Posts

Showing posts from February, 2011

Makan Makan di Bora Bora Cafe, Jln Nesan 4 K Trg

Image
Kali ini blogger ingin berkongsi secara ringkas tentang tempat-tempat makan menarik di sekitar Kuala Terengganu. Destinasi yang dikunjungi blogger adalah BORA BORA CAFE. Apa yang dicuba oleh blogger adalah Blackpepper Steak dengan minuman kopi o ais berserta dessert yang sedap , lupa dah namanya yang agak unik. Steaknya kira ok dan sos black peppernya biasa saja.. tanpa rasa memukau atau memberi sedikit kelainan. Tapi apa yang menarik adalah dessert yang mempunyai jelly blackberry beserta buah pic yang sedap rasanya.   Suasana dekorasi restoran sederhana namun menarik dengan suasana lampu yang suram dan tenang walaupun terletak tidak jauh dari Taman Shahbandar serta Pusat Beli Belah Astaka yang sentiasa sibuk.   harga makanan dan minuman di sini kira OK lah tetapi mungkin sedikit mahal berbanding kedai atau warung biasa.

Udang Galah Sungai Setiu, macam pesta memancing

Image
Inilah udang galah Sungai setiu Petang Jumaat 11 Feb 2011, blogger bersama anak-anak ingin mengambil angin petang, cadangnya ingin bersiar-siar di Pantai Penarik atau Rhu sepuluh. Sebaik sampai di Kg Nyatoh iaitu sepanjang Sungai Setiu , terpegun blogger seketika meliohat ramai orang sedang memancing bersama isteri dan anak-anak. macam pesta. Sepanjang sungai inui menjadi lubuk udang galah Sampai di tepi sungai, blogger bersama anak-anak berhenti setelah terpandang kereta rakan sekerja. rupan-rupanya pemancing-pemancing ini mengambil peluang memancing udang galah yang dikatakan banyak pada musim sekarang. kelihatan kaki pancing asyik dengan jorannya Setelah setengah jam memerhatikan gelagat pemancing di sini, anak-anak blogger menjerit keriangan melihat seorang pemancing telah berjaya menaikkan seekor udang galah kira-kira sebesar 2 jari @ 100 hingga 150g. Besar juga saiz udang di sini.  seronok melihat gelagat anak-anak melihat udang hidup. Siap bagi arahan untuk beli...

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Kg Fikri, setiu

Image
Hari blogger menerima jemputan menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Komuniti Tionghua di Kg Fikri, Setiu. Rupa-rupanya ramai juga komuniti kaum Cina di Setiu ini. Apa yang paling mengagumkan adalah mereka cukup fasih berbahasa Melayu dengan loghat tempatan tanpa 'pelat'. Hubungan diantara mereka dengan masyarakat tempatan juga erat dan baik. Majlis sambutan yang di kepalai oleh Cikgu Wee mendapat sambutan yang meriah dan baik dari ketua-ketua jabatan, masyarakat serta warga tempatan. Turut meluangkan masa hadir bersama adalah Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafie, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato'  Toh Chin Yaw serta ADUN Permaisuri , YB Halim Jusoh. Tahniah diucapkan komuniti kaum Tionghua kerana dapat mengadakan maslis sambutan ini yang secara langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kemsyarakatan masyarakat setempat.

Gambar-gambar dari Laguna Setiu

Image
Petang baru-baru ini blogger  sempat singgah di Laguna Setiu di Kg Gong Batu, setiu. Lama tak menjengok kawasan ini. memang tak puas memandang keindahan lagunnya yang dikatakan antara tercantik di Malaysia. Memang cantik dan suasananya tenang dan mendamaikan.

Pengunjung blog