Guru Haji Idris , Pondok Air Hitam 3. Lebai Dukun , Pondok Air Hitam 4. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim | Pak Cu Him , Pondok Gajah Mati 5. Al Allamah Al Muhaqiq Syeikh Wan Ismail | Pak Da Eil 6. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab ) 7. Syeikh Hassan al Masyat ( Ulamak di Masjidil Haram ) 8. Syeikh Muhammad al Arabi 9. Syeikh Hassan Yamani 10. Syeikh Muhammad Nur al Fathani ( Qodhi Mekah ) 11. Syeikh Umar Hamdan Mahrusi ( Anak Murid Kepada 100 orang Ulamak Dunia ) 12. Al Allamah Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al Fadani 13. Syeikh Abdullah Lahji 14. Syeikh Zakaria Bila 15. Syeikh Abdul Karim ad Daghistani
Warung Pak Nong Celup Tepung di pantai Kg Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu adalah antara destinasi makan celup tepung terbaik di Terengganu. Ia boleh di katakan menjadi destinasi wajib pengunjung mahupun pelancong yang datang ke Terengganu untuk menikmati hasil laut segar di sini. Kunjungan admin baru baru ini pada hari biasa pun penuh rumbu orang datang ke sini untuk menikmati keenakan celup tepung Pak Nong di sini. Itu hari biasa, jika hari minggu maka perlu sabar menunggu untuk mendapatkan tempat. Udang bersaiz A sebagai hidangan, puashati Sememangnya di akui ikan, sotong mahupun udang yang disajikan di sini memang segar dan fresh. Malah udang size A digunakan. Memang puashati makan. Sotong juga segar dan enak sekali. Harga sememangnya berpatutan. Apa yang menarik, dengan suasana bayu pantai, pengunjung disajikan dengan abang busker yang menghiburkan pengunjung. Memang sedap sotong celup tepung ni, siap menambah lagi. Tinjauan admin sendiri pun, ramai pengunjung Pak Nong
Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da
Kuala Terengganu - Pada Hari Malaysia, wakil Maxim E-hailing Kuala Terengganu mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak-anak yatim. Pasukan dari Maxim menyumbangkan barangan keperluan dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman. Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim. Anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari Malaysia harini sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka. Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik. Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim. Bukan itu sahaja, malah wakil da
( terima kasih:http://terengganutravel-guide.blogspot.com ) Sempena dengan penganjuran Tebu Mountain Challenge 2010 pada 24-25 September 2010 ini, mari sama-sama kita terokai dan kenali dengan lebih dekat Gunung Tebu ini. Ia mempunyai ketinggian 3,401 kaki dari aras laut dan terletak di Mukim Jabi, Besut. Di kaki gunung terdapat air terjun yang popular dan amat cantik iaitu Lata Belantan. Keadaan fizikal airnya selamat dan sesuai untuk anak-anak sekeluarga. Di sepanjang pendakian terdapat pelbagai flora dan fauna khazanah alam yang unik dan tak ternilai harganya seperti Tongkat Ali, Janggut Ali, Misai Ali, Kacip Fatimah, Serapat dan sebagainya yang tumbuh meliar di sini. Di tengah perjalanan, anda akan berjumpa satu kawasan yang lapang yang terdapat batu besar yang diberi nama Batu Tok Mat Hassan. Menurut penduduk tempatan di sini, batu tersebut diberi nama sempena dengan nama seorang penduduk tempatan yang pernah datang dan
Comments