iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 30 April 2017

Kambing Bakar Guangzhou.. dah sampai Terengganu.. sedap bau kambing!!!


Sempat juga singgah untuk merasa  keenakan Kambing Bakar Guangzhou di simpang tiga Tok Jembal berhadapan dengan Nasi Kukus Sempoi Alias.

Di buka pada waktu petang dan memang santai makan di sini.



Menunya simple sahaja sebagaimana menu yang tertera dengan set yang ada. Airnya pun tak banyak soal dan tak payah fikir panjang panjang.

Apa yang pasti keenakan kambingnya memang memikat dan sedap.



Walaupun sekadar berniaga dipinggiran tapi telah mencetuskan fenomena untuk orang ramai terus datang untuk menikmati kambing bakar ini.




Tahniah pada tuan kedai atas usaha yang bersungguh dan memeriahkan dunia makanan Terengganu.

#setiupost
#terengganumyheritage
#visitbeautifulterengganu2017

Sunday 23 April 2017

KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN HAK KEPENGGUNAAN TAHUN 2017 pada 13 Mei 2017 di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, Terengganu

Hasil carian imej untuk MOTAC

ASSALAMUALAIKUM, SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAHTERA

Untuk makluman semua terutamanya yang berada di Besut, Terengganu, MOTAC Terengganu dan Ibupejabat dengan kerjasama PDRM dan KPDNKK akan menganjurkan satu program sepertimana ketetapan berikut:-

Program : KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN HAK KEPENGGUNAAN TAHUN 2017
Tempat : DEWAN GONG KEMUNTONG, JERTEH, BESUT, TERENGGANU
Tarikh & Masa : 13 MEI 2017 (SABTU) / 8.00pg - 2.00 ptg

OBJEKTIF : Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat umum berhubung risiko PENIPUAN pakej umrah yang didapati semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Pengisian kempen ini sangat menarik dengan kehadiran panel penceramah yang terdiri daripada

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA (TTPM),
 PDRM (BHGN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL BUKIT AMAN) DAN
 IBUPEJABAT BHGN PELESENAN PELANCONGAN MOTAC PUTRAJAYA

Para peserta boleh mengambil peluang di sini untuk mengemukakan apa2 persoalan atau kemusykilan kepada semua panel yang terlibat sepanjang sessi kempen dijalankan.

Sehubungan itu, kepada rakan2 atau mana-mana pihak yang betul betul berminat untuk hadir, boleh berhubung terus dengan unit pelesenan pelancongan MOTAC TRG di talian 096318840/39 (pn suryani bt latih) bagi pendaftaran peserta BERMULA DARI 20.4.2017 HINGGA 27.4.2017

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA DAN MAKAN MINUM DISEDIAKAN BAGI PESERTA YANG MENDAFTAR SAHAJA.

 Kuota pendaftaran terbuka adalah sangat terhad.
Oleh yang demikian, semoga perkara ini berada dalam perhatian Dan makluman semua In Sya Allah.
Sekian, terima kasih
'Bersama Membanteras Penipuan Pakej Umrah & Ziarah'

mohon kerjasama semua untuk sebarkan

Mee Ayuthaya di Kuala Besut, Besut, Terengganu...




Mee ayuthaya
Dengan ayam dan tulang rusuk
Ada kelainan rasa
RM1 atau RM4 atau special RM7
Lokasi hadapan BSN Kuala Besut, besut, Terengganu
Kali pertama rasa

#visitbeautifulterengganu2017
#setiupost
#terengganumyheritage
#foodtourism

Tanding Ngail Agro Resort, Setiu, Terengganu pada 6 Mei 2017, Sabtu, RM1,000 jadi taruhan untuk Juara




Tanding Ngail siri 3/2017 akan di adakan pada 6 Mei 2017, Sabtu di Peladang Setiu Agro Resort , Setiu, Terengganu pada jam 3.00 hingga 6.00 petang.

Pertandingan kali ini menawarkan RM1,000 sebagai hadiah pertama dengan yuran sebanyak RM20.00 untuk satu joran dengan 2 mata seorang.




Pelbagai jenis ikan ditawarkan untuk dipertandinga
kan seperti keli, bawal pacu, patin, lampan dan bermacam-macam lagi.

Jom kita ramai-ramai ke Agro Resort sambil bawa anak-anak untuk berkelah atau mandi kolam serta menikmati pemandangan suasana resort yang damai dan tenteram.

Maklumat lanjut boleh hubungi 0199192240

#terengganumyheritagepost
#vivitbeautifulterengganu2017

Monday 10 April 2017

Karnival Memancing Perpaduan, RM15,000 menanti Juara di Kg Kubu, Marang, Terengganu

No automatic alt text available.

#PUSINGAN KE-2
(MEGA 5 PUSINGAN 3 BIJI KERETA)
BOLL SAHAJA.............!!!!!!!!!
KARNIVAL MEMANCING PERPADUAN.
KOLAM WAHEE NGAIL,KG KUBU PENGKALAN BERANGAN MARANG TERENGGANU.
ANJURAN : KRT/SRS PENGKALAN BERANGAN


TARIKH :
31/03/2017- selesai
> 14/04/2107 ( JUMAAT )
28/04/2017
12/05/2017
26/05/2017
MASA : 03.30 PETANG - 06.30 PETANG
JUARA : RM 15,000.00


HADIAH IKAN ISTIMEWA RM700 MENANTI PARA PEMANCING.
*hadiah JUARA BERUBAH SETIAP PUSINGAN.(akan dibagitau masa pertandingan)
#kategori patin dan ikan tkecil pun ada..
#jika cuaca tidak mgizinkan kita tpaksa batalkan ptandingan/ sehari sebelum ptandingan.(msj/fb)


@FB Kolam Wahee Ngail

Treasure Hunt, Kelantan Heritage Trail pada 16 September 2017, lebih RM10,000 hadiah ditawarkan


Image may contain: text
Mencari Harta Karun atau 'Treasure Hunt' Kelantan Heritage Trail akan di adakan pada 16 September 2017.

Hadiah yang ditawarkan juga menarik iaitu Hadiah Pertama RM3,000 beserta Goodies, kedua RM2,000 beserta goodies dan ketiga RM1,000 beserta goodies dan saguhati lain.

 Sambil menjelajah Kelantan dan mengenali dengan lebih dekat dan berpeluang memenangi hadiah , tentunya menarik dan menyeronokkan.

Maklumat lanjut berhubung dengan pihak urusetia di talian: 011-29231125 atau 013-9628768 

@FB Ruslan Che Idris

Jawatan Kosong di Terengganu


No automatic alt text available.

Jawatan kosong kerajaan negeri Terengganu

#setiupost
#terengganumyheritage

Pasar Tani Sungai Tong Setiu akan mula beroperasi pada 28 April 2017 ini....


Image may contain: text

Pasar Tani Sungai Tong, Setiu, Terengganu akan mula dibuka bermula pada 28 April 2017 . Ia akan mula beroperasi bermula jam 3.30 petang hingga 7.00 malam.

Orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan dengan lebih mudah dan murah terutama sayuran dan hasil tani segar daripada kawasan sekitar.

Pakat mari ramai-ramai untuk dapatkan barangan keperluan anda

#setiupost

Sunday 9 April 2017

RM3000 untuk pencipta nama Jagung Manis Terbaru Terengganu.. jom sapa yang berbakat

Image may contain: food




Rakyat Terengganu hok rase kreatif tu bleh join peraduan Cipta Nama Jagung Manis Negeri Terengganu drp Jabatan Pertanian Negeri Terengganu...siapa yg terpilih boleh menang hadioh wang tunai RM 3000.00..mana nak mari dh 3k org wi saje..

Borang bleh download di laman web doa.terengganu.gov.my

@FB Ahmad Saif

Image may contain: twilight and food

Gadis Kerbau di Kg Gemuruh, Kuala Nerus....



Kuala Nerus: “Saya tak kesah seharian berlumuran najis kerbau kerana minat dengan haiwan itu sejak kecil lagi. Malah, kegiatan itu menyeronokkan, selain membantu perusahaan keluarga,” kata Nadia Khairun Nisa Yusof, 15, ketika ditemui di Kandang Kerbau Feedlot milik bapanya di Kampung Gemuruh, Tepuh, dekat sini.

Nadia berkata, dia berjinak-jinak dengan penternakan kerbau sejak berusia tujuh tahun apabila dilatih bapanya Yusof Mohamad, 45, mengendalikan ternakan itu secara tradisional.

“Kerbau besar jasanya pada saya kerana pernah menyelamatkan saya ketika tersesat dalam hutan di kampung ketika berusia enam tahun. Justeru, kerbau dekat dengan hati dan mendorong saya meneruskan minat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan.

“Tak kisahlah apa yang dilabelkan orang, maklumlah saya seorang gadis dan di luar kelaziman bergelumang dengan aktiviti penternakan seperti ini, namun saya cenderung kepada bidang ini berbanding aktiviti menanam bunga di halaman rumah,” katanya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu.

Nadia Khairun Nisa berkata, kebiasaannya dia membantu bapanya menguruskan 60 kerbau pada jam 4 petang hingga 6.30 petang, antaranya membabitkan aktiviti memberi makan dan memandikan kerbau serta membersihkan najis di kandang.

@Harian Metro Online

Duyong Art Festival, festival seni yang menarik di Pulau Duyong, Terengganu.. memang menggamit rasa


Image may contain: text

Pameran Seni Duyung atau 'Duyung Art Festival' telah mula dilancarkan bermula pada 1 April 2017 sehingga 30 April 2017.

Pra Pelacaran Festival juga telah dilancarkan pada 8 April dan kemuncak festival adalah pada 28 hingga 30 April 2017.

Pelbagai acara dan tarikan telah disusun bagi menarik pengunjung ke festival yang unik dan mempunyai daya seni yang tersendiri.

No automatic alt text available.

Di antara aktiviti menarik sempena festival ini adalah:

  • diskusi seni
  • Malam Seni DAF
  • Pameran Seni Rumah Kayu Terengganu
  • Aktiviti Bot Penambang
  • Pelbagai jualan dan pameran serta demonstrasi
  • Pameran Seni Warisan Busana Seni
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Pameran poskad antara yang menarik di DAF

Di antara artis tempatan Terengganu yang menjadi antara ikon Festival Art Duyong ini adalah Naquib Mohamad yang cukup ternal dengan lagu ' Kuah Singgang',' Mok' serta' Kuih Dong Dang Dong Dang'

No automatic alt text available.

Jom kita meriahkan festival yang menarik dan unik ini.

#foto sumbangan FB Teh Sulaiha
#terengganumyheritagepost

Keropok Lekor POZI kini mula diperkenalkan.. rasai keenakan keropok Asli Teganung....




Keropok Lekor POZI kini dilancarkan pada 10 April 2017.

Semua dijemput hadir untuk merasai sendiri keaslian Keropok Asli Teganung dengan berkonsepkan Hub dan Cafe.

Ia juga turut dijual dalam bentuk kedap udara @ vacuum pack.  Dan bagi 100 pelanggan pertama akan mendapat 1 pek keropok bebola atau jejari secara percuma.

Keropok Lekor POZI terletak di Kubang Badak berhadapan dengan Kem PGA @ Pasukan Gerakan Am, berdekatan dengan UMT.

Pelbagai perisa keropok turut diperkenalkan iaitu perisa keju, BBQ, lada hitam dan mayonis.

@FB Pozi Hassan

#terengganumyheritagepost

Wednesday 5 April 2017

Pelancaran Jagung Manis Terengganu terkini di Rhu Tapai, Setiu, Terengganu

Image may contain: 3 people, people standing, child and outdoor

Majlis Pelancaran Jagung Manis Negeri Terengganu (Nama belum rasmi) di Rhu Tapai...Jagung ini hanya utk Negeri Terengganu...

Varieti terpilih yang terbaik dan sesuai dgn tanah dan iklim Terengganu.
Hasil usahasama Kerajaan Negeri, Jab Pertanian dan Syarikat Green World Genetics.

Terkini, Projek Pelabur GWG di Rhu Tapai ini merupakan lokasi penanaman Jagung Benih Terbesar di Asia Tenggara selain Thailand

@Fb Ahmad Saif

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: plant, twilight and food

Image may contain: twilight and food

Image may contain: plant and food

Image may contain: food

Image may contain: one or more people, people standing, sky, cloud, outdoor and nature

 

Pengalaman menarik pengunjung di Boardwalk Setiu, Wetland, Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu

Image may contain: sky, tree and outdoor

Pengalaman unik dan sungguh bermakna pengunjung ini mengunjungi Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.

Image may contain: tree, sky, bridge, outdoor, water and nature

Image may contain: 1 person, standing, sky, outdoor, nature and water

Bukan sahaja dapat menikmati keindahan Setiu Wetlands yang unik, malah dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah dan lokam yang sememangnya banyak di kawasan ini, malah ia juga kaya dengan kerang dan tiram yang tidak tercemar.

Image may contain: bridge, plant, tree, sky, outdoor, nature and water

Boardwalk yang sepanjang hampir 400 meter ini sememangnya kaya dengan spesis hidupan wetlands seperti ikan belacak, pelbagai spesis ketam, orkid liar dan macam-macam lagi.

Image may contain: food

Image may contain: ocean, sky, outdoor, nature and water

Image may contain: 1 person, outdoor and food



Kawasan ini juga cukup kaya dengan Ketam Nipah serta ikan siakap samada siakap putih ataupun merah. Ia juga merupakan kawan berkumpul burung-burung migrasi yang datang dari utara dunia seperti Siberia, utara China ke sini semasa peralihan musim sejuk.



Image may contain: plant
Lokam yang sememangnya banyak di sini dan memang terbaik


Image may contain: food and outdoor
Kepah antara tarikan di sini dan anda boeh merasai pengalaman mencari sendiri

 

Di sini juga terdapatnya spesis yang hampir pupus iaitu ' Tuntung Laut' atau 'Painted Terrapin yang merupakan antara satu-satunya dijumpai spesis ini di rantau ini. 

@sumber FB Maha Rani Abd Ghani

Tuesday 4 April 2017

Promosi diskaun 50% daripada Peladang Setiu Agro Resort... murah gilerr bohhh

Foto Agroresort Setiu Terengganu.

MURAH GILER BOHHHH!!!
ROMOSI 50% DISKAUN
PELADANG SETIU AGRO RESORT
hanya bayar DEPOSIT RM30.00 dan anda boleh tempah sehingga 31 Disember 2017
Jom cepat tempah sekarang dan anda boleh booking juga pada cuti sekolah dan hari minggu tanpa surcaj, cuma pada Cuti Umum ada surcaj
Promosi sah sehingga 30 April 2017
dan Tempahan bilik sah sehingga 31 Disember 2017
harga bilik
ASAL 50% diskaun
New Link Chalet RM98.00 RM49.00
Garden Chalet RM128.00 RM64.00
Pool view Chalet RM148.00 RM74.00
Deluxe Chalet RM178.00 RM89.00
Deluxe VIP/Family RM238.00 RM119.00
VIP Suite RM390.00 RM199.00
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 0199192240 atau 096920039/59

Foto Agroresort Setiu Terengganu.

Foto Agroresort Setiu Terengganu.
Foto Agroresort Setiu Terengganu.

#terengganumyheritagepost
#visitbeautifulterengganu2017

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog