iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 25 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 telah bermula hari ini

No automatic alt text available.


Ekspo Terengganu akan bermula hari ini 25 feb hingga 3 Mac 2018 di perkarangan Kompleks Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu.
Pelbagai aturcara menarik sepanjang program diadakan dari pagi sampai ke malam dan yang paling menarik adalah cabutan bertuah istimewa iaitu sebuah rumah, sidang lot rumah dan sebidang lot tanah pertanian sebagai hadiah khas untuk rakyat Terengganu. 
 Hadiah lain juga menarik untuk semua pengunjung iaitu kereta dan pacuan empat roda untuk dibawa pulang dan pelbagai hadia menarik lain termasuk pakej perkahwinan istimewa di hotel.

No automatic alt text available.

Pakat mari belaka, untung rezeki cabutan bertuah tanah se lot, rumah, kereta dan macam macam lagi
Kisah kejayaan Terengganu

Ia juga penuh dengan maklumat dan informasi serta kemajuan serta hasrat dan impian tentang Terengganu dan daerah serta GLC Terengganu yang lain.

Image may contain: 1 person, smiling, shoes and outdoor
Di sini juga anda boleh membina Networking, business , bertemu sahabat dan santai dengan anak anak menikamti aturcara di sini. Juga boleh wawarkan kepada tamu anda samada tamu dalam negara mahupunluar negara untuk berkunjung ke EXPO TERENGGANU 2018 ini.

Pakat mari belake

Image may contain: water

No automatic alt text available.

Tuesday 20 February 2018

PERKAYA Daerah Setiu memerlukan bantuan dan sokongan anda bagi membantu persekolahan anak-anak yatim...

Image may contain: 4 people, people sitting
Bersama Jawatankuasa PERKAYA Daerah Setiu menyantuni anak anak yatim dan menyampaikan wang saku bulanan di SK Kg Buluh , Setiu, Terengganu
Kami memerlukan bantuan dan sokongan anda bagi membantu anak anak ini bersekolah dengan baik dan sempurna

Juga makluman iika anak yatim di Setiu yang boleh kami bantu untuk ditempat tempatkan di SK Kg Buluh Setiu supaya lebih terjaga persekolahan dan pembelajaran.

Untuk maklumat akaun bank sebagaimana di bawah.
Insyalah sama sama kita bantu anak anak ini

Bagi yang ingin menyumbang menyumbang kepada PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM SETIU ATAU PERKAYA CIMB 800 6700 513
Sumbangan arahan tetap amatlah kami alu alukan walaupun RM5 atau RM10 setiap bulan..
Barokallah pada penyumbang dan Allah swt telah janjikan ganjaran sevanyak 700 kali ganda bagi setiap sedeqah kita...

Jawatankuasa Perhubungan
PERKAYA Daerah Setiu,
Terengganu

Ajinomoto pun boleh jadi baja.. bukan setakat didapur je....


Image may contain: food
Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan2 malu2 buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga.
Sukatan :
1) 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.
Kekerapan :
2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.
Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok:
1. Menyuburkan tanaman
Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sehat

Image may contain: plant, flower, tree, outdoor and nature
2. Mempercepat pertumbuhan tanaman
Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.
Image may contain: plant, fruit, outdoor and food
3. Mempercepat munculnya bunga
Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.
4. Memenuhi kebutuhan nutrisi pada tanaman
Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.
Image may contain: plant, fruit and food
5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati
Ada juga yang guna campuran minuman redbull seperti terungkap di group A Small House With A Large Garden kelolaan Pn Sara Saad
Kredit to : kak Kay Maria Actress Ori
Sumber: Nur Aidah
#like n share
#setiupost

Thursday 15 February 2018

Promosi Flying Fox di Agro Resort, Setiu, Terengganu.. jom terbang

Image may contain: one or more people and text
PROMOSI TERBAIK 2018
“Anda rimas dengan hari-hari biasa anda?
Anda bosan buang masa dengan gajet?
Mahukan sedikit aktiviti rekreasi yang 
menarik dengan harga murah?
Ayuh!!! Inilah masanya untuk capai
peluang menarik. Jangan lupa ajak
rakan-rakan anda sekali.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:
019-9192240 – Peladang Setiu Agro Resort


#setiupost

Saturday 3 February 2018

Pameran Fotografi WILD TERENGGANU oleh DIGITAL DOME di UMT.. pakat mari belake..


Image may contain: text

Satu pameran fotografi sempena “20th Colloquium of the Malaysia and Singapore Society Australia” (MASSA2018) akan diadakan di UMT sepertimana di bawah, semua di jemput hadir.

sumber: FB Dome Sp

kenyataan Rasmi Sahibul Samahah Mufti Perak berhubung isu penukaran agama Kes M Indira Gandhi... kena ambil iktibar



sumber:Jabatan Mufti Negeri Perak.

Admin: Kuasa penyatuan umat Islam perlu diperkukuhkan lagi dan teruskan usaha berdakwah dengan pelbagai cara yang kita mampu agar martabat Islam berada ditempatnya dan dalam masa yang sama kita mencari keredhaan Allah swt.

Berkata baik dan sentiasa mencari penyelesaian yang terbaik hendaklah kita usahakan. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam bertindak dan panduan kita.

#setiupost

Thursday 1 February 2018

Blue Pool di Lata Payung, Setiu, Terengganu... memang awesome..

Image may contain: plant, tree, outdoor, nature and water

Blue Pool di Lata Payung, Setiu.
Perjalanan yang mengambil masa 1 jam dari kawasan perkelahan Lata Payung. Blue Pool ini merupakan tempat persinggahan dan tarikan utama bagi pendaki Gunung Sarut.
Bagi yang ingin menuju ke kawasan Blue Pool sahaja pastikan anda mempunyai kelengkapan lengkap dan paling utama kena ada guide supaya tidak sesat di dalam hutan. Kawasan ini tidak sesuai untuk keluarga kecuali memang kaki hiking kerana laluan agak mencabar di beberapa tempat.
Image may contain: swimming, outdoor and water
Image may contain: plant, outdoor, nature and water
Image may contain: plant, outdoor, nature and water

Kredit: Beautiful Terengganu Apps dan Terengganu Times

Admin: Jika ada sesiapa berminat untuk ke sini boleh admin sampaikan kepada Nature Guide yang mahir dengan tempat ini untuk berurusan dan persediaan dan boleh email ke : terengganulegend@yahoo.com atau tinggal diruangan komen

#setiupost
#beautifulterengganumalaysia

10 Makanan 'power' dan igauan bila datang Terengganu.. kena mari boh...



Terengganu, bila cerita sahaja pasal makanan Terengganu ramai yang akan terbayang keropok lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau nak dikeropokkan! Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi makanan famous di Terengganu yang bikin air liur kawan anda meleleh.
Kalau anda sediri pun masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap gila!
Tahun 2017 menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar Malaysia datang ke negeri ini bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan negeri.
1. Ketupat Sotong
Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya, yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja.
Ketupat sotong memang popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut cuba rasa kelazatanan ketupat sotong ini jika berkunjung ke Terengganu. Sotong padat berisi pulut di dalamnya dengan rasa kuah berlemak ini memang menjilat jari.
2. Ikan Singgang
Simple tapi power, itu cukup untuk terangkan betapa sedapnya menu bersahaja ini. Ikan singgang antara makanan popular di kawasan Pantai Timur. Biasanya dimakan bersama nasi putih dan budu. Sup kunyit ringkas ini memang sedap, lebih-lebih lagi dimakan ketika ditemani hujan.
Memang syok.
3. Ikan Celup Tepung Garing
Ikan celup tepung Terengganu berbeza dengan tempat yang lain, ikan celup tepung Terengganu digoreng dengan resepi rahsia. Kerangupan ikan celup tepung di Terengganu buat setiap gigitan anda terus melekat di hati. Nak tahu rasanya macam-mana? yang itu anda kena datang sendiri ke Terengganu.
Biasanya dimakan bersama air lada atau cili sos.
4. Laksam
Kalau di Peneng ada Laksa Peneng, di Terenggau pula ada Laksam! Laksam menu berasaskan gandum yang dimakan bersama kuah santan. Rasa lemak-lemak manis disertakan dengan sayur, belacan dan cili boh.
Cara makan tradisional untuk dapat feel yang lebih enak mestilah dimakan dengan tangan, bukan sudu.
5. Sata
Salah satu snek popular di Terengganu. Sata diperbuat daripada ikan segar yang dikisar bersama beberapa bahan yang lain, diantaranya cili padi dan kelapa. Kemudian dibungkus dengan daun pisang kemudian dibakar. Biasanya terdapat di gerai tepi jalan. Jangan terkejut pula jika lihat orang dari jauh pun sanggup  datang ke Terengganu semata-mata mahu makan sata.
Memang berbisa betul makanan ni, resepi turun-temurun.
6.  Kayu Keramat
Dijamin tidak keras dan sangat sedap. Kuih kayu keramat ini lebih kurang seperti kuih cakoi, tapi dimakan kosong begitu sahaja. Rasanya pula sedikit manis, memang sedap dicicah bersama kopi atau teh.
7. Tok AJi Serban
Artistik betul nama kuih yang satu ini, rupa bentuk seakan-akan kuih seri muka. Kuih 2 lapis, sekaya dan pulut ini memang boleh buat anda kemaruk teruk sehingga menjilat jari. Tok Aji Serban antara kuih tradisi yang patut anda cuba jika ke Terengganu, biasanya dijual pada waktu pagi.
8. Beke Ubi Kayu
Beke ubi kayu juga antara kuih popular di Terengganu, sangat popular ketika bulan Ramadhan. Diperbuat dari ubi kayu yang diparut, kelapa, gula pasir, gula merah dan tepung gandum. Kuih ini antara yang digemari oleh orang-orang terengganu dan mengimbau zaman kanak-kanak mereka.
9. Nekbat Sira
Sekali pandang memang nampak macam kuih bahulu, jangan terkeliru pula. Nebat sira ini rasanya sangat manis, ia merupakan pencuci mulut resepi tradisional Terengganu.
10. Nasi Dagang
Nasi dagang menu paling meletop di Terengganu, tak sah kalau anda datang ke Terengganu kalau tak cuba makan nasi dangang. Sekarang pun kalau dilihat, di mana-mana sahaja sudah ada nasi dangang, tapi kalau mahu rasa yang original mestilah datang ke Terengganu, betul tak?
sumber: Terengganu Times dan The Vocket
Admin: Ini adalah sebahagian daripada makanan Terengganu yang unik. Banyak lagi yang menjadi igauan apabila berkunjung ke Terengganu antaranya lagi:
  • keropok lekor
  • rojak kateh
  • ke ang
  • che abas demam
  • nasi minyak Terengganu
  • Bekang.. yang popular Bekang Tok Minah
  • Nasi lemak Ikan Aya
  • Laksa Kuah Merah
  • Rojok Keling
  • lok lik
  • Asam Pedas ikan baung
  • singgang sotong
  • Opok Opok
  • dan banyak lagi...
Nak try kena datang Terengganu... untuk nikamti sendiri

Tahniah.. No 1 di dunia untuk Wan Nor Mafudah Binti Wan Yusoff dalam ACCA.. Financial Reporting Paper


Image may contain: 2 people, people smiling

Tahniah! No.1 di dunia. 
1st placing in the world (scored 95% for ACCA Financial Reporting Paper). Wan Nor Mafudah bt Wan Yusoff, from my kampung, Jerteh, Terengganu.


Itulah ucapan oleh Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia kepada Wan Nor  Mafudah Binti Wan Yusoff dari Besut. Terengganu di atas kejayaan tertinggi dalam ACCA Financial Reporting Paper.

Satu kejayaan hebat anak Besut dan Terengganu dalam akademik di peringkat dunia yang bukan sahaja mengharumkan nama Terengganu malah Malaysia.

Sememangnya kita hebat dan jangan merasa rendah diri.

Tahniah dari admin dan juga anak saudara kepada kawan admin Ustaz Wan Ismail Bin Wan Abdullah, pensyarah UNISZA.

#setiupost

sumber: FB Idris Jusoh

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog